Bab 1

91 5 0
                                    

"I never thought we will meet again."

2012

CD Bagasi Honey nyanyian Pretty Ugly bermain di gegendang telinga. Kaki digoyang mengikut rentak lagu. Kepala terangguk sambil tangan sibuk melukis diatas drafting paper. Seketika tangan berhenti seketika dan Staedler Mars digunakan untuk heli-spin sebelum menyambung drawing. Terpaksa khusyuk dan fokus mengerjakan assigment sebab due date dah dekat. Apa barang siap assigment awal awal yedak? 

Sedang Eddie leka dengan kerja kerjanya, bahu ditepuk dari belakang. Dia berpusing dan melihat kearah Reza yang menepuknya tadi. Earphone di telinga  dicabut. 

"Kau kalau dah sumbat benda alah tu memang terus pekak kan. Penat aku jerit kau tau, nasib tak terkeluar anak tekak." ketawa Eddie mendengar bebelan Reza. 

"Kau nak apa? Aku banyak keje ni. Karang aku repeat paper bukan kau nak teman." balasnya selamba. 

"Aku nak ajak kau pergi court tengok match Netball. Harini faculti Syafiqah lawan ngan dak dak Masscom. Sambil tu kau boleh cuci mata. Kau kan single, sunyi, alone, sendu, lonely... All by myself, don't wanna be." bebel Reza sambil menyanyi suara kepit. 

"Kau nyanyi tak sedap laaa. Diam. Malas la aku. Syafiqah tu bukan awek aku. Awek kau kan, kau la pegi." 

"Alaaa Eddie jom la. Kimi dengan Joe pun join. Dorang jumpa kita kat court. Lagipun kau dah bertapa kat studio ni satu hari suntuk. Bawak bawak la keluar tengok matahari jumpa manusia bergurau senda gelak ketawa." Reza terus memujuk sambil mencucuk cucuk manja bahu Eddie dengan jari telunjuk. 

"Kalau kau ikut nanti aku belanja kau The Chicken Rice Shoooooppp, bukan sekadar nasi ayam pakpakpak! Amacam?" pujuk Reza tanpa henti. Masih dengan nyanyi kepit dipenghujung sambil mengepakkan lengan seperti ayam. 

"Ughhh fine fine! Aku nak add-on Pai Tee large untuk aku sorang je. Tak nak share." balas Eddie sedikit sebal. Nasib la sayang member walaupun suara kepit. 

"Pai Tee ke Mai Tai ke semua boleh asalkan kau join. Ayuh anak muda! Game dorang pukul 5 karang." Serabut tengok Reza yang terkinja-kinja macam beruk.

"Sabar laaa Za baru pukul 4:30 apa. Buat apa nak pegi awal awal. Bukan game start on time pun. Kita Malaysian kot." 

"Memang laaa tak start on time habis kau tak reti nak solat Asar dulu? Kita ni bukan dunia je kena kejar, akhirat pun kena jaga baru hidup ada keberkatan. Kap-ba-ra-kap-alip-ta-nun. Reti?"

Reza mencekak pinggang sambil tersengih bangga. Power betul aku bagi ceramah. Dah boleh dah ni jadi Imam si Syafiqah. 

Menjuling mata Eddie dengan ceramah free dari Reza. Terus dia bangun dan mengemas barang barangnya. Takut jugak tak dapat keberkatan, nanti kena repeat paper. 

"Jom!" jawab Eddie sebelum Reza membebel lagi. 

"Haaaa bagus.Mari kita Hayya 'Alal Falah." Reza memeluk bahu Eddie dan mereka berjalan beriringan ke Surau Fakulti. 

**********

Selesai solat Asar, Eddie dan Reza berjalan beriringan ke Court universiti. Sambil berjalan Reza bernyanyi riang. Eddie hanya tersenyum melihat perangai Reza. Tahulah nak jumpa Chinggey

Tiba tiba Reza berhenti dan melambai kearah dua orang jejaka yang sedang berjalan dari tempat parkir kereta. 

"Joe! Kimi! Come to daddy!" jerit Reza sambil terlompat lompat. 

Eddie meluat mendengarkan jeritan kepit Reza. Joe dan Kimi berlari seperti kanak kanak riang mendapatkan Reza lalu mereka bertiga berpelukkan girang. Tak peduli orang lalu lalang tengok pelik.  Ahhh mereka apa tahu dah lama Reza tak jumpa Joe dan Kimi. Last mereka jumpa lunch tadi dekat kafe fakulti sebelum terpisah. Reza ke studio, Joe dan Kimi ke library. 

"Allah gaya macam dah setahun tak jumpa. Kan lunch sekali tadi." kata Eddie meluat. 

"Eddie maaaa bro! Come, I miss you too!" kata Kimi lalu menarik Eddie dalam group hug mereka. 

Eddie pada mula menolak tapi terpaksa pasrah. Apa la nasib dapat member member putus fius macam dorang ni. 

"Eh jom aku nak cari seat cantik punya. Aku nak jadi cheerleader untuk Pikaku Pikachu!" kata Reza gedik sambil menarik teman temannya ke arah court. 

"Aku dengar Nisa budak Masscom yang hot tu pun main. Dia baru putus dengan siapa tu nama dia Meon tu minggu lepas." kata Joe sambil mata mencari kelibat Nisa. 

"Uish elok la clash. Meon tu dah la hutang Ruski dengan aku dari tahun lepas tak ganti ganti lagi. Dah la Ruski mahal." bebel Kimi penuh dendam. Ruski mahal okay. 

"Lah Nisa tu dengan Meon ke? Kenapa haritu awal bulan haritu aku nampak Meon tu dengan Lily. Power ea dia tu muka barai pun awek keliling pinggang" tambah Reza dalam perbincangan hangat tentang bertapa play boy nya perangai Meon. 

"Ehhh dah jom tu ada kosong kat situ. Nanti orang amik pulak." kata Eddie sekaligus menamatkan perbincangan mereka. Ughhh Eddie no fun betul la. 

Saat mereka melabuhkan punggung, kelibat gadis berjersey merah dengan braid fishtail menarik perhatian Reza. Gadis itu yang sedang memanaskan badan ditepi court. 

"Pika pika!" jerit Reza dengan suara kepitnya sambil melambai ke arah Syafiqah untuk menarik perhatian. 

Syafiqah menoleh dan tersenyum kearah Reza sambil melambai kembali. Senyuman Syafiqah yang begitu manis membuat Reza terpana. Mereka seakan dalam muzik video lagu hindustan dimana mereka berkejaran berlatar belakangkan pergunungan Alps. 

"Oii udah lerr. Duduk. Macam kau sorang ada makwe." Kimi menarik Reza untuk duduk. Sendunya jadi single. 

Permainan bermula sebaik bunyi wisel dibunyikan. Syafiqah mamakai bib "C" sungguh lincah  merampas dan melontar bola ditengah court. Reza fokus memerhati setiap gerak geri gadis itu. Sedang permainan semakin rancak, seorang gadis memasuki court dan duduk dibangku team CS. Gadis itu berjersey merah seperti Syafiqah dan nama dibelakang jersey tertulis "DINNIE". Tak tahu mengapa gadis itu menarik perhatian Eddie. 

Perhatian kembali dia berikan pada court apabila terdengar kekecohan di Court. Terlihat seorang gadis bertudung hitam terduduk ditepi jaring goal. Permain mula berkerumun mengelilingi gadis itu bersama pengadil. Gadis itu kemudian dipapah ketepi court dan duduk dibangku team CS. Bib "GS" gadis tu ditanggalkan dan diberi kepada Dinnie. 

Dinnie berdiri menghala kearah penonton sambil menyarung bib tadi. Dunia Eddie seakan berhenti saat terpandang wajah Dinnie. Gadis tu... iya memang dia. Walaupun rambutnya dah panjang. Eddie yakin itu dia. 

"We meet again." gumam Eddie perlahan. 

TBC

Jangan lupa vote & comment okay!




Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now