Bab 28

30 3 0
                                    

"There is something about losing a mother that is permanent and inexpressible. A wound that will never quite heal."

Proses pengurusan jenazah Puan Aina berjalan lancar. Dinnie dibantu Puan Zelda, Datin Marina, Damia dan Syafiqah ketika memandikan jenazah Puan Aina. Ramai rakan niaga dan kenalan Puan Aina yang hadir ke masjid berhampiran kediaman mereka untuk memberi penghormatan akhir dan turut serta dalam solat jenazah. 

Ketika jenazah dibawa keluar dari van masjid, kelihatan Dato' Imran, Sam, Eddie, Joe dan Kimi membantu untuk mengusung keranda. Mereka juga turut turun ke liang lahad untuk menurunkan jenazah. Dinnie hanya mampu melihat dengan pandangan kosong saat kubur mamanya mula ditimbus dengan tanah. 

Usai talkin dan doa, mereka yang hadir mula meninggalkan kawasan perkuburan tersebut. Dinnie masih duduk diatas tikar menghadap kubur mamanya. Tangan mula mencapai jug berisi air denga potongan bunga mawar merah. Dengan linangan air mata Dinnie menjirus air tersebut ke atas tanah. Puan Zelda yang setia disisi Dinnie mengosok belakang Dinnie sambil menahan sebak mengenangkan sahabatnya yang telah pergi. 

"Aunty Zel, mama suka jasmine. Nanti kita tanam pokok jasmine kat sini boleh?" Tanya Dinnie yang masih memandang kubur mamanya dengan linangan air mata. 

Syafiqah, Damia dan Datin Marina yang mendengar kenyataan dari Dinnie tadi turut mengalirkan air mata. 

"Boleh sayang. Nanti kita cari pokok jasmine dan kita tanam sini ya." jawab Puan Zelda sambil menahan sebak. Bahu Dinnie dipeluk dari sisi. 

'Na, I akan jaga Dinnie macam anak I sendiri. You rehat dengan tenang okay Na.' kata Puan Zelda didalam hati sebagai janji kepada arwah sahabatnya yang telah pergi. 

"Jom sayang. Kita balik ya. Esok kita datang balik lawat mama." Dinnie yang mendengar cadangan Puan Zelda itu cuma mengangguk dan melangkah lemah meninggalkan rumah terakhir mamanya. Kelihatan di wakaf berhampiran tempat letak kereta, Sam, Eddie, Kimi, Joe dan Dato' Imran sedang menunggu. 

Pandangan Eddie hanya fokus pada Dinnie yang berjalan disebelah Puan Zelda. Dinnie yang kelihatan pucat dengan mata yang sembab. Selepas menghantar Dinnie untuk masuk ke kereta milik Sam, Puan Zelda berjalan ke wakaf menghampiri Eddie dan yang lain. 

"Terima kasih semua datang dan bantu menguruskan jenazah. Insya Allah malam ni ada kenduri tahlil dekat rumah. Jemput semua hadir ya." Puan Zelda mempelawa mereka dengan senyuman lemah. 

"Insya Allah auntie malam nanti kami datang." jawab Eddie sambil teman-temannya turut mengangguk tanda setuju. 

"Okay auntie gerak dulu. Jom Sam. Lama Nini tunggu dalam kereta." Sam yang mendengar ajakan mommynya terus bangun dan mengikut langkah mamanya. 

*****

"Nini nak stay rumah auntie Zel dulu?" tanya Puan Zelda saat dia dan Dinnie melangkah masuk ke rumah itu. Sayu terus menyerbu kedalam dada memandang rumah yang dulunya meriah dengan suara hilai tawa dua beranak itu kini sepi. 

"Tak apa auntie. Nini okay je. Lagipun rumah auntie depan tu je. Kalau ada apa-apa Nini panggil okay." Dinnie cuba memberi jaminan pada Puan Zelda yang dia baik-baik sahaja. 

"Okay. Nini rehat okay. Untuk tahlil malam ni Auntie dah cari caterer so tak perlu kita masak." Puan Zelda memaklumkan rancangannya pada Dinnie sambil menyelit rambut Dinnie kebelakang telinga. 

"Terima kasih auntie. Kalau tak ada auntie apalah jadi dengan Nini kan?" ucap Dinnie dengan rasa bersalah. Air mata turun sekali lagi dengan laju dan dia labuhkan kepala pada bahu Puan Zelda. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now