Bab 38

15 2 1
                                    

"Fate brought us together. Destiny will keep us together."

"Boleh tak kau tekan kuat sikit? Aku nak tarik zip ni pun tak lepas tahu tak?!" ucap Zenia kepada Dinnie separuh menjerit. Luggage yang kembung itu masih tak dapat di-zip walaupun Dinnie telah membantu dengan menekan bahagian atas beg. 

"Habis kau ingat aku tengah buat apa ni? Menari cak lempung?" jawab Dinnie dengan nada sarkastik. Orang dah tolong, banyak bunyi pulak. 

Melihat hasil usaha tangan dia yang menekan luggage Zenia itu tak membawa sebarang perubahan, Dinnie terus berdiri dan melabuhkan duduk diatas luggage Zenia. Hasil dari perbuatan itu akhirnya Zenia berjaya menarik zip mengelilingi luggage tersebut sebelum cucuh dalam klip kunci. 

"Haa setel pun. Kalau tahu baik dari tadi aku duduk je atas luggage kau ni." keluh Dinnie sebelum bangun dari luggage hitam itu dan kembali duduk diatas katil Zenia. Zenia hanya sengih seperti kerang busuk tanda bersyukur dengan bantuan dari Dinnie. 

"Kau ni nak pergi sana seminggu je pun. Tapi barang berkati-kati ya." tegur Dinnie sambil melirik ke arah Deuter 80 liter yang tersadai disebelah luggage hitam tadi. 

"Ala biasalah ni. Kau tau kan Kalimpong bukan macam Mumbai dengan Delhi. Baik bawak semua benda dari aku pergi sana benda yang aku perlu tak ada. Lagipun Kalimpong tu sejuk, jadi aku banyak bawak baju and seluar tebal." Dinnie hanya mengangguk mendengar jawapan dari Zenia sebelum dia berbaring dikatil saiz queen tersebut. 

Zenia yang selesai menyusun barang turut bangun dan turut baring disebelah Dinnie. 

"Owh lupa aku nak cerita dua hari lepas Mikayla ada DM aku kat IG." cerita Zenia membuat otak Dinnie ligat cuba mengingati siapa Mikayla yang dimaksudkan. Zenia mengerling ke arah Dinnie yang hanya senyap disebelah sebelum dia bangun dan bersila diatas katil. 

"Aku dah agak dah kau mesti lupa. Alaa Mikayla... Kita jumpa dia dekat CG masa merdeka tahun lepas. Remember?" Zenia cuba membantu ingatan Dinnie namun Dinnie masih lagi senyap dan masih cuba untuk mengingati memori sambutan hari kebangsaan di Kedutaan Malaysia. 

"Ya Allah Dinnie. Lampi la kau ni. Mikayla. Kay... Budak Standford tu ingat tak?" mendengar maklumat tambahan dari Zenia membuatkan mata Dinnie terbeliak dan terus bangun dari pembaringan. 

"Haaa Kay... Ya ya aku ingat. Abang dia Marzuki, tech tycoon tu kan?" Tanya Dinnie untuk pengesahan. 

"Aik! Abang dia kau kenal pulak. Haa ye, dialah." Pelik Zenia dengan Dinnie. Adik tak ingat, abang laju je ingat. Hermm amat sus disitu.

"Aku ingatlah abang dia. Kan abang dia yang fund Polaris 2.0. Kau lupa ke?" jawapan dari Dinnie ada logiknya. Patutlah Dinnie lebih ingat Marzuki dari Mikayla. 

"Haa apa cerita dia? Kenapa dia DM engkau?" pertanyaan Dinnie itu mengembalikan Zenia pada cerita asal.

"Tak ada, dia tanya kita dah balik Malaysia ke? Sebab dia ada Idea nak buat company sendiri tapi perlukan kita punya expertise. Lebih kurang macam tu lah." jawab Zenia ringkas. 

"Owh... Lepastu kau jawab apa?" Tanya Dinnie berminat untuk tahu jawapan dari Zenia. 

"Aku jawablah buat masa sekarang kita dua based dengan CA. Kalau dia nak hire kita, kita boleh je buat kerja virtually. Lepas tu dia jawab nanti dia reach out balik and kitorang exchange number. Tu jela." Dinnie mengangguk kepala sebelum kembali merebahkan tubuh ke atas katil. 

"Tapi Dinnie pertanyaan dia tu buat aku terfikir, sampai bila kita nak stay sini? Kita ni memang tak nak balik Malaysia ke?" pertanyaan Zenia sekali lagi membuat Dinnie kembali duduk. Perbincangan seperti ini tak sesuai kalau baring. Nanti Zenia tengah serious bercerita dia dah melayang ke alam lain. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now