Bab 20

24 3 0
                                    

"I can't live without you. It's takes me all the way, I want you to stay."

Eddie dengan teliti menyiapkan model bangunan yang ditugaskan oleh pengurus projeknya. Setiap bucu dilakukan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Sesekali terdengar suara Reza dikubikel sebelah sedang bernyanyi riang.

Sudah hampir dua bulan mereka menjalankan latihan industri. Eddie memilih untuk melakukannya di syarikat keluarganya tapi tiada siapa yang tahu akan identitinya kerana pada Eddie dia ingin semua orang melayannya seperti pekerja biasa.

"Hi Eddie! Jom pergi lunch." Tegur Sarah yang merupakan pelajar praktikal dari universiti lain. Sarah lapor diri 2 minggu lebih awal dari Eddie dan Reza.

Eddie mengerling jam di skrin komputer menunjukkan jam 1 petang. Cepat betul masa berlalu. Rasa macam baru tadi masuk kerja. Tersedar akan masa pantas Eddie mencapai telefon bimbit menyemak pesanan yang dihantar Dinnie sebelum dia tersenyum lebar.

"Eddie! I nak ajak you pergi lunch. Kenapa tersenyum senyum ni?" Tanya Sarah lagi apabila pertanyaannya tadi tak dijawab Eddie.

"Err sorry Sarah. Kau pergi lunch dengan Reza ya. Aku dah janji nak lunch dengan orang lain." Eddie berdiri dan mengintai kearah kubikel Reza.

"Reza ni Sarah ajak lunch sama. Aku pergi dulu ya." Terus Eddie berjalan laju meninggalkan Sarah dan Reza.

"Jom Sarah. Aku dah lapar ni." Reza berjalan mendahului Sarah.

Sarah mendengus perlahan. Rancangannya nak lunch berdua dengan Eddie gagal. Sejak Eddie lapor diri, Sarah sudah jatuh hati dengan wajah Eddie dan paling penting melihat dari gaya, motor dan kereta yang digunakan, Sarah yakin Eddie anak orang senang.

Pelbagai cara dia dah cuba untuk memikat hati Eddie tapi lelaki itu melayannya sekadar teman sekerja. Reza pula asyik menjadi third-wheels sahaja kemana mereka pergi.

Tiba di pintu utama syarikat, hati Sarah tiba-tiba menjadi geram melihat Eddie memeluk bahu seorang gadis dan gadis itu membalas dengan memeluk pinggang Eddie. Mereka kemudian berjalan beriringan sambil berpegangan tangan.

"Reza. Siapa perempuan dengan Eddie tu. Bukan main lagi berpeluk-peluk."  Menjuih bibir menunjuk ke arah Eddie dan pasangan.

"Itulah makwe Eddie. Dorang ada lunch date. Dia kerja area sini jugak" jawab Reza ringkas.

"Bukan main ya dorang berpeluk peluk bagai. Perempuan tu memang tak tahu malu ke." Geram Sarah memerhatikan kemesraan Eddie dan gadis itu.

"Eh yang kau ni panas hati sangat kenapa. Kau pun baju seketat ketat alam, pakai tudung nampak leher, nampak telinga, tak tahu malu pulak?" Sembur Reza tanpa tapis-tapis. Reza pantang kalau ada orang berlagak suci macam Sarah ni.

"Tak adalah aku cuma..." baru Sarah nak membela diri Reza laju memotong.

"Dah tak payah kita ni sibuk nak hitung dosa orang macam kita ni suci. Kalau kau nak tegur pergi tegur Eddie sendiri. Jangan nak mengumpat mengata macam ni aku tak suka." Laju Reza jalan mendahului Sarah. Bukan dia tak perasan yang Sarah selalu mencuba mencari perhatian dari Eddie.

"Kau nak makan ke tak ni? Kalau tak aku jalan dulu." Tegur Reza melihat Sarah yang masih berdiri ditempat sama. Mendengar ugutan Reza, Sarah mula berjalan mengikut dari belakang.

*****

"Harini you balik dengan I ke balik sendiri?" Tanya Eddie kepada Dinnie. Dinnie yang sedang fokus menyuap makanan mengangkat muka dan memandang Eddie.

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now