Bab 25

18 2 0
                                    

"All relationship go through hell, real relationship get through it."

"Maaf Eddie. Tapi Dinnie tak ada. Puan Aina pun tak ada. Dari pagi mereka keluar." jawapan yang sama Eddie dengar dari Kak Yaya sejak seminggu yang lalu. Wajah Kak Yaya juga jelas menampakkan riak serba salah.

"Dinnie tak bagitahu ke dia nak ke mana kak?" tanya Eddie lagi walaupun dia tahu Kak Yaya akan beri jawapan yang sama.

"Tak ada pulak Eddie. Dinnie keluar pagi lagi tak sempat sarapan pun." mendengar jawapan Kak Yaya itu membuatkan Eddie melepaskan keluhan kecil.

"Tak apalah macam tu kak. Macam biasa ya, mintak Dinnie balas mesej saya atau call saya ya." sudah seminggu dia pesan perkara yang sama pada Kak Yaya tetapi, tiada sebarang panggilan mahupun pesanan ringkas dari Dinnie.

"Okay nanti kalau Dinnie balik akak pesan ya." jawab Kak Yaya.

"Saya balik dulu kak. Maaf menganggu." Eddie menundukkan kepala sedikit kepada Kak Yaya. Kak Yaya mengangguk dan menutup kembali pintu pagar kecil itu.

Eddie mencapai helmet dan mula menaiki motosikalnya. Enjin dihidupkan dan sebelum bergerak dia mendongak ke tingkap bilik Dinnie berharap jika Dinnie ada dirumah. Melihat tiada sebarang pergerakan diatas, Eddie terus memulakan perjalanannya.

Tok! Tok!

Pintu bilik Dinnie dibuka dari luar oleh Kak Yaya. Dinnie yang sedang mengintai dibalik langsir bilik itu berpaling melihat ke arah Kak Yaya.

"Dinnie, macam biasalah Eddie pesan suruh Dinnie balas mesej atau call dia semula." kata Kak Yaya lembut sambil merenung kearah Dinnie. Dinnie kelihatan sugul dan sedikit selekeh. Mata gadis itu sembab dan rambutnya tidak terurus.

"Terima kasih Kak Yaya. Maaf ya susahkan." Dinnie senyum segaris sebelum naik ke atas katil.

"Dinnie ada nak makan apa apa tak? Dah berapa hari dah Kak Yaya tengok Dinnie tak makan." sudah seminggu keadaan Dinnie tak terurus seperti ini. Makan pun cuma sekeping dua roti.

"Erm tak apa kak. Kalau Dinnie lapar Dinnie turun ya." Dinnie menjawab lemah.

"Ooo... Okay. Kak Yaya turun dulu. Kalau nak apa apa panggil je ya."

Sebaik sahaja bayangan Kak Yaya hilang disebalik pintu, Dinnie menarik keluar telefon bimbit dari bawah bantal. Ikon notifikasi iMessage dari Eddie ditekan.

You don't get to quit on me. You don't get to quit on us. Please Dinnie, let just fix us. 

Ayat yang dihantar Eddie pagi tadi dibaca berulang kali. Air mata yang bergenang ditubir mata kembali menitis. Telefon bimbit diletakkan dibawah bantal semula sebelum Dinnie melabuhkan kepala. Dinnie memilih untuk tidur bagi melupakan semua kesedihan. Semoga bila dia bangun nanti, ini semua hanya mimpi. 

*****

Eddie yang baru tiba dirumah keluarganya terus melangkah masuk. Puan Sri Zila yang sedang duduk diruang tamu tidak ditegur. Sudah seminggu Eddie tidak bertegur sapa dengan mommynya. Saat kaki Eddie menyentuh tangga untuk ke tingkat atas, telinga menangkap suara Puan Sri Zila yang memanggilnya. Kaki serta merta berhenti melangkah. 

"Sampai bila Eddie nak ignore mommy ni? Eddie lebih pentingkan perempuan yang tak tahu asal usul tu dari mommy kan?" Puan Sri Zila merenung Eddie dengan wajah tidak puas hati. Eddie lebih pentingkan budak tak guna tu dari mommy dia sendiri. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now