Bab 6

35 1 0
                                    

"It is a risk to love. What if it doesn't work out? Ah... but what if it does?

Eddie: Dah sampai! 

Mesej yang diterima dari Eddie membuat dia berdiri dan menyarung kasut. Sempat dia memandang penampilan diri untuk kali terakhir. Syafiqah yang sedang menonton drama Korea mengangkat muka dari laptop dan tersenyum kearahnya.

"Good luck and have fun!" Syafiqah mengangkat tangan dan mengenggam penumbuk keudara. Dinnie mengangguk dan keluar dari bilik untuk turun ke bawah. Didalam lift dia cuba menenangkan diri dengan tarik nafas sedalam dalamnya sebelum hembus secara perlahan. 

Setiba di GF dia berjalan ke arah anjung kolej kediaman dan terlihat Eddie yang sedang bersandar pada pintu kereta dengan tangan didalam poket. Lelaki itu mengenakan kemeja corduroy bewarna coklat cair, tshirt putih dan jeans hitam. Terlihat akan kelibat Dinnie yang menghampiri, Eddie berdiri tegak dan senyum kepada Dinnie. 

"So are you ready for our first date?" Dinnie cuma menjawab dengan anggukan kepala. Eddie membukakan pintu untuk Dinnie sebagai tanda mempelawa Dinnie masuk. Selepas Dinnie memboloskan diri kedalam kereta, pintu ditutup dan dia menuju ke tempat duduk pemandu. 

"Kita nak pergi mana?" Tanya Dinnie sejurus Eddie menutup pintu pemandu. 

"That's for me to know and for you to find out." Eddie memulakan pemanduan. Artic Monkeys- Do I Wanna Know? menemani perjalan mereka.

*****

Kereta diparkir berhadapan dengan kawasan rumah kedai tiga tingkat. Eddie membuka pintu kereta untuk Dinnie keluar. Dinnie memandang kesekeliling untuk meneka kemana arah mereka selepas itu. Eddie menarik Dinnie untuk menaiki lift ke tingkat 2. Setiba ditingkat 2 mereka berhenti dihadapan Kuali Cooking Studio. 

"What are we doing at cooking studio." Tanya Dinnie sebelum masuk. 

"We are gonna take a cooking lesson. Jom! Kelas dah nak start." Eddie menarik tangan Dinnie untuk masuk. 

Selepas mendaftar dan membuat bayaran dikaunter, Eddie dan Dinnie masuk ke dalam sebuah kelas yang mempunyai 7 station. Mereka berjalan kearah meja nombor 4 seperti yang diarahkan oleh wanita dikaunter tadi. Di setiap station mempunyai sinki sendiri dan dapur 4 penunu. Di atas station ada pelbagai jenis bahan masakan yang tersedia. Dari bahan kering hingga ke bahan basah. Dipenjuru setiap station ada satu stand beserta kamera kecil diletakkan. Dikiri dan kanan kelas tersusun segala perkakas memasak seperti kuali, senduk, mesin pengisar dan lain-lain. 

"Aku tak tahu pulak first date kau dah nak test aku pandai masak ke tak?" Dinnie menyimpan sling bag didalam cabinet dibawah station mereka. Eddie tergelak mendengar reaksi Dinnie.

"Bukan nak test kau pandai ke tak. I just thought this gonna be something different than normal date. Ke kau prefer lunch and movies je?" Eddie mula menyinsing lengan baju ke siku. Belum sempat Dinnie menjawab, seorang lelaki masuk dan berdiri di station utama di hadapan kelas.

"Selamat datang ke kelas harini. Saya Chef Haikal, boleh saya minta semua untuk pakai apron dan cuci tangan dulu sebelum kita mulakan."

Semua peserta mula menyarung Apron dibadan masing masing. Dinnie melipat lengan baju hingga kesiku dan menyanggul rambut mengunakan clip rambut sebelum mencuci tangan. Eddie memerhatikan seluruh perlakuan Dinnie sebelum ikut sama membasuh tangan. 

"Baik memandangkan harini merupakan kelas basic jadi kita akan masak menu yang simple. Tomyam campur, sotong goreng tepung dan kita akan buat dessert kek pisang. Jangan risau, semua step simple sahaja kalau ada yang terlepas step jangan panik, boleh rujuk kertas resepi yang kami sediakan diatas meja tuan puan. Kalau tak clear atau confuse jangan malu bertanya. Pada yang kat belakang kalau tak nampak apa yang saya buat dekat station ni jangan risau, boleh tengok dekat skrin ni." Chef Haikal menunjuk kepada skrin TV LED yang berada disebelah stationnya. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now