Bab 29

18 3 2
                                    

"I have an angel watching over me. She is my mom."

Eddie hadir ke majlis tahlil di rumah Dinnie bersama bapa dan abangnya. Ketibaan mereka disambut dengan senyuman nipis oleh Dato' Imran dan Sam. Saat kakinya menapak masuk ke rumah, mata Eddie terus meliar mencari kelibat Dinnie. Eddie mengambil tempat bersila dipenjuru ruang tamu itu bersama Kimi, Joe dan Reza. Di satu sudut lain terlihat Syafiqah dan Jess yang duduk bersama Datin Marina.

Ruang tamu kian dipenuhi dengan jemaah dari surau. Apabila semua hadirin telah mengambil tempat, baru kelihatan Damia memimpin Dinnie turun dari tangga. Dinnie dengan wajah sembab dan pucat hanya menunduk saat lalu dihadapan semua tetamu sebelum mengambil tempat bersebelahan dengan Puan Zelda.

*****

Majlis tahlil berjalan dengan lancar. Usai bacaan doa, tetamu bergerak untuk menikmati jamuan ringkas yang disediakan. Melihat semua hadirin bergerak, Dinnie bangun dan menuju ke arah gazebo yang terletak dilaman rumah. Dia melabuhkan duduk dan melemparkan pandangan pada sekeliling gazebo tersebut.

Gazebo ini menjadi tempat kegemaran mamanya. Disekeliling gazebo dipenuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang ditanam sendiri oleh arwah. Duduk seorang tanpa ditemani sesiapa membuatkan Dinnie merasa dekat dengan arwah mamanya.

"Akhirnya impian Aina untuk ada gazebo dilaman rumah tercapai." Suara Dato' Imran memecah kesunyian. Dinnie tidak memberi sebarang respon.

"Dulu masa kami kahwin, kami cuma duduk rumah setinggan. Itu je yang papa mampu untuk beri pada Aina memandangkan papa dah dibuang keluarga. Tapi Aina tak kisah. Dia tetap cuba menjadikan rumah itu sebagai syurga untuk kami berdua. Dia hias dan kemas setiap hari. Aina pernah cakap kalau kami ada rezeki punya rumah sendiri dia nak rumah ada laman sebab dia nak buat satu gazebo yang dikelilingi pelbagai bunga." Dato' Imran bercerita tanpa dipinta.  Dinnie hanya diam mendengar sambil bermain dengan jari sendiri.

 Dato' Imran tersenyum lemah mengingatkan memori antara dia dan Puan Aina. Dia merasakan yang dia dah sia-siakan cinta dan kasih sayang yang Puan Aina beri padanya dulu. Andai kata dia lebih bersabar dan redha dengan nasibnya dulu, mungkin dia, Puan Aina dan Dinnie dapat menjadi sebuah keluarga yang bahagia. Mungkin hubungan dia dan Dinnie tak menjadi renggang sebegini. 

"Malangnya, papa tak pernah hargai usaha mama. Walau macam mana pun Aina hias rumah tu, pada papa rumah itu tetap kecil dan tidak selesa. Papa memang suami yang gagal pada Mama Nini." suara Dato' Imran kedengaran sedikit serak menahan sebak yang membuku didada.

"Papa mintak maaf sebab gagal menjadi suami dan bapa yang baik buat Aina dan Nini. Tapi Papa nak Nini tahu, tak pernah sehari pun papa tak hidup dalam penyesalan." Sebak mula memenuhi dada Dinnie mendengar kata-kata papanya.Dato' Imran mula menghampiri dan melabuhkan duduk disebelah Dinnie.

"Papa tahu, it will took me ages to make it up for you. But, Papa nak Nini tahu, Papa ada untuk Nini. Papa akan jaga Nini seperti yang papa janji pada Aina. Mungkin Papa tak sehebat Mama, tapi Papa nak cuba. Please, Papa harap Nini boleh bagi ruang dekat Papa." Dinnie memalingkan wajah menatap Dato'Imran sebelum mehamburkan tangisan ke dada papanya.

Dato' Imran yang terkejut seketika dengan reaksi Dinnie, mula menarik Dinnie erat dalam pelukan sebelum air matanya turut jatuh. Ini merupakan kali pertama dia mendakap Dinnie. Lama mereka dalam keadaan begitu hingga Dinnie terlena dalam dakapan papanya. 

*****


Pulang dari menziarah kubur mamanya, Dinnie terus berkurung didalam bilik. Sempat dia berpesan pada Kak Yaya yang dia tak mahu berjumpa sesiapa pun. Sudah 3 hari rutin Dinnie cuma bangun, ziarah kubur dan balik berkurung dalam bilik. Sepanjang 3 hari ini dia hanya minum dan makan sekeping roti. Itu pun dia makan untuk tidak buat Kak Yaya risau. 

Dia tahu yang dia kena teruskan hidup. Tapi macam mana dia nak teruskan hidup kalau separuh jiwa dia pergi bersama Puan Aina. Dinnie rasa semuanya berlaku dengan begitu pantas, dia belum bersedia untuk menempuh hidup ini sendiri tanpa mamanya disisi.

Tubuh dibaringkan atas katil. Telefon bimbit yang dimatikan sejak 3 hari lalu dicapai dari bawah bantal dan dihidupkan. Berpuluh notifikasi masuk serentak memenuhi ruang skrin. Tapi Dinnie abaikan dan terus pergi ke galeri gambar. Tangan menyeret mencari video yang dirakam pada hari jadi Dinnie seminggu lalu. Butang 'play' ditekan. 

*flashback*

"Mama sempena hari jadi Nini, boleh tak mama nyanyikan satu lagu untuk Nini." Kamera fokus pada Puan Aina yang duduk disebelah. 

"Mama tak pandai nyanyi macam Nini, tapi mama cuba okay." Puan Aina bangun dan menuju ke arah piano dan duduk dibangkunya. Dinnie melompat kegembiraan sebelum meletakkan telefonnya pada tripod dan menuju ke belakang mamanya.  Puan Aina menekan beberapa not sebelum jumpa not yang sesuai. Dia tersenyum malu memandang Dinnie sebelum mula bermain dan menyanyi. 

"Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang

Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan" 

Dinnie memeluk erat Puan Aina selepas Puan Aina menyanyikan rangkap terakhir. Suara mamanya mungkin tidak seperti artis bertaraf dunia tetapi tetap merdu dan meruntun jiwa Dinnie. 

"Kenapa Mama nyanyi lagu sedih sedih ni." Dinnie melabuhkan dagu pada bahu mamanya sebelum turut duduk disebelah Puan Aina. 

"Mama rasa lagu tu kena dengan Nini. Nini akan terbang jauh untuk capai cita-cita Nini dan mama harap walau jauh mana Nini terbang, Nini akan balik semula pada pangkuan mama." Puan Aina mencekup pipi Dinnie sebelum melabuhkan ciuman pada dahi dan kedua pipi Dinnie. 

"Of course lah Nini balik untuk mama. Kalau boleh Nini nak ajak mama pindah sana sekali dengan Nini. Auntie Zel mesti bagi sebab sebelum ni dia tinggalkan kita nak duduk dengan Sam."

"Tak boleh macam tu sayang. Auntie Zel duduk Aussie dengan Sam tak apa, sebab tu company dia. Kalau mama pindah ikut Nini, kita nak makan apa nanti. Lagipun anak mama ni sejak bila manja tak boleh berenggang ni. Dah sampai masa Nini belajar hidup tanpa mama." Dinnie melentokkan kepalanya pada bahu Puan Aina. 

"Ma... tak kira la Nini nanti dah tua umur 40 ke 50 ke, Nini tetap perlukan Mama. Mama separuh jiwa Nini." jari Dinnie menyulami jari jemari Puan Aina. 

"Nini pulak seluruh jiwa mama. Tapi, mama nak Nini sedar yang hidup kita kat dunia ni tak lama. Bila-bila masa je Allah akan jemput kita. Jadi ingat pesan mama, tak kira mama ada dengan Nini atau tak, Nini kena teruskan hidup Nini. Sebab anak mama ni kuat, anak mama hebat and I am proud to have you as my daughter." terus Dinnie memeluk erat mamanya. Tak dapat dia bayangkan hidup tanpa Puan Aina. 

"Ingat pesan mama ya sayang. Tak kira betapa susah Nini nak teruskan hidup nanti, Mama nak Nini kuatkan semangat dan terus buat mama bangga. "

*end of flashback*

Dinnie menyapu air mata selepas mendengar semula nasihat dari mamanya. Telefon dibawa dekat dengan muka sebelum ciuman diberi pada wajah Puan Aina. 

Kuatkan semangat dan terus buat mama bangga.

TBC

Jangan lupa vote & comment okay!






Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now