Bab 2

59 5 0
                                    

"Physical attractions are common, but a mental, spiritual, and intellectual connections are rare."

Usai menyarung bib "GS" ke badan, Dinnie berpusing dan berjalan kearah tiang gol sambil mencabut ponytail nya dan diikat menjadi messy bun. Setiap kelakuannya diperhatikan oleh Eddie. 

Mata menunjukkan Masscom mendahului dengan 3 mata dan CS 2 mata. Masa ada lagi 45 minit lagi. Wisel ditiup sebagai tanda permainan dimula. Syafiqah sekali lagi lincah merampas bola dan melontar dengan lancar pada rakan lain. Menghampiri ke tiang goal lawan, bola dia lontarkan kepada Dinnie. Dinnie aim dan bola masuk dengan cantik dalam goal. Tepukan gemuruh diberi oleh penonton. Eddie yang tadi tak berminat untuk menonton jadi asyik memerhati. 

"Power siak shooter baru tu. Asal dia aim memang bola masuk shuuuup..." kata Joe pada teman temannya. 

"Eh Syafiqah la yang paling function kau tau. Dia yang sibuk pass bola sana sini." puji Reza bangga. Yelaa Reza, awek kau je paling function kat situ. 

"Aku tak pernah nampak pun Dinnie tu. Dia kawan Syafiqah ke." tanya Eddie kepada Reza. 

"Haah dia kawan Pika, merangkap roomate. Eh kau ni kan minggu lepas masa Pika tengok kita perform Dinnie tu ikut."

Jawapn Reza itu mengejutkan Eddie. Kenapa dia tak perasan akan Dinnie minggu lepas. Dia nampak Syafiqah datang berteman, tapi waktu mereka lepak minum lepas habis show, hanya ada Syafiqah sorang je. 

"Eh tapi last week lepas show Pika sorang je ikut kita lepak minum. Kata dia datang dengan Dinnie." rasa ingin tahu Eddie meningkat. 

"Oooo tu dia balik dulu sebab Pika kata esoknya dia ada hal."

Jawapan Reza itu melegakan hati Eddie. Yela risau kot Dinnie datang gig sebab pakwe dia perform jugak and dia ikut pakwe dia lepas show. Perhatian kembali diberi ke perlawanan yang cukup sengit. Team CS mendahului dengan 20 mata dan team MassCom 18. 

Eddie terus memerhatikan Dinnie. Kalau dulu Dinnie kelihatan comel, kini Dinnie kelihatan cantik dan sungguh menggoda. Bibir Dinnie yang tersenyum apabila berjaya menjaringkan goal menarik perhatiannya. Bibir penuh dan kemerah merahan. Ish apa aku ni tengok anak dara orang lama lama. 

Wisel penamat dibunyikan saat timer menunjukkan minit ke 60. Kemenangan buat Team CS. Ahli kumpulan mereka berlari sambil berpelukan didalam court. Ada yang tanggalkan bib dan baling keudara. Mereka kemudian bersalam dengan pasukan sebagai tanda no-hard-feelings. Apabila mereka menghampiri tepi court, Reza dengan pantas mendapatkan Syafiqah. 

"Pika Pika! Power la you tadi. Lincah kesana kemari, macam lipas terbang, I rasa macam nak sembur Ridsect je kat you." 

Joe, Kimi dan Eddie hanya memerhati dengan rasa meluat. 

"Ehh you ni memang nak kena dump ke. Cantik cantik macam ni ada ke kata I macam lipas." marah Syafiqah sambil menghempuk belakang Reza dengan duffle bag nya. 

"Alaaa I gurau je. Jangan la serious sangat nanti muka kedut kedut penat I nak kena iron bagi hilang kedut. Anyway, jom I belanja The Chicken Rice Shooooopppp sempena you menang." 

"Wahh betul ni, I ajak Dinnie sekali boleh?"

"Boleh je, sebab bujang lapok tiga orang ni pun ikut sekali hehehe."

Kimi, Joe dan Eddie menjeling memandang Reza. Memang dia yang mati kena sembur Ridsect jap lagi. 

"Aaaa seronoknya makan ramai ramai, jap... Dinnie!" jerit Syafiqah sambil melambai kearah Dinnie. 

Dinnie yang sedang berjalan kearah mereka sambil menggalas bag pack nya. Ayu, sungguh ayu. Gaya jalan pun macam model buat catwalk. Dimata Eddie, Dinnie berjalan slow motion ke arahnya sambil ditiup angin yang membuat rambut panjang gadis itu beralun mengikut rentak. Lagu cinta menemani setiap derap langkah. Tak berkelip matanya memandang walaupun realitinya Dinnie berjalan biasa sahaja.

"Dinnie kenalkan ini Joe, Kimi and haaa yang ni Eddie. Guys, meet Dinnie my roommate. Dinnie jom Reza nak belanja makan" sesi perkenalan yang dianjurkan oleh Syafiqah berjalan lancar. 

Dinnie mengangguk setuju dan tersenyum mesra memandang rakan rakan Reza dan saat matanya berlaga dengan mata Eddie masa seakan berhenti. Macam pernah jumpa tapi kat mana ya? Sesi bertentang mata terhenti apabila Joe bersuara. 

"Jom guys kita gerak. Aku dah lapar ni dah la kecewa aku senyum kat Nisa dia tak balas. Menonong je jalan. Its hurt mama, heart is hurt." Kimi menepuk perlahan bahu Joe sebagai tanda simpati dengan nasib sahabatnya.

 Mereka bergerak menuju ke tempat parkir. Joe dan Kimi menaiki satu kereta manakala Eddie, Reza, Dinie dan Syafiqah menaiki kereta Eddie. 

"Dinnie kau duduk depan boleh? Aku nak duduk dengan Pika Pikachu aku ni. Rindu" kata Reza dengan suara gediknya. 

"Yela tapi kau jangan nak geli geli ea kat belakang tu. Aku rejam kau guna batu nanti." 

Dinnie meloloskan diri kesebelah seat pemandu. Memandang Eddie yang sedang memanaskan enjin dan tersenyum. 

"Have we met before? Aku rasa macam pernah jumpa kau, tapi kat mana ye? Kau pernah masuk Hero Remaja ke? Ke kau pernah masuk Akedemi Fantasia?"

Eddie terpana dengan soalan dari Dinnie. Dia tak ingat aku ke? Alahhh peristiwa tu pun dah 2 tahun berlalu, logik la dia tak ingat. 

"Laaa Eddie kan guitarist dalam band sekali dengan Reza. Ingat tak last week we saw them? Sekali la tu dengan Kimi and Joe." celah Syafiqah dari seat belakang. 

"Yaaa right. Sorry babe terlupa. You guys cover lagu Muse kan?" 

Eddie menjatuhkan kepala tanda ya. Nervous bhai member duduk sebelah wangi pulak tu, rasa jantung nak meloncat keluar.  Punat radio ditekan dan lagu I love U bibeh dari The Changcuters berbunyi dari speaker. 

"Changcuters right?" tanya Dinnie pada Eddie. 

"Yup!" jawab Eddie ringkas sambil memulakan pemanduan. 

Reza dan Syafiqah bersembang dengan rancak dibelakang, sesekali ketawa terdengar. Eddie fokus memandu sambil sekali sekala mengerling kearah Dinnie. Dinnie memandang keluar tingkap sambil bernyanyi bersama Tria Ramadhani dan menepuk peha mengikut rentak. Eddie menarik senyum melihat teletah comel Dinnie. 

"Pretty with good taste in music, where have you been all this while?" kata hati Eddie. Jantung Eddie berdegup kencang sejak kehadiran Dinnie

TBC

Jangan lupa vote & comment okay!



Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now