Bab 33

9 4 0
                                    

"And suddenly you know: It's time to start something new and trust in the magic of beginnings."

Usai membaca surat Dinnie mata Eddie yang bergenang itu memandang Hardy dan Reza. Hardy menghampiri adiknya dan menepuk lembut bahu Eddie.

"Semalam aku jumpa ni dalam jaket kau. Aku tahu kau nak bagi Dinnie. Tapi dia tolak. Dia kata dia tak nak bagi kau apa-apa harapan dengan terima cincin ni." Eddie memandang kotak hitam itu dengan pandangan kosong.

"Reza, kau bawa aku pergi airport sekarang. Please. Aku nak jumpa Dinnie. Aku janji lepas ni aku tak susahkan kau dah." Masih ada masa untuk dia mengejar Dinnie.

"Eddie kau kan sakit..." belum sempat Reza menghabiskan ayatnya Eddie memotong.

"Tangan aku je sakit. Please Reza. Lepas jumpa Dinnie kita balik hospital semula." Eddie memandang Reza dan Hardy silih berganti. Mengharap mereka mengerti akan keadaan dirinya.

"Pergilah. Tapi janji lepas ni terus balik sini balik. Doktor tak bagi kau discharge lagi sebab takut kau concussions." Mendengar jawapan dari Hardy, Eddie bangun dari katil dan menyarung selipar hospital sebelum melangkah keluar ditemani Reza.

"Tunggu I Dinnie. Jangan pergi lagi." Getus Eddie dalam hati.

*****

"Semua dah settle?" Tanya Syafiqah saat Dinnie kembali dari kaunter pendaftaran masuk.

"Dah. Gate pun dah buka tu. Boleh masuk dah." Jawab Dinnie sambil tersenyum memandang rakan-rakannya. Terharu Dinnie melihat Joe, Jess dan Kimi yang turut menghantar kepergiannya.

"Kau tak nak call Eddie dulu sebelum pergi?" Tanya Kimi.

"Tak kot. Aku dah tulis surat untuk dia. I said my goodbyes. I don't think I can do it again." Syafiqah mengangguk lemah mendengar jawapan Dinnie. Terus tubuh Dinnie ditarik dan didakap erat.

"Take care! Call me first thing when you landed okay!" Dinnie mengiyakan arahan dari Syafiqah. Sebelum berlalu dan memeluk Jess.

"I'm gonna miss you so much Dinnie." Bisik Jess pada telinga Dinnie.

"Me too. Jaga diri okay. I hope you survive your residency next year." Usai kata akhir buat Jess, Dinnie melepaskan pelukan.

"Kimi, Joe, goodluck chambering. Next time I need a lawyer I'll keep you guys in my mind." Ucap Dinnie dengan nada gurauan.

"Sure. Tapi make sure kau cukup duitlah nak hire kitorang." Jawab Kimi dengan bongkak sebelum menolak rambutnya kebelakang. Dinnie tergelak mendengar respon dari Kimi.

"Come on Dinnie, we are not stranger." Joe menghulurkan tangan sebelum dia dan Dinnie melakukan bro-hug. Dinnie kemudian melakukan yang sama dengan Kimi.

"Make sure kenduri aku dengan Jess nanti kau balik okay!" Ucap Kimi sebelum dijeling Joe.

"Insya Allah." Jawab Dinnie ringkas. Dia sendiri tak tahu bila masanya dia akan balik semula ke Malaysia.

"Jom. Nini. Kita dah boleh masuk ke dalam." Tegur Dato' Imran dari belakang. Dinnie mengangguk dan memandang teman temannya buat kali terakhir.

"Bye guys. See you when I see you." Semua melambai lemah melihat Dinnie menuruni escalator menuju ke balai berlepas.

"Bye Dinnie." Jerit Syafiqah sekali lagi sebelum Dinnie hilang dari padangan. Dinnie berpaling untuk kali terakhir membalas lambaian Syafiqah sebelum melangkah pergi.

*****

Eddie dan Reza tiba dilapangan terbang jam 10:45 pagi. Saat ini Eddie berharap pesawat Dinnie ditangguhkan dan Dinnie belum masuk ke balai perlepasan. Sedang mereka berjalan ke arah pintu perlepasan dia ternampak kelibat teman- temannya.

"Pika. Mana Dinnie." Tanya Reza pada Syafiqah.

"Dia dah masuk and tadi dia mesej cakap dia dah boarding." Jawapan dari Syafiqah membuat Eddie mengelengkan kepala.

"No Dinnie tak pergi lagi kan. Kita still boleh jumpa dia dekat gate. Reza kau pergi beli mana-mana tiket flight. Kita masuk jumpa Dinnie."

"Eddie. She's gone. Please, kalau you sayangkan dia, lepaskan dia pergi." Pujuk Syafiqah. Kalau boleh dia juga mahu melihat Dinnie dan Eddie terus bersama. Tapi apakan daya keadaan tidak mengizinkan.

"Pika please. Dinnie gate berapa. Aku nak jumpa dia unshehbdse..." kawan-kawannya pelik melihat Eddie yang tiba-tiba cakap tak teratur.

"Eddie kau okay tak ni?" tanpa menjawab pertanyaan dari Kimi, tubuh Eddie mula melorot ke lantai sebelum dia pitam.

"Gosh. It must be his concussion. Kita kena bawa dia balik hospital." Tegur Jess yang menyuluh torch light telefon pada anak mata Eddie. Tubuh Eddie diangkat oleh Joe dan Kimi sebelum mereka semua berjalan ke arah tempat parking untuk membawa Eddie kembali ke hospital.

*****

Dinnie merenung ke luar tingkap. Memandang langit Kuala Lumpur untuk kali terakhir sebelum kapal terbang merentasi sempadan udara negara lain.

Semoga mereka yang dia tinggalkan akan menjalani hidup dengan baik. Semoga perjalanan baru hidupnya dipermudahkan. Insya Allah, suatu hari nanti jika tuhan mengizinkan. Pasti dia akan kembali lagi.

'Goodbye Malaysia. For now.'

TBC

Jangan lupa vote dan comment, okay! 💋

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now