Bab 9

23 1 0
                                    

"Oh, it's what you do to me"

"Berapa bro semua sekali." Eddie menyeluk poket mengeluarkan wallet. Lepas maghrib tadi dia keluar rumah untuk janji temunya bersama Dinnie. Dia singgah sebentar membeli burger jalanan. 

"RM8 bro." Penjual burger itu menjawab sambil menghulur plastik berisi 4 biji burger kepada Eddie. Duit dan plastik bertukar tangan. 

"Thank you bro." Eddie mengangkat tangan sebelum masuk semula kedalam kereta. Bungkusan burger disangkut pada hook di seat belakang penumpang. Enjin dihidupkan dan punat radio ditekan. Bluetooth disambung ke iPhone. Spectrum nyanyian Florence and The Machine berkumandang. Handbrake diturunkan dan pemanduan dimulakan dirumah Dinnie. 

*****

Tiba dihadapan rumah Dinnie, Eddie menghantar mesej kepada Dinnie memberitahu ketibaannya. Dia turun dari kereta dan bersandar pada tempat duduk penumpang. Pintu rumah Dinnie dibuka dan kelihatan Dinnie menyalam Puan Aina sebelum memeluk cium beliau. Dinnie berjalan kearah Eddie, Puan Aina masih memerhati dari pintu rumah. Eddie membukakan pintu bahagian penumpang untuk Dinnie, sebaik sahaja Dinnie meloloskan diri Eddie menutup pintu. 

"Gerak dulu aunty." Eddie mengangkat tangan dan senyum pada Puan Aina. 

"Elok-elok bawa kereta tu."Puan Aina melambai dan Eddie meloloskan diri ke tempat pemandu. Dinnie menurunkan tingkap penumpang dan melambai kearah ibunya sebelum kereta mula bergerak. 

"Bau burger." Dinnie menangkap bau burger yang memasuki ruang hidungnya. 

"Tau aje kan bau burger, hidung kau ni scanner makanan ke?" Eddie tersenyum mendengar tekaan tepat Dinnie. 

"Bab makanan aku punya Dinnie-Tingle automatic activated." Dinnie tersenyum bangga menjawab. 

"Okay kalau so called Dinnie-Tingle kau tu dah activated, cuba teka kita nak pergi mana?"

"Nope. My tingle only works for food not your mind. It's your job to tell me what's on your mind." Dia yang plan nak bawak kita date dia suruh main teka teka pulak. 

Sepuluh minit berlalu dan kereta tiba di destinasi. Kereta diparkir dilereng bukit yang menghadap ke arah panorama Kuala Lumpur yang bercahaya dengan lampu. Menara KLCC dan menara KL nampak begitu indah dimalam hari. Ada beberapa kenderaan lain yang turut berada disitu menikmati keindahan hutan konkrit yang indah itu.

"Come. Lets climb to the roof and have a car picnic." Eddie keluar dan berjalan ke tempat penumpang. Pintu dibuka dan Dinnie terkebil memandang Eddie. 

"Climb?" Masih tidak percaya Eddie menyuruh dia panjat dan duduk di bumbung kereta. 

"Yelah panjat je. Tak reti panjat ke?" Belasah orang bukan main kuat, takkan suruh panjat kereta dah cuak.

"Reti la ingat tak reti ke." Dinnie terus memijak plate yang berada dipintu kereta sebelum memanjat naik ke atas bumbung. Setelah berjaya naik, kaki dilunjurkan kepada cermin kereta. Eddie kemudian menghulur plastik burger dan 2 tin coke sebelum turut memanjat naik melalui tempat pemandu. 

"So this is your idea of dating?" Dinnie memandang Eddie yang melabuhkan duduk disebelahnya. 

"Aku suka tempat ni, tenang. Just look at the view. Breath taking isn't it?" Eddie mengangkat tangan menunjuk ke arah kota raya. Dia kemudian mengambil sebiji burger dan menghulurkan kepada Dinnie. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now