Bab 27

19 3 0
                                    

"Her absence is like the sky, spread over everything."

Tiba dirumah, Puan Aina merasakan sakit didadanya semakin nyeri, pandangan menjadi berbalam-balam dan semakin kabur. Sempat dia menahan diri pada dinding kalau tidak pasti terjatuh ke lantai. Tas tangan dibahu melorot ke lantai.

"Aina! What's wrong with you? Okay ke?" Tegur Puan Zelda yang baru masuk dari pintu depan. Badan Puan Aina terus dipapah untuk duduk diatas sofa.

"Ooookay... kepala I pening sikit." Jawab Puan Aina tersekat-sekat. Dia cuba menahan rasa sakit yang menyerang.

"Yaya! Yaya! Tolong ambil Puan air." Jerit Puan Zelda yang memanggil Kak Yaya didapur. Tidak lama kemudian Kak Yaya datang dengan segelas air putih.

"Puan okay ke ni puan? Muka puan pucat ni. Baik kita bawa ke hospital." Tegur Kak Yaya sambil gelas berisi air disambut oleh Puan Zelda sebelum disuakan pada bibir Puan Aina sebelum diminum.

"Betul cakap Yaya tu Aina. Kita pergi hospital lah. Risau I tengok you macam ni." cadangan Kak Yaya disambut baik oleh Puan Zelda. Jujur dia tak pernah nampak Puan Aina dalam keadaan begini.

"I okay... you tak perlu lah risau. Kejap je ni nanti elok lah."  Puan Aina perlahan-lahan menolak diri untuk bangun dari sofa. Baru sahaja dia mahu berdiri tegak sakit didada kembali. Dia menekup tangan didada sebelum pengsan.

"Aina! Ya Allah. Yaya tolong panggil Sam dekat rumah I. Kita kena bawa Aina ke hospital segera!" mendengar arahan itu laju Kak Yaya berlari kerumah depan untuk memanggil Sam. Puan Zelda yang berada disisi Puan Aina menepuk pipi Puan Aina berkali-kali untuk menyedarkannya.

"Mommy! Aunty Na kenapa ni?" Sam yang baru tiba terus duduk melutut untuk mengendong Puan Aina.

"Mommy tak tahu Sam. Tiba-tiba Aunty Na pengsan. Jom kita pergi hospital cepat." Puan Zelda mencapai tas tangan Puan Aina yang berada dilantai sebelum dia dan Sam keluar dari rumah dan meluru ke arah kereta Sam.

"Yaya tolong call Dinnie bagitahu kami bawa Aina pergi hospital. Call dia sampai dapat ye." sempat Puan Zelda memberi pesan pada Kak Yaya dari tempat duduk penumpang.

"Baik Puan." Kak Yaya yang mendengar arahan itu terus berlari masuk ke dalam rumah untuk menghubungi Dinnie.

*****

Usai sesi pembentangan laporan latihan industri dengan pensyarah penyelia, Dinnie menemani Syafiqah ke Bangi untuk mencari beberapa pakaian kerja. Kata Syafiqah, di Bangi banyak pilihan yang mengikut bajet. Sedang Dinnie membelek pakaian tiba-tiba jantungnya berdegup kencang dan rasa tak sedap hati bertandang. 

"Dinnie! Are you okay?" tegur Syafiqah apabila melihat Dinnie yang sedang membelek baju pada rak butik itu terhenti dan termenung lama.

"Aaaa... aku okay. Cuma tiba-tiba rasa tak sedap hati." Dinnie terus meletakkan baju yang dia pegang kepada railing semula sebelum mencari telefon bimbit didalam tas tangan.

"Tak sedap hati? Kenapa?" Syafiqah berdiri disebelah sahabatnya untuk menenangkan Dinnie. Tidak sempat menjawab soalan Syafiqah, telefon berbunyi dan nama Kak Yaya tertera.

"Eh kenapa Kak Yaya call ni." Hati Dinnie terus berdebar. Jarang Kak Yaya akan menghubunginya melalui panggilan telefon. Selalunya Kak Yaya hanya akan menghantar mesej pesanan ringkas. Dinnie terus menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum Dinnie. Kak Yaya nak bagitahu yang tadi Puan pengsan lepas balik dari kerja. Sekarang dia dalam perjalanan ke hospital. Puan Zelda dan Sam yang bawak dia." terus Kak Yaya memberi maklumat tersebut sebaik sahaja panggilan disambung.

"Ya Allah mama. Dah lama ke Kak Yaya?" Dinnie yang terkejut akan kenyataan dari Kak Yaya itu terus berlalu keluar dari butik pakaian itu diikuti oleh Syafiqah.

"Baru je Dinnie. Dinnie terus pergi hospital ya. Jumpa Puan Zelda dan Sam disana." jawab Kak Yaya dengan jelas.

"Okay kak. Saya pergi sana." Saat Dinnie mematikan panggilan, Syafiqah terus berdiri dihadapan Dinnie dengan wajah ingin tahu.

"Pikah, kita kena pergi hospital sekarang, Mama aku pengsan." jawab Dinnie dengan mata sedikit berair.

"Okay babe no worries. Jom, biar I drive." Syafiqah menepuk lembut belakang Dinnie sebelum menadah tangan meminta kunci kereta. Mana mungkin dia biarkan Dinnie memandu dalam keadaan begini. Dinnie hanya menurut dan menghulurkan kunci keretanya pada Syafiqah. 

*****

Akibat kesesakan lalu lintas pada waktu puncak, Dinnie tiba dihospital menghampiri waktu maghrib. Setibanya dihospital, mata Dinnie dan Syafiqah terus bergerak laju untuk mencari kelibat Puan Zelda dan Sam. Mengikut mesej yang diterima dari Sam, mereka menunggu di zon kecemasan. Dinnie dan Syafiqah berjalan disekitar Zon kecemasan sebelum menangkap kelibat Puan Zelda yang berada didalam pelukan Sam.

"Aunty Zel.... Mama macam mana?" Tegur Dinnie sebaik sahaja dia menghampiri Puan Zelda dan Sam. Mendengar suara Dinnie, Puan Zelda yang sedang menangis itu terus mengangkat kepala dari bahu Sam.

"Sayang... I'm sorry but your mother, she didn't make it." Jawab Puan Zelda dengan nada yang sayu.

"Huh? Aunty Zel cakap apa ni?" Dinnie memandang Puan Zelda dan Sam silih berganti. Dia tidak percaya dengan berita yang khabarkan. 

"Dinnie I'm sorry. Tapi tadi doktor baru sah kan aunty Na dah meninggal. Dia meninggal sebab Sudden Cardia Arrest." Suara Sam kedengaran sebak.  

"No... Tak mungkin... Mama... Sam... Mama dah tak ada? Betul ke ni? No...." Tubuh Dinnie menjadi lemah dan air mata mula menitis ke pipi. Sebelum tubuh Dinnie melorot, Sam merangkul Dinnie kedalam pelukan. Hati Syafiqah turut luluh melihat sahabatnya menangis.

"Shhh sayang.... Sabar ya. Jom kita masuk dalam jumpa mama untuk kali terakhir." Puan Zelda turut memeluk Dinnie sebelum menarik tangan Dinnie untuk masuk ke dalam sebuah bilik yang menempatkan Puan Aina.

Masuk sahaja ke dalam bilik itu, mata Dinnie terus menangkap tubuh Puan Aina yang terbaring kaku diatas katil. Jemari Puan Aina dicapai dan dikucup.

"Mama... Kenapa mama pergi tak bawak Nini." Berguguran air mata Dinnie saat melihat tiada respon dari ibunya.

"Nini tak sempat minta maaf pada mama atas segala dosa Nini pada mama. Nini belum sempat buat mama bangga dengan Nini. Nini tak sempat lagi balas segala jasa mama pada Nini. Sampai hati mama tinggal Nini seorang diri." Mengongoi Dinnie disisi Puan Aina. Kepala Dinnie dilabuhkan ke atas dada Puan Aina. 

Syafiqah yang berdiri dibelakang Dinnie hanya mampu mengosok lembut belakang Dinnie. Air matanya turut tumpah mengenangkan nasib sahabatnya. Puan Zelda tidak mampu menahan air matanya mendengar kata-kata Dinnie tadi. Sam memeluk bahu Puan Zelda sambil menyapu air mata yang mengalir dipipinya sendiri. Untuk beberapa ketika ruangan itu senyap dan hanya dipenuhi dengan bunyi esakan dari mereka berempat.

TBC

Jangan lupa vote & comment okay!


Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now