Bab 5

30 1 0
                                    

"I get a little bit nervous around you. Get a little bit stressed out  and excited when I think about you"

Dahi berkerut dan bola mata bergerak kiri ke kanan membaca kandungan di skrin laptop. Kaca mata yang melurut jatuh ditolak kembali menguna jari tengah. Kaki bergoyang mengikut rentak Jelita nyanyian Kyoto Protocol dan Liyana Fizi yang berkumandang ditelinga. Tangan kanan sibuk mencatat isi penting ke dalam buku nota. Meja berselerak dengan buku dan kertas. Minggu yang penuh dengan assignment, soalan tutorial dan quiz.

Tiba-tiba fokus terganggu dengan getaran dari telefon bimbit. Tangan dia mencapai telefon bimbit disebelah laptop. Notifikasi dari Eddie menggariskan senyum lebar pada muka. Ibu jari laju menekan untuk membaca isi mesej tersebut.

Eddie: Assalamualaikum. Tak jawab dosa, kalau jawab sayang 😜

Sengaja dia membiar mesej tanpa sebarang balasan nak tengok akal Eddie yang suka menyakat. Sudah seminggu dia dan Eddie saling berbalas pesan. Dia akui mesej dari Eddie membuat senyum tak lekang pada bibir. Lelaki itu, selalu menghantar pesanan berbentuk ayat ayat yang membuat rama rama terbang bebas didalam perut. Dia kembali menyambung bacaan pada laptop dan fokus dengan dengan kerja kerjanya. 

Tiba tiba terasa kerusi disebelah ditarik. Dia berpaling dan kaget melihat Eddie yang duduk disebelah. Headphone ditarik turun ke leher. 

"Buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?" dia terpaksa berbisik supaya tidak menganggu pelajar lain didalam perpustakaan itu. 

"Baru je habis. Aku mesej kau tak reply. Pika kata kau kat sini so aku datang." Eddie tersenyum memandang Dinnie yang berkaca mata hari ini. Nampak polos dan comel. 

"Aku busy. Esok ada quiz so nak study sikit." Dinnie menyusun kertas kertas nota yang bersepah dihadapan Eddie. 

"Aku nak ajak kau dating." Eddie tak berselindung dengan tujuan dia mencari Dinnie. Dah seminggu dia bagi hint dalam mesej tapi Dinnie tak melayan. Dia tahu Dinnie faham hint yang dia bagi tapi gadis itu buat tak endah sahaja. 

"Aku busy. Kau tau kan lepas kelas aku kerja." 

Dinnie mengambil kerja part-time di mart fakultinya, boleh lah untuk duit poket. Pak Abas majikannya pun baik dan bertimbang rasa dengan waktu kerja Dinnie. Dinnie hanya membantu Pak Abas selepas kelas sehingga pukul 6 petang ,Jumaat dan hujung minggu Dinnie diberi cuti. 

"Tapi Jumaat and weekend kau free kan?" Eddie menjongkitkan kening. Mana la mamat ni tahu Jumaat dia free, ni mesti kerja Syafiqah jadi radio karat ni. Dinnie hanya diam tidak puas hati memandang Eddie. 

"Okay let's make a deal. Lets go for 10 date. Aku pilih 5 activiti untuk 5 date kau pilih 5. And after 10 date if you're not falling for me or I'm not your ideal guy we can just remain as friends. How bout that?" cadangan Eddie membuat dahinya berkerut. 

"If I dont have time for A date, what make you think I have time for 10?" gila mamat ni dah la lagi sebulan dah nak final boleh pulak dia ajak dating. 

"Because... We have Chemistry. You and I, we're good together and you knew it too. Cuma kau tak nak mengaku je." kata Eddie sambil merenung anak mata Dinnie. 

"Macam mana kalau our date end badly? Like badly badly" Dinnie cuba menduga. 

"What if its not? Macam mana kita nak tahu sesuatu benda tu tak serasi dengan kita kalau kita tak cuba? We have same sense of humors, we have same taste in music although you surprised  me when you say Penawar Rindu is your guilty pleasure song and I know we can always have honest conversation seeing how direct you were with your feeling." kata kata Eddie membuat Dinnie berfikir. Kalau tak cuba tak tahu. Sekurang-kurangnya kalau dah cuba dan tak menjadi dia dan Eddie masing masing boleh teruskan hidup. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now