Bab 23

24 2 0
                                    

"Being nervous isn't bad. It just means something important is happening."

Masuk kali ini, ini baju yang keempat Dinnie cuba. Ada saja yang tak kena dimatanya. Mungkin juga sebab hati terlalu berdebar jadi segala apa yang dicuba dia rasa tak sesuai. Hari ini merupakan majlis resepsi abang Eddie, Hardy. Mereka telah selamat dinikahkan minggu lepas jadi hari ini merupakan majlis resepsi sebelah pengantin lelaki. 

"Nini... Tak siap lagi?" Tanya Puan Aina yang muncul disebalik pintu bilik. 

"Belum mama. Nini tak jumpa baju yang sesuai." Dinnie berlalu ke almarinya untuk mencari baju lain. 

"Baju yang Nini pakai itu cantik je. Tu kan baju raya tahun lepas." kata Puan Aina merujuk kepada baju kurung batik sutera yang berwarna cream dengan bunga kuning dan merah. 

"Cantik ke mama baju ni?" Tanya Dinnie sambil berdiri dihadapan cermin memerhatikan diri sendiri untuk kepastian. 

"Cantik sayang. Tambah anak mama pulak yang pakai. Lagilah nampak cantik." Puan Aina menghampiri Dinnie dari belakang dan membelai lembut belakang anaknya. 

"Don't worry, his parents gonna love you." Puan Aina tahu bukan baju yang dirisaukan Dinnie tapi kenyataan yang hari ini dia akan bertemu kedua ibu bapa Eddie untuk pertama kali. 

"Mama betul ke tak boleh teman Nini pergi majlis abang Eddie?" Dinnie mencuba memujuk Puan Aina untuk kali terakhir. 

"Sorry ye sayang. Nini kena pergi seorang. Mama kan nak pergi majlis kahwin anak kawan mama dengan Auntie Zel. Lagipun kan kawan-kawan Nini ada sekali?" Puan Aina hanya senyum memerhatikan perangai anaknya itu. 

"Herm okay Mama. Okaylah Nini nak sambung bersiap." jawab Dinnie. 

"Okay mama pergi dulu okay." Puan Aina melabuhkan ciuman pada pipi Dinnie sebelum keluar dari bilik tersebut. 

*****

Selepas 30 minit memandu, Dinnie tiba di perkarangan lobi hotel tempat berlangsungnya majlis Hardy. Mata mencari kelibat Syafiqah. Tiba-tiba bahu terasa ditepuk dari belakang. Dinnie berpusing dan terlihat kelibat Joe, Jess dan Kimi. Jess pantas memeluk Dinnie untuk melepaskan rindu. 

"Rindunya dengan Dinnie. Makin cantik sekarang." Jess memuji penampilan Dinnie hari ini. 

"Eh Jess pun apa kurangnya." Dinnie turut membalas pujian tersebut. 

"Aku dengan Joe tak nak puji makin handsome ke? Sikit punya macam lelaki melayu terakhir kitorang harini." Kata Kimi sambil sengih seperti kerang busuk. 

"Korang tak payah." Dinnie dan Jess tersenyum sinis. 

"Dinnie! Jess!" mendengar panggilan tersebut, Dinnie dan Jess pantas menoleh kearah Syafiqah yang baru tiba dengan Reza. 

"Pika!" jerit Dinnie dan Jess serentak. 

"Ya Allah rindunya." Mereka bertiga berpelukkan untuk melepaskan rindu. 

"Eh korang dah dah lah jejak kasihnya. Jom kita masuk dulu nanti kat dalam sambung borak. Majlis dah nak start ni." kata Reza menamatkan sesi jejak kasih gadis tiga orang itu. Kalau dibiarkan boleh melarat. 

Mereka berenam masuk ke dalam ballroom dan duduk pada meja yang telah ditunjukkan oleh penyambut tetamu tadi. 

"You look.... Hermm apa ea perkataan yang sesuai.... Ha! Polished." kata Syafiqah sedikit perlahan cukup untuk pendengaran Dinnie sahaja. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now