Bab 16

22 0 0
                                    

"I get jealous when you smile to someone else because your smile so addictive. They might falling for you like I did."

Sudah sebulan lebih mereka memasuki semester baru. Rata-rata pelajar tahun akhir sibuk dengan pemilihan tajuk untuk projek tahun akhir. Sem ini Dinnie dah Syafiqah menyusun jadual mereka agar kuliah dan tutorial hanya waktu pagi dan free pada hari khamis dan jumaat.

Syafiqah sedang menikmati makan tengah hari apabila disapa oleh Eddie dan Reza.

"Kenapa you sorang je? Dinnie mana?" Tanya Reza yang mengambil tempat disebelah Syafiqah.

"Dinnie pergi jumpa Dr Budi." Dr Budi mengajar mereka subjek infografik untuk semester ini.

"Dr Budi yang budak fakulti you gilakan tu ke?" Reza ingat semasa semester lepas gosip mengatakan seorang pelajar perempuan overdose panadol kerana luahan cintanya ditolak pensyarah itu.

"Haah. Betul dia lah." Syafiqah masih rancak menyuap makanan kedalam mulut. Sebelum matanya terpandang kelibat Dinnie yang sedang berjalan dengan Dr Budi.

"Haa tu Dinnie." Syafiqah mengangkat jari menunjuk kearah Dinnie. Eddie berpusing untuk melihat si buah hati. Namun dia sedikit cemburu apabila melihat Dinnie sedang berbual mesra dan ketawa bersama pensyarah muda itu.

"Tu ke Dr Budi? Handsome gila. Patutlah budak tu sampai overdose panadol." Komen Reza selepas melihat dengan mata sendiri kekacakan Dr Budi. Setelah berpamitan, Dinnie terus berjalan menunju ke arah mereka.

"Hi guys." Dinnie menarik kerusi duduk disebelah Eddie.

"So ada apa Dr Budi panggil you? Bukan supervisor FYP you Dr Victor ke?" Tanya Syafiqah kepada Dinnie.

"Oh Dr Budi nak aku jadi research assistant dia. Dia tengah buat research pasal AI so dia mintak aku assist dia collect data." Hasil perbincangan tadi, Dinnie setuju untuk turut sama terlibat dalam projek tersebut.

"So you join ke? I ingat mama you dah pesan sem ni dah tak boleh buat part time?" Eddie sedikit cemburu memikirkan buah hatinya akan menghabiskan masa bersama pensyarah itu.

"Oh ni bukan kerja part time. Ni just tolong dalam research je. Dr Budi pilih 3 orang pelajar je untuk tolong dia and the best part is this project funded by Stanford AI lab so mana tahu ada rezeki boleh melawat lab dorang." Cerita Dinnie dengan penuh semangat.

"Bestnya babe. Lepas ni hari-hari lah you menghadap muka Dr Budi tu." Usikan Syafiqah itu sedikit sebanyak membuat Eddie cemburu.

"Eh Za aku nak kena balik Studio group mate aku ajak jumpa jap. You, I see you later okay." Eddie mengosok lembut kepala Dinnie. Dia terpaksa berlalu dari situ kerana tak tahan mendengar pujian untuk Dr Budi itu.

*****

Beberapa pelajar sedang tekun menyiapkan kerja masing-masing didalam studio. Eddie sedang fokus mencari idea untuk menyiapkan lukisannya. Suara Gerard Way ditelinga menyanyikan lagu I'm not okay menemaninya. Sejak peristiwa di kafeteria hari itu, Eddie sudah 3 hari tak bertemu dengan Dinnie. Mereka cuma berbalas pesan. Tiba-tiba Eddie merasa ada orang seperti memerhatikannya. Perlahan-lahan, dia berpaling.

"Hei." Dinnie menyapa dengan senyuman manis. Harini Dinnie kelihatan ayu dengan baju kurung cotton tanah putih bunga pink. Rambut yang dulu panjang kini pendek keparas bahu potongan wolf cut.

"You cut your hair?" Teguran Eddie membuat Dinnie ketawa kecil. Jarang lelaki perasan perbezaan pada perempuan.

"I did. Do you like it?" Dinnie menarik kerusi dan duduk disebelah Eddie.

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now