Bab 19

20 2 0
                                    

"My dad broke my heart way before any boy had the chance to."

Kotak terakhir selamat diletakkan diatas troli. Dinnie memeriksa setiap genap bilik memastikan tiada benda tertinggal. Tingkap dan pintu beranda juga telah ditutup. Tilam diatas katil dah dilipat dua. Selesai memeriksa Dinnie menuju ke arah Syafiqah yang sedang tunggu ditepi pintu. 

"All clear?" Tanya Syafiqah.

"Dah! Ready to say goodbye?" Dinnie menjawab sambil memandang ruang itu untuk kali terakhir. 

"Yup. Let's go now." Syafiqah menutup suis kipas dan lampu. Pintu bilik ditutup dan dikunci. 

Hari ini mereka akan berpindah keluar dari kolej kediaman. Selepas tamat peperiksaan semalam, Dinnie dan Syafiqah meluangkan masa berdua. Hampir tiga tahun mereka sebilik, dan dari situ jugalah hubungan persahabatan mereka menjadi akrab. 

Dinnie menolak troli menuju ke lif kolej kediaman dan Syafiqah mengekor dibelakang. Sampai ke lantai bawah, mereka menuju ke pejabat pentadbiran kolej kediaman untuk menyerahkan kunci bilik. Selesai urusan, mereka menolak troli menuju ke tempat parkir. 

Reza dan Eddie yang duduk dalam kereta Dinnie terus keluar apabila melihat dua orang gadis itu keluar dari kolej kediaman. Kereta Dinnie dan Kereta Reza diletak bersebelahan untuk memudahkan proses pemungahan barang kedalam bonet. 

"So this is everything?" Tanya Eddie selepas memasukkan kotak terakhir kedalam kereta. 

"Yup!" Dinnie menjawab sambil menoleh ke arah Syafiqah. Gadis itu terus dipeluknya erat. 

"Thank you for these past years Pika. I love you." Sedikit sebak suara Dinnie menuturkan ayat itu. 

"Most welcome Dinnie. Ala bukannya rumah kita jauh sangat. We can always have sleepover lepas ni kan? And I love you too!" Syafiqah melepaskan pelukan sebelum menekup kedua belah tangan ke pipi Dinnie sebelum mereka berdua tergelak. 

"Eddie ambilkan gambar I dengan Pika." Iphone dihulur kepada Eddie. 

"Me too. Sayang, tolong." Syafiqah turut menghulurkan Iphone kepada Reza. 

Klik... Klik... Beberapa gambar terakhir Dinnie dan Syafiqah dihadapan kolej kediaman yang menjadi saksi persahabatan mereka dirakam. Sekali lagi mereka berpelukkan. Selesai bergambar mereka menuju masuk kedalam kereta dan memulakan perjalanan ke rumah Dinnie. 

***** 

Ada sebuah Porsche Cayenne hitam terparkir dihadapan rumah apabila mereka tiba. Dinnie tak pernah lihat kereta ini sebelum ini. Bonet kereta dibuka untuk memunggah barang masuk kedalam rumah. Dinnie menarik sebuah luggage dan Eddie mengendong sebuah kotak. Syafiqah dan Reza mengekor dari belakang. 

"Eh Nini dah sampai." Puan Zelda berdiri untuk menyambut kepulangan Dinnie. Dinnie meninggalkan luggage dihadapan tangga dan terus berpelukan dengan Puan Zelda. Di sofa, kelihatan seorang wanita sekitar umur 40-an sedang duduk sambil memandang kearah mereka. 

"Ni kenalkan kawan Nini, Syafiqah and Reza." Dinnie mengenalkan Puan Zelda pada teman temannya. Puan Zelda hanya tersenyum sebelum menyambut salam dari Syafiqah. 

"Mama mana auntie? Eh sorry tak perasan auntie." Dinnie terkejut apabila menyedari kehadiran seorang wanita asing di ruang tamu. Terus dihulurkan tangan untuk bersalam. Wanita itu menyambut huluran tangan Dinnie dengan senyuman.

"Mama Nini kat dapur tengah masak. Ni Marina kawan auntie." jawab Puan Zelda sedikit gugup.

"Owh... okay. Nini hantar barang ke atas dulu nanti Nini turun okay. Guys duduk dulu okay." Dinnie mempelawa teman-temannya untuk duduk sebelum dia mengangkat luggage naik ke atas. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now