Bab 40

22 3 0
                                    

"You never cease to amaze me with your intelligence and creativity." 

Terkejut Dinnie saat dia pulang dari gym, Eddie telah menunggu dilobi apartmentnya. Padahal jam baru pukul 8:30 pagi.  Eddie yang perasan akan kehadiran Dinnie terus tersengih lebar. 

"Kenapa you sampai awal sangat ni. Baru pukul 8:30." Tanya Dinnie. 

"I excited sangat nak jumpa you. Lagipun I takut lambat. So baik I datang awal and tunggu you." jawab Eddie dengan suara penuh teruja. Perbualan mereka itu diperhatikan oleh penyambut tetamu bernama Wendy itu dengan senyuman. 

"Miss Imran, this gentleman has wait for you for an hour. Is he a friends of yours?" tanya Wendy dengan santun. Tanggungjawab dia untuk mengenal setiap orang yang keluar dan masuk kompleks apartment tersebut sebagai langkah keselamatan. 

"Aaaa yes. My friends." jawab Dinnie dengan canggung. Eddie disebelah semakin senyum lebar. 

"Jom ikut I naik." terpaksa Dinnie mengajak Eddie naik. Takkan dia nak biarkan Eddie lama-lama dekat lobi tu. Nanti lagi lama dia kena soal jawab dengan Wendy atau Guzzman. 

Eddie terus berdiri dan mengikut Dinnie yang berjalan laju menuju ke arah lif. Masuk ke dalam lift Dinnie menekan punat bernombor 10. Mereka hanya diam didalam lif. Eddie memerhatikan Dinnie, Dinnie pula khusyuk perhatikan pintu lif. Eh sejak bilalah pintu lif ni ada corak corak ni ya. 

Ting!

Tiba ditingkat 10, Dinnie keluar dari kotak lif diikuti oleh Eddie. Sekali tengok macam anak ayam ikut mak ayam berjalan. Langkah Dinnie berhenti pada unit paling hujung. 10A. 

"Jemput masuk, kasut tolong bukak letak kat atas rak tu." ucap Dinnie saat melangkah masuk ke dalam apartment tersebut. 

Usai meletakkan kasut, Eddie terus teruja melihat isi apartment tersebut. Apartmentnya agak luas dan apa yang membuat apartment itu nampak menarik adalah warna perabut dan hiasan yang memenuhi ruang tersebut. Setiap dinding rumah di warna dengan warna berbeza dan mempunyai pelbagai corak yang menarik. 

"Cantik rumah you. Sangat colorful." Mata Eddie tertumpu pada dinding dibelakang sofa. Dinding kosong berwarna putih itu dipenuhi dengan frame gambar dan poster perlbagai size dan warna membuatkan warna setiap frame nampak meriah. Sofa berwarna biru hijau tua itu nampak meriah dengan bantal kecil bercorak bunga ungu dengan kain selimut berwarna kuning. Meja kopi diganti dengan ottomen berwarna hijau turqoise. Dinding dibelakang TV berwarna unggu dengan lukisan bentuk kotak kotak yang menjadi latar belakang TV. 

"Roomate I, dia tak suka rumah ni hanya satu warna je. Jadi dia yang cat dan lukis. Bila dia bosan, dia akan buat corak lain. Tu cara dia untuk "me time"." Dinnie sendiri senang dengan warna warna ceria yang terdapat didalam apartment mereka. Dia sendiri tak melarang Zenia untuk mengubah apa apa dalam apartment asalkan semuanya kemas dan bersih. 

Dinnie menghulurkan alat kawalan jauh untuk TV kepada Eddie. Sambil dia menghidupkan kipas siling. Selepas itu pintu balkoni dibuka supanya angin pagi turut masuk kedalam rumah. Dibalkoni terdapat beberapa jenis pasu dengan pelbagai jenis tumbuhan tersusun kemas pada para didinding balkoni. 

"You duduk dulu. I nak mandi. Nak air ke, snek ke, ambil je kat dapur. Kalau nak pergi toilet sebelah pintu masuk tadi ada powder room boleh guna." Eddie hanya menjempul ibu jari sebelum Dinnie hilang dibalik pintu bilik berwarna hijau gelap itu. 

Eddie berjalan disekeliling apartment Dinnie sambil melihat hasil kerja teman Dinnie. Tangannya automatik menari ditulang tulang buku saat dia berhenti dihadapat rak buku berwarna kuning itu. Rak setinggi siling itu disusun mengikut color buku membuat rak buku itu sangat menarik dan kemas. Usai berjalan didalam rumah, dia keluar ke balkoni melihat pemandangan sekitar. Nafas ditarik dan dilepaskan. Terasa bayu angin menampar lembut pipinya. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now