Bab 15

23 0 0
                                    

"Jealousy is a green eyed monster."

Usai menonton wayang, Eddie dan Dinnie terus berjalan menuju ke arah Chili's. Hari ini mereka akan berkumpul dengan rakan-rakan untuk menyambut hari jadi Syafiqah. Reza semalam menghantar mesej berbau ugutan dalam group Whatsapp agar mereka turut hadir. Bagi mengelakkan gambar mengaibkan disebarkan terpaksalah mereka yang lain setuju. 

"Aib sangat ke gambar you dalam simpanan Reza?" tanya Dinnie kepada Eddie. 

"Adalah gambar tidur ada air liur basi, gambar zaman sekolah dulu rambut pacak. Entah Reza tu bukan boleh percaya." kalau ikutkan Eddie hanya ingin meluangkan masa bersama Dinnie sahaja. Tapi memikirkan sahabatnya yang seorang itu selalu membuat perangai diluar alam, dia ikutkan sahaja. 

Tiba di Chili's, mereka terus menuju ke booth tepi tingkap melihat teman-teman lain telah tiba kecuali Reza dan Syafiqah. 

"Dasar janji melayu. Kata pukul 3. Ni 3:15 baru nampak batang hidung." Joe merenung Eddie dan Dinnie yang baru tiba dengan geram. 

"Aik. Selalu lambat tak kena marah. Ni angin kenapa? Period ke?" Eddie menepuk lembut belakang Joe untuk meredakan amarah. Selalu member dia ni cool je. 

"Selalu memanglah okay. Tapi harini jadi geram sebab mata berbulu tengok mamat ni dari tadi jual minyak dekat adik aku." jeling Joe ke arah Kimi dan Jess yang tadi ralik bersembang. 

"Alah angah ni, tak chill la. Orang suruh cari girlfriend tak nak. Lepas tu marah orang dating." Jess membalas jelingan Joe tadi. 

"Ehh dah dah. Reza baru mesej dorang dah sampai. Get ready everyone." mendengar maklumat dari Eddie masing masing mula memandang ke arah pintu masuk restoran. 

3...2...1...

"Surprise!" Jerit mereka berlima saat Syafiqah perasan akan mereka. 

"Ya Allah korang! Thank you." Syafiqah terharu melihat rakan-rakan lain turut hadir meraikan hari jadi beliau. 

"Bukan selalu you turning 21. Eh mari mari duduk. Jom kita order." Kimi mengajak Reza dan Syafiqah duduk sebelum mereka memangil pelayan untuk membuat pesanan dan meja kemudian meriah dengan suara mereka bersembang. 

"Guys, ikut twitter rasmi Uni, harini result keluar." kenyataan dari Kimi membuatkan mereka terdiam. 

"Takutnya nak check. Haritu dah la carry mark pun yang hado." Reza mula risau memikirkan keputusan sem lalu. 

"Kau dah check ke Kimi?" Tanya Eddie pada Kimi. 

"Tengah loading." mendengar jawapan dari Kimi masing-masing mengeluarkan telefon bimbit untuk menyemak. 

"Fuh lega! Nasib baik conveyancing pass. Senak aku kalau kena repeat. Kau okay Kimi?" Joe mengurut dada tanda lega. Kadang-kadang rasa menyesal ikut Kimi ambil Law. 

"Aku okay. Janji tak kena repeat dah la. Reza, Eddie korang okay?" Kimi dan Joe serentak memandang Eddie dan Reza. 

"Alhamdulillah. Tak sia-sia aku buat solat hajat." Reza tersengih seperti kerang busuk. 

"Dinnie result you macam mana?" Tanya Eddie pada Dinnie yang masih senyap merenung telefon. 

"Jap still loading. I nak masuk ID pun tak lepas lagi." butang refresh dah berapa kali tekan pun tak boleh masuk lagi. Memang tiap sem kena macam ni ke?

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now