Bab 4

39 1 0
                                    

"You're stuck in my head and I can't get you out of it."

Mata memerhati buih-buih didalam mesin basuh yang berpusing dengan harapan wajah Eddie dapat dilupakan. Suara Cady Groves menyanyikan IDGAF ditelinga dikuatkan untuk tenggelamkan suara Eddie bercakap, suara Eddie ketawa. Argh!!!! Eddie. Eddie. Eddie. Dah parah dah kau ni Dinnie.

 Seminggu berlalu, tapi bayangan lelaki itu asyik mengganggu ketenteraman jiwa. Jantung bekerja dengan kadar lebih laju mengepam darah. Tiada mesej mahupun panggilan dari Eddie. Mahu mulakan dia pulak malu. Maka teruslah termenung memandang buih yang berpusing didalam mesin itu.

"Nah!" Syafiqah yang tiba-tiba menghulurkan waffle depan muka mengejutkan lamunan Dinnie.

"Maseh! Dah habis discussion ke?" Dinnie mencabut earphone lalu menyuap waffle ke dalam mulut.

"Dah! Ingatkan I next sem satu group dengan you. Sakit jiwa betul dapat team member yang tak function ni." Syafiqah mengipas dirinya dengan pocket folder untuk meredakan marah.

"Kau jugak kata, 'Dinnie I rasa sem ni kita kena mingle dengan orang lain so takde lah kita muak asyik spend time with each other.' Sekarang dah tak nak mingle around dah?" Dinnie mengajuk dialog yang Syafiqah pernah sebut.

"Alaa itu dulu. Sekarang ni I rasa serabut tau sebab dapat team member macam-macam perangai. Ketiak masing-masing dah berbulu pun perangai macam budak-budak. Penat tau. Anyhoo, malam ni you free kan? Jom kita pegi gigs boleh release tension."

"Band Reza perform ke malam ni?" kalau ada Reza mesti ada Eddie. Senyuman nipis terbit dibibir memikirkan Eddie.

"Takde lah, dorang tak perform. Malam ni performance by 6ixth Sense. Lagipun Reza baru lepas keluar dari berkampung kat studio sebab siapkan drawing. Jomlah babe! You pun minggu ni busy je. Dah lama kita tak hang out and you pun dah lama nak jumpa Adi Priyo live kan?" Syafiqah menggoyangkang tangan Dinnie sambil tersenyum sebagai cara memujuk.

"Yelah! Lepas gigs belanja aku burger ayam taknak sayur mayonnaise lebih."

"You nak mayonnaise sebaldi pun boleh. Janji you ikut." Syafiqah memeluk Dinnie dengan gembira.

*****

"Sekejap aku mesej Pika cakap dah sampai." Reza mengeluarkan handphone dari kocek dan mula menaip mesej. Kurang 2 minit terlihat 2 orang gadis berjalan keluar dari anjung ke arah Honda CR-V putih milik Eddie.

Mata Eddie terpaku memandang Dinnie atas bawah. Gadis itu mengenakan t-shirt Rolling Stone berwarna kelabu gelap, skinny jeans berwarna hitam dan Chuck Taylor berwarna hitam. Rambut dilepas bebas. Ada sling bag kecil tersangkut di bahu. Pakai tshirt pun cantik. Pintu kereta bahagian belakang kiri dan kanan dibuka dan kedua gadis itu melangkah masuk.

Kereta bergerak meninggalkan kolej kediaman. Sambil memandu Eddie menjeling ke arah Dinnie melalui rear-view mirror. Dinnie membalas pandangan Eddie dengan senyuman manis. Begitulah mereka sehingga sampai ke destinasi dituju. Apa yang disembang oleh Reza dan Syafiqah tidak masuk ke telinga.

*****

"Kau tak mesej aku pun?" Eddie terus memulakan bicara saat mereka turun dari kereta.

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now