Bab 36

30 5 1
                                    

"I put you first above anyone else. It's only you."

Majlis hari jadi Razin berjalan dengan meriah sekali. Sengaja Eddie datang sedikit lewat dari masa yang ditetapkan untuk mengelak dari bertemu ahli keluarga Reza ataupun Syafiqah. Risau akan menerima soalan maut seperti; 'Aik datang sorang je?' atau 'Bila nak kahwin?'. Padanya soalan seperti itu agak merimaskan tambah pula dia masih tiada mood memikirkan yang kemungkinan besar Dinnie sudah berkahwin.

Waktu Eddie tiba, Reza dan Syafiqah masih sibuk melayan tetamu lain. Jadi Eddie terus mengambil sepinggan Kuey Teow goreng dan melabuhkan duduk ke meja yang dihuni Kimi & Jess.  

"Tudia CEO interim dah berzaman tak jumpa. Apa citer bro?" Tanya Kimi sambil memeluk Eddie.

"Biasa je bro. Busy sikit. Korang baru sampai ke?" tanya Eddie sambil memandang ke arah Jess yang sedang fokus menghabiskan cendol pulut.

"Baru tak barulah adalah dalam 15 minit." jawab Kimi. Eddie mencari kelibat Joe, tapi tidak kelihatan dimana-mana.

"Mana Joe?"

"Angah mungkin lambat sikit. Dia baru sampai malam semalam. So mungkin jetlagged kot." jawab Jess sebelum menyambung suapan cendol pulut.

Eddie mengangguk faham. Joe bekerja dengan syarikat antarabangsa yang memerlukan dia berulang alik dari LA ke Kuala Lumpur dengan kerap.

Sedang mereka bertiga sibuk menjamu selera dan  berbual, Jess menangkap kelibat Abangnya yang baru tiba.

"Haa panjang pun umur." Eddie berpaling untuk melihat siapa yang dimaksudkan Jess. Manakala Kimi berdiri sambil mendepang dada nak memeluk Joe.

"Uuuuyai. Abang iparku!" Akibat rimas dengan Kimi, Joe menolak kepala Joe supaya pelukan dilepaskan.

"Kau kalau aku sekeh kepala kau baru ada akai kan?" Rimas Joe dengan perangai Kimi.

Kimi dan Jess kini sudah mengikat tali pertunangan dan akan melangsungkan perkahwinan pada awal tahun depan. Awalnya Joe berang bila mengetahui Kimi dan Jess bercinta. Tapi mana mungkin dia melarang kalau mereka berdua dah saling suka. Asalkan dedua bahagia sudah cukup baginya.

"Gurau pun tak boleh. Babe, angah you ni garang sangatlah. Takut I tau." Kimi berpura-pura merajuk dan menyorok dibelakang Jess.

"Eddie! My man!" Joe dan Eddie ber-bro-hug seketika sebelum masing-masing melabuhkan duduk.

"Makin handsome la kau Joe. Kau pergi sana buat plastic surgery ke?" tegur Eddie yang jelas kelihatan wajah Joe yang semakin bersih dari parut jerawat dan gayanya yang semakin kemas dan segak.

"Banyaklah kau. Aku guna air wudhu je ni."

"Poyolah angah ni. Biasalah Eddie orang dah jatuh cinta kan...Gaya pun helok la." jawapan dari Jess membuat Joe menjenggilkan mata.

"Pergh ada chinggey sekarang. Tapi sorok. Camnilah member." Ujar Eddie seakan berjauh hati. Dulu segala benda Joe akan ceritakan padanya.

"Banyaklah chinggey ingat aku ada masa ke? Eh dah jom. Aku nampak ada laksa kat sana. Jom amik makan." Joe yang kelaparan itu kecur liur melihat laksa yang terhidang.

"Korang pergilah aku kenyang lagi. Biar aku jaga meja." Yang lain mengangguk sebelum bangun ke arah meja buffet. Belum 10 tapak, Joe berpatah balik mengeluarkan telefon dan dompetnya untuk ditinggalkan diatas meja.

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now