Bab 24

34 2 0
                                    

"I'm not impressed by money, social status, or job title. I'm impressed by the way someone treats other human beings." 

Hari ini Dinnie dijemput untuk makan tengah hari di rumah keluarga Eddie sempena menyambut ulang tahun Eddie yang ke-23. Kata Eddie makan tengah hari ini hanya untuk keluarga mereka sahaja.

Dinnie mengenakan shift dress berwarna merah jambu paras lutut. Rambut diikat separuh bersama twilly. Gayanya dilengkapkan dengan sepasang subang berlian dan jam tangan. Nasib baik ada Syafiqah jadi penasihat fashion. Kalau tidak mungkin hari ini Dinnie datang dengan kemeja dan jeans sahaja. Kehadiran Dinnie disambut mesra oleh seluruh ahli keluarga Eddie kecuali Puan Sri Zila. 

"Assalamualaikum." Dinnie memberi salam apabila melangkah masuk kedalam rumah. 

"Waalaikumusalam. Dinnie finally sampai pun." sambut Tan Sri Adi Shah dengan ramah. 

"Rindu dekat Dinnie." Maya menghampiri dan memeluk mesra tubuh Dinnie. Ini merupakan kali pertama mereka bertemu sejak majlis sebulan lalu. 

"Itulah ni baru sempat jumpa Kak Maya. Owh mama saya kirim salam dekat semua." 

"Waalaikumussalam. Kenapa tak ajak Mama sekali boleh uncle kenal-kenal." tanya Tan Sri Adi Shah ramah. 

"Owh mama ada urusan uncle. Tu yang Dinnie datang sorang." jawab Dinnie jujur. Memang hari ini Puan Zelda dan Mamanya ada urusan dengan rakan niaga. 

"Owh tak apa. Eh jom masuk kedalam. Apa sembang dekat pintu je kita ni." Tan Sri menjemput Dinnie masuk ke dalam. Lengan Dinnie ditarik lembut oleh Maya. 

"Haa Eddie mana mommy kamu. Panggil dia dan Mak Ngah kamu masuk. Tetamu dah sampai ni. Boleh kita makan tengah hari." Arah Tan Sri Adi Shah kepada Eddie apabila mereka mula melalui ruang makan. Eddie mengangguk dan pantas mencari mommy dan Mak Ngahnya.

Ruang makan yang nampak sungguh mewah dan elegan itu mempunyai sebuah meja makan yang mampu memuatkan hampir 20 orang. Di atas meja makan tergantung chandelier yang berkilau cantik. Kelihatan beberapa orang pembantu rumah sedang menghidangkan makanan diatas meja. 

"Duduk Dinnie jangan malu-malu." Hardy menarik kerusi untuk Dinnie duduk. 

"Terima kasih Abang Dy." Dinnie tersenyum manis sebelum melabuhkan duduk dihadapan Maya. 

"Haaa sampai pun. Ingatkan tak nak makan." Tegur Tan Sri Adi Shah saat melihat kelibat Puan Sri Zila, Eddie dan seorang wanita sekitar 40-an masuk ke dalam ruang makan. Dinnie berdiri untuk bersalaman dengan wanita berdua itu. 

"Dinnie ni Mak Ngah I. Puan Baizura. Adik daddy." usai diperkenalkan Eddie, Dinnie menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Puan Baizura. Salam di sambut acuh tak acuh. Begitu juga salam yang dihulurkan pada Puan Sri Zila. Hanya disambut hujung jari. 

Dinnie hanya tersenyum tawar melihat reaksi kedua wanita itu sebelum kembali melabuhkan duduk. Puan Sri Zila mengambil tempat disebelah kanan Tan Sri Adi Shah manakala Puan Baizura sebelah kiri. Eddie mengambil tempat diatara Dinnie dan Puan Baizura. 

"Haa Eddie baca doa makan." arah Tan Sri Adi Shah selepas semua mengambil tempat. 

*****

Selesai sesi makan tengah hari, upacara potong kek dilakukan di ruang tamu rumah. Eddie meniup lilin pada kek bersaiz 8 inchi itu. Selesai memotong kek Eddie memeluk kedua ibu dan bapanya. 

Ini Kisah CintaWhere stories live. Discover now