21

23 5 0
                                    

"Siapa kau?" soal Blade. 

lelaki berambut merah terpacak itu berjalan perlahan mendekati Theo dan Blade. theo masih memandang tajam tanpa bersuara. 

"Aku ada satu tujuan.. dan dengan adanya kau, aku yakin tujuan aku kali ni akan berjaya.." ujar lelaki itu seraya berhenti di hadapan Theo. dia tersengih menampakkan giginya yang kekuningan.

"Kali terakhir aku jumpa kau, beberapa bulan yang lepas. di kepulauan Bigoy. aku nampak macammana kau mengalahkan Kolonel Byron. aku tahu kau kuat Theo Atlas dan aku tahu kau dah semakin kuat sekarang.. sertai aku untuk capai tujuan aku! demi keamanan 5 benua!" sambung lelaki itu lagi.

"tapi, kau siapa?" soal Theo. dan lelaki itu ketawa.

"Nama aku Heinrik.. aku kapten kepada the Shadow pirate.. akulah yang telah menubuhkan alliance yang sepatutnya terbentuk di Kepulauan Biggoy beberapa bulan yang lepas." Theo serta merta mengetap gigi sebelum kolar baju lelaki itu ditarik. disebabkan lelaki itu lebih tinggi dari Theo, tarikan itu membuatkan Heinrik sedikit membongkok.

"Kau tahu tak berapa ramai orang yang tak bersalah hilang nyawa dekat situ haritu!? kau tahu tak betapa takutnya penduduk pulau tu bila terperangkap dalam perang yang tak ada kena-mengena pun dengan diorang!?!" Mata Theo mencerlung ke dalam mata Heinrik seakan-akan dia mahu menghabiskan nyawa lelaki itu di situ juga. Heinrik tersengih sinis.

"There're no peace without a war and there're no war without sacrifice. you should know that Atlas.." ujar lelaki itu sebelum mendapat satu tumbukan padu di wajahnya membuatkan dia tercampak melanggar dinding.

"Apa pun rancangan kau.. jangan libatkan aku dan kawan-kawan aku.. perang yang sia-sia ni.. aku tak akan biarkan ia berlaku!!" Terus dia berlalu dari situ. Blade memandang Heinrik yang masih terduduk bersandar pada dinding yang dirempuhnya tadi.

"You really don't know what you're getting yourself into, mate" ujarnya sebelum mengikuti langkah Theo yang sudah jauh ke hadapan.

Heinrik meludah darah yang terkeluar disebabkan tumbukan Theo tadi. dia tersengih sebelum ketawa perlahan.

......................................................................................

"Patutlah aku rasa macam kenal je jolly roger tu.. Shadow Heinrik.. kalau tak silap aku, bounty dia sekarang dah hampir nak cecah 400k coins.." Ujar Keith memandang ke arah Jolly roger yang berkibar megah pada kapal yang agak besar dilabuhkan disebelah kapal mereka.

"Kita tak jumpa dia pun dekat Biggoy haritu. macammana dia tahu kita ada dekat sana?" soal Ashley. 

"Dia cakap dia nampak Theo lawan dengan Kolonel Byron sebelum dia tinggalkan pulau tu.. sebenarnya, apa yang jadi dekat situ?" soal Blade. dia ada terdengar soal perang kecil yang terjadi antara lanun dan Salamander. ianya terpapar di dada-dada akhbar di seluruh pelusuk dunia. 

"Kitorang ada dengar dari pak cik Wick. Heinrik nak tubuhkan alliance dengan semua lanun-lanun yang bountynya tinggi untuk tundukkan pasukan pertahanan 5 benua. kononnya nak kembalikan keamanan dan tamatkan perang dingin." jelas Xara.

"Tapi, alliance tu gagal sebab campur tangan pihak Salamander. Kitorang hampir mati nasib baik ada Pak Cik Wick dan crew dia.." sambungnya lagi.

"siapa Pak Cik Wick?" soal Blade lagi. rakan-rakannya yang lain berpandangan sesama sendiri sebelum Xara mula membuka cerita. tentang siapa "Pak Cik Wick", kejadian di kepulauan Biggoy, Blackstone Balthier dan siapakah Theo Atlas yang sebenarnya. Blade berhak tahu dengan apa yang bakal mereka bersemuka tak lama lagi.

..........................................................

"Kau pergi mana Newt?" soal Chef Delila sebaik sahaja Newt melangkah masuk ke dapur restoran dari pintu belakang. selepas kejadian Theo merempuh masuk ke dapur mereka pagi tadi, Newt menghilang. hari sudah hampir senja, baru terlihat batang hidung lelaki itu.

Newt menghampiri Delila yang sedang memotong beberapa ketulan daging lalu meletakkan sehelai kertas berwarna coklat kekuningan di sisi papan pemotong membuatkan Delila menghentikan perbuatannya sebelum matanya menatap kertas itu.

"15th Ancient Lotus Cooking Competition registration form"

Matanya membulat membaca satu persatu isi kertas itu. borang pendaftaran tersebut sudahpun siap diisi. hanya menunggu untuk diserahkan kepada pihak penaja. 

"Newt! apa kau buat?" soal wanita itu membulat memandang Newt.

"Aku tak peduli kau nak bunuh aku sekalipun.. tapi kalini.. aku tak akan biarkan Ancient Lotus jatuh ke tangan orang yang tak bertanggungjawab.." ujar Newt.

* * *

15th Ancient Lotus Cooking Competition Registration Form

Contestant Name : Newt Sadler

Age : 29 Years Old.

BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Where stories live. Discover now