"jadi kita memang xdapat tengoklah bunga abadi tu?" soal Ash. Theo, Ken dan Aigle sudah terlentok kepala di atas meja. perasaan kecewa yang sukar untuk digambarkan.
"lelaki tadi cakap, pintu tu hanya dibuka 3 tahun sekali untuk pertandingan memasak." balas Aigle.
"Tapi, bila pertandingan tu terakhir diadakan?" soal Xara pula. Aigle menjungkit bahu.
kini mereka berada di dalam sebuah restoran yang sangat cantik. perhiasan dalamannya sangat elegan dengan dindingnya berwarna merah jambu. seperti sebuah restoran yang berkelas tinggi.
bukan restoran itu sahaja, sebenarnya kesemua restoran di bandar itu cantik dan berkelas. tiada satu pun bar-bar buruk yang biasanya menjadi tempat melepak lanun-lanun mahupun penyangak. hendak masuk ke setiap restoran itu memerlukan kod pakaian formal.
sebab itulah sekarang lanun-lanun muda itu masing-masing berpakaian elegan. sewaktu hendak masuk ke restoran itu tadi, mereka serta merta dihalau oleh pelayan restoran dek kerana pakaian mereka yang selekeh. perut sudah lapar, maka terpaksalah mereka membeli pakaian formal dari butik berdekatan. nasib mereka agak baik apabila Xara bijak untuk tawar menawar dengan si pemilik butik. untung emas yang mereka ambil dari Dardes Chain sebelum ini masih tersisa banyak.
"Jadi apa kita nak buat sekarang?" soal Blade. serentak dengan itu, beberapa orang pelayan datang ke meja mereka sambil menghidangkan pelbagai jenis makanan yang telah dipesan oleh mereka. mulut Theo dan Ken ternganga luas.
kesemua makanan yang bersusun cantik di atas meja itu kelihatan sangat menyelerakan. persembahannya juga sangat cantik. ini kali pertama mereka melihat makanan secantik itu.
"Sekarang kita makan!" ujar Theo lalu menyuapkan satu potong besar stick ke dalam mulutnya. mukanya tersenyum kebahagiaan. "sedapnyaa~~~~" sepertinya daging itu mencair di dalam mulutnya.
"wah.. tak pernah aku makan makanan sesedap ni.." ujar Xara sambil menyuapkan pasta ke dalam mulutnya.
"Mangagumkan!" ujar ken. masing-masing sudah khusyuk menjamu selera. maklumlah, sudah beberapa hari mereka tidak makan dengan betul. makanan-makanan di situ pula kesemuanya sangat sedap. sudah lenyap etika makan di meja mereka. sehingga pelanggan-pelanggan yang lain turut memandang.
30 minit kemudian, meja makan di hadapan mereka sudah penuh dengan pinggang dan gelas kosong. masing-masing menggosok perut kekenyangan.
"saya harap kalian semua suka dengan makanan yang kami sajikan.." ujar seorang lelaki bertelinga capang dan berkot hitam datang menghampiri meja mereka.
"Ini bil yang perlu kalian bayar ya.." lelaki itu menyerahkan bil kepada Xavier yang kedudukannya paling tepi. mata Xavier terbutang luas sebelum menyerahkan bil itu kepada adiknya.
"Apa ni!? 50K coins??? mahalnya!!" jerit Xara seraya menghentakkan bil ke atas meja.
"Ya cik.. kalau cik nak tahu, kesemua restoran di pulau ini adalah restoran yang berkelas. terdiri daripada chef-chef yang berbakat dan berilmu pengetahuan tinggi. jadi, takkanlah cik menganggap yang harga makanan di situ sama dengan makanan dekat luar sana.." ujar lelaki itu sedikit angkuh. Xara mencebik sebelum mengeluarkan beberapa uncang coins.
"Hei pelayan.. bila pentandingan memasak Lotus tu akan diadakan?" soal Xavier kepada lelaki bertelinga capang itu.
"Oh.. kalian ke sini untuk menyertai pertandingan itu? hahahaha jangan haraplah.. pulau ni memiliki beratus-ratus orang chef yang hebat. tak mungkinlah lanun seperti kalian akan menang." Ken mengepal buku limanya menahan geram. lelaki bertelinga capang ini sangatlah menjengkelkan. Aigle di sisinya menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Maksud kau?" soal Keith.
"Ya.. pertandingan itu akan diadakan seminggu dari sekarang. pertandingan yang terakhir diadakan 3 tahun yang lepas dan kalian sedang berada di restoran milik pemenangnya.." jelas lelaki itu lagi dengan bangga. hidungnya sedikit terangkat ke atas.
tiba-tiba Theo mengetuk meja kuat. mengejutkan semua yang berada di situ. sehingga lelaki bertelinga capang itu melompat seperti kera kena belacan.
"Bawa aku jumpa pemilik restoran ni!!" ujar kapten muda itu. membuatkan masing-masing tercengang.
...................................................
Theo berdiri bersilang tangan di dalam ruang dapur restoran itu. di kirinya terdapat dapur memasak dan grill. di kanannya pula terdapat singki dan pinggan-pinggan yang tersusun kemas di sebelahnya. dihadapannya pula terdapat seorang wanita yang kelihatan agak berusia tapi masih kelihatan cantik. berambut hitam disanggul dan disorokkan ke dalam topi chef. wanita itu berpakaian chef lengkap dengan apron diikat pada pinggangnya. terdapat satu scarf merah terlilit di kolar bajunya. menandakan posisinya sebagai ketua chef merangkap pemilik restoran.
"Siapa kau?" soal wanita itu melihat seorang lelaki asing berada di dalam dapurnya.
"Nama aku Theo Atlas.. aku nak kau jadi chef dekat kapal aku!"
Xara, Xavier, Ken, Ash dan Keith menepuk dahi manakala Blade dan Aigle sudahpun ternganga.
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantasy*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
