20

67 10 0
                                        


"Theo Atlas ada dekat sini?" soal lelaki itu berdiri dari kerusinya sebaik mendengar berita dari salah seorang anak kapalnya.

"Betul.. aku nampak dengan mata aku sendiri kapten." ujar lelaki memakai singlet berbelang merah putih itu. 

 lelaki berambut merah terpacak yang digelar kapten itu merapati jendela yang terbuka luas. pandangannya dihalakan ke arah pusat bandar Lotus City. dia tersengih sumbing. 

"Nampaknya aku masih ada peluang.." 

....................................................................

2 hari kemudian..

seorang lelaki tiba-tiba tercampak keluar dari pintu sebuah restoran. lelaki itu sepertinya adalah seorang lanun. anak-anak kapalnya juga kelihatan tercampak keluar dari pintu yang sama. semuanya sudah cedera teruk dibelasah seseorang.

"Sial!" jerkah lelaki yang merupakan kapten kapal. yang masih terduduk di atas tanah.

dia memandang tepat ke arah seorang wanita bersilang tangan dan seorang lelaki berambut jingga dengan kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. kedua-duanya memakai pakaian chef. dan kedua-duanya memandang tajam ke arah lanun-lanun itu.

"Ini restoran kelas atasan. kami memiliki dress code yang formal dan tegas! kalau kau tak nak ikut peraturan kami, dan cuba membuat kecoh dalam restoran aku, kau tak layak pun untuk ada dekat sini!" tegas wanita itu sebelum dia masuk kembali ke dalam restorannya diikuti lelaki berambut jingga.

dan situasi itu ditonton oleh Theo dan Blade yang ditugaskan untuk membeli keperluan makanan mereka. Theo sudah tersengih sampai ke telinga. manakala Blade kelihatan terpegun dengan situasi itu. tanpa berlengah lagi Theo pantas berlari ke arah restoran berkenaan.

"Wei! Theo!! tunggu!!" dan jeritan Blade langsung tidak diendahkannya.

"Aku tak tahu pula korang ni hebat berlawan!" Theo merempuh pintu belakang dapur restoran. kesemua mata di situ berarah kepadanya. 

"Kau lagi! apa kau nak!?" soal lelaki berambut jingga meluru ke arah Theo.

"Tadi aku tengok kau dengan dia lawan lanun-lanun tu. hebat!!" Theo tersengih teruja memandang lelaki dan wanita itu silih berganti.

"Apa kena-mengena dengan kau?" soal lelaki itu. 

"Jom! jadi chef dekat kapal aku!" ujar Theo lagi. 

"You are such an annoying brat!" ujar wanita itu.

"Newt.. campakkan dia keluar.." arahnya lagi sebelum menyambung kegiatan memasaknya. 

"With pleasure, chef.." dengan laju kakinya dihayunkan ke arah Theo. pantas Theo mengelak. namun serangannya tidak terhenti di situ. tumbukannya pula dihayunkan ke arah Theo. dan serangannya berganti-ganti antaran hayunan kaki dan tumbukan bertubi-tubi. kelihatan seperti bunga api. namun, satu serangan pun tidak mengenai Theo. tapi serangan itu telah membuatkan dia terundur ke belakang dan terkeluar dari pintu dapur.

lelaki bernama Newt itu langsung tidak mematikan serangannya. Theo melompat ke kiri dan kanan cuba untuk mengelak. betul.. lelaki ini kuat. sama seperti rakan-rakannya. sehinggalah akhirnya serangan Newt mengenai Theo dan membuatkan lelaki itu tercampak ke arah timbunan kotak-kotak berhampiran tong sampah di sudut bangunan sebelahnya. perlawanan itu ditonton oleh pekerja-pekerja restoran yang sudah mula curi tulang. wanita pemilik restoran membiarkan sahaja. malas nak melarang.

Newt berdiri sambil membetulkan bajunya. dia memandang tajam ke arah Theo. 

theo ketawa sebelum bangkit. 

"Kau nampak Can.. aku tahu dia kuat.." gumamnya sendiri. canavar mengangkat kepalanya sebelum kembali tidur.

"Apa-apa sajalah"

"Aku tahu kau siapa.." ujar Newt sebaik Theo berdiri di hadapannya.

"Kau Theo Atlas.. lanun yang paling dikehendaki oleh semua pasukan pertahanan 5 benua sekarang. Tapi aku masih tak faham.. kenapa kau asyik muncul saja depan aku?" soal Newt.

"Macam yang aku cakap.. aku nak kau dengan chef kau tu join crew aku.." Theo tersengih. Newt mengeluh.

"Tak guna aku cakap dengan kau.. kami tak akan ikut kau.. kau tak tahu betapa pentingnya pulau ni, restoran ni pada chef Delila. jadi Atlas.. kau boleh berambus dari sini dan jangan kacau kami lagi.." ujar Newt keras. Newt melangkah masuk ke dalam restoran bersama-sama pekerja restoran yang lain. 

Blade mendekati Theo.

"Kau memang tak reti putus asa kan Theo.." ujarnya.

"aku dah buat keputusan.." balas Theo. tenang sebelum dia tiba-tiba berpusing ke belakang. 

"Siapa?" soalnya. canavar yang sedang tidur tadi juga turut sama bangkit. sebaik merasakan satu tenaga yang agak kuat mendekati mereka.

"Atlas.. tak sangka aku boleh jumpa kau kat sini.." ujar lelaki di hadapan mereka. Theo hanya memandang tanpa suara. Blade di sebelah turut merasakan tenaga kuat yang keluar dari lelaki itu. siapa dia?

 siapa dia?

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang