Dari jeti di perlabuhan yang sangat besar itu mereka sudah nampak kemeriahan bandar. perlabuhan itu tersangatlah besar, terdapat beratus-ratus buah kapal berlabuh di situ. kapal lanun, kapal nelayan, kapal dagang termasuk jugalah kapal-kapal Alpha. Theo, Ken dan Aigle sudah teruja melihat bandar besar di hadapan mereka. sekurang-kurangnya, penduduk di bandar itu bukanlah dari kalangan golongan bangsawan. jadi bolehlah mereka meneroka bandar itu sepuas-puasnya.
Jackdaw Ibis di labuhkan di sisi sebuah kapal lanun yang agak besar. sehelai jolly roger berwarna hitam, dengan lambang tengkorak memakai hood berwarna hitam berkibar dengan megahnya. Keith berkerut dahi. rasanya dia kenal lambang pada jolly roger berkenaan. apa lelaki itu buat dekat sini?
sebaik Jackdaw Ibis dilabuhkan, Theo, Ken dan Aigle pantas berlari ke tengah bandar. mereka melalui satu pintu gerbang yang agak besar bertulis, Lotus City. bangunan-bangunan di situ tinggi-tinggi semuanya. kedai-kedai yang ada di situ menjual bermacam-macam benda. dari pakaian, makanan, hinggalah ke keperluan harian. simbol bunga teratai berwarna merah jambu dapat dilihat di segenap pelusuk bandar.
dan bandar itu tersangatlah sesak dengan pengunjung. juga bising dengan ragam penjual dan pembeli.
Theo, Ken dan Aigle sudah mendahului yang lain. walau mereka masih belum tahu di mana harus mencari serpihan urre gold yang ke seterusnya. yang mereka tahu mereka harus mencari di mana keberadaan bunga teratai abadi itu. untuk merasai sendiri buah teratai yang dikatakan sangat sedap rasanya.
"ada apa Keith?" soal Xavier memandang Keith yang masih lagi memerhatikan kapal lanun besar di sebelah Ibis walaupun mereka sudahpun berada di daratan. dia perasan Keith sudah memerhatikan kapal itu sejak mereka berlabuh tadi lagi.
Keith hanya menggeleng. sebelum turut menyertai Xavier, Xara, Blade dan Ash yang sedang menunggunya di hadapan pintu gerbang Lotus city. mereka harus mencari Theo, Ken dan Aigle yang sudah jauh ke dalam bandar.
......................................................................
Theo, Ken dan Aigle terpaku di hadapan sebuah pintu pagar yang sangat besar. pada pintu pagar tersebut terdapat lambang bunga teratai yang juga sangat besar. lambang yang sama yang mereka jumpa di seluruh pelusuk bandar.
tempat itu berpagar dan dikawal ketat. pagar batu yang dibina mengelilingi satu bangunan yang agak besar itu kelihatan sangat kukuh dan cantik berwarna merah dan kuning. terdapat pengawal memakai pakaian berwarna merah berkawal di setiap sudut. sebaik mereka cuba untuk masuk, para pengawal cepat-cepat menghalang.
"Kalian tak dibenarkan masuk!" ujar salah seorang dari mereka dengan tegas.
"Ehh? kenapa?" soal Aigle kecewa.
"Kami nak tengok bunga abadi tuu!" ujar Theo pula dengan mulutnya dipenuhi ayam bakar yang entah sejak bila dia membelinya.
"Ancient lotus chamber tidak boleh di masuki oleh sesiapa sahaja!" tegas pengawal itu lagi.
"Apa kata kita rempuh saja?" bisik Ken perlahan. theo mengangguk setuju.
"Jangan harap!" bantah si pengawal yang mendengar idea tidak bernas mereka itu.
"sia-sia sahaja niat korang tu.." ujar satu suara tidak jauh dari tempat mereka berdiri. dari seorang lelaki berambut panjang berwarna jingga. sedang membeli sayur-sayuran dari sebuah gerai di sebelah bangunan itu. lelaki itu berkaca mata. wajahnya bersahaja sambil tangannya meneliti beberapa biji buah tomato.
"Kau cakap dengan kitorang ke?" soal Theo. memandangkan lelaki itu langsung tidak memandang mereka.
"Ancient Lotus chamber tidak akan dibuka lagi untuk pengunjung melainkan hanya pada hari pertandingan sahaja." ujar lelaki itu lagi. tiga sahabat itu berpandangan sesama sendiri.
"Apa maksud kau?" soal Ken. mereka pantas mendekati lelaki itu.
"Pertandingan apa?" soal Aigle pula. lelaki berambut jingga itu mendiamkan diri sambil tangan masih lagi memilih-milih beberapa jenis sayuran. sayuran yang dipilihnya kelihatan segar-segar belaka.
"Hei! kitorang tanya ni.. jangan cakap separuh-separuh boleh?" soal Theo sambil menghalang lelaki itu dari meneruskan kegiatannya. lelaki itu mengeluh perlahan.
"Haih.. kenapalah aku nak kena layan lanun-lanun ni pulak? aku ada banyak lagi kerja nak kena buat nii.." gumamnya. dia memandang Theo yang masih bermuka ketat. muka yang penuh dengan keazaman.
"Look.. aku hanya katakan ni sebab aku tahu kau baru dekat sini. kau nampak pintu besar tu?" soal nya sambil menunding jari telunjuk ke pintu gerbang menghala ke Ancient Lotus Chamber. Theo, Ken dan Aigle memandang.
"pintu tu pernah dipecahkan oleh lanun 10 tahun dulu. semuanya sebab diorang nak curi bunga abadi. untuk dijual ke golongan bangsawan. tapi mereka tak tahu, bunga abadi dan buahnya itu Istimewa. hanya yang terpilih sahaja boleh memetiknya. sebab itulah sekarang ianya dikawal ketat dan tak boleh dikunjungi oleh sesiapa pun." jelas lelaki itu.
"pintu tu hanya akan dibuka sekali dalam 3 tahun. untuk Ancient Lotus cooking competition. pertandingan yang diadakan setiap 3 tahun. yang hanya disertai oleh tukang - tukang masak terhebat dunia.. jadi, jangan haraplah korang akan dapat masuk ke pintu tu.." Theo, Ken dan Aigle terlopong mendengar penjelasan lelaki itu.
lelaki berambut jingga itu langsung menyerahkan satu uncang coins kepada pemilik kedai sayur sebelum beredar dari situ bersama sayur-sayurannya.
YOU ARE READING
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
FantasíaNama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku adalah pewaris takhta Overlord, pemimpin kepada 5 benua Aku juga adalah kapten kepada 7 orang crew lanun Aku seorang lelaki yang dikehendaki Dengan bounty yang san...