4 hari kemudian...
"Selamat datang ke 15th Ancient Lotus Cooking Competition! seperti yang anda semua tahu, pertandingan ini hanya diadakan sekali dalam masa 3 tahun! disebabkan kejadian yang tak diingini yang berlaku 10 tahun yang lalu, beberapa peraturan pertandingan telah pun ditukar.
peraturan pertama, kesemua peserta harus melalui satu pusingan percubaan yang akan diadakan di hadapan pintu gerbang ke Ancient Lotus Chamber. hanya yang berjaya melepasi pusingan percubaan akan dibenarkan masuk ke Ancient Lotus Chamber untuk pusingan yang seterusnya.
peraturan yang kedua, hanya 3 orang ahli keluarga ataupun crewmambers yang dibenarkan masuk ke dalam Ancient Lotus Chamber bersama-sama peserta yang layak." suara pengacara pertandingan itu sangat kuat sehingga bergema ke seluruh pelusuk Lotus city dan menuturkan skrip yang sama seperti tahun-tahun yang terdahulu.
Lotus City hari ini kelihatan sangat meriah. dengan perhiasan, confetti, bunga api, tidak lupa juga ada pertunjukan tarian dan jualan makanan-makanan jalanan yang bermacam jenis. perkarangan Ancient Lotus Chamber pada harini tersangatlah sesak dengan manusia yang bermacam ragam. semuanya berpusu-pusu untuk melihat sendiri bakat-bakat yang hebat datang dari seluruh dunia.
begitu juga di perlabuhan Lotus City. penuh dengan kapal-kapal dari segenap pelusuk tempat. ada juga yang datang dari benua-benua lain semata-mata untuk menyertai pertandingan itu. Betullah, bunga abadi bukan hanya bunga yang biasa. sampai mereka sanggup menempuh pasukan pertahanan setiap benua untuk masuk ke benua itu.
"Hmm.. nampaknya terlepaslah peluang kau untuk rasa buah dari bunga abadi tu.." Ken menepuk-nepuk perlahan bahu Theo. lanun-lanun muda Beast itupun berkumpul bersama-sama orang awam di hadapan perkarangan Ancient Lotus chamber. mereka masih terperangkap ditempat itu dan sampai sekarang masih belum ada apa-apa petunjuk mengenai sepihan ke-15.
"Kau salah.." ujar Theo perlahan.
"Apa maksud kau?" Ken berkerut dahi mendengar balasan Theo. theo memuncungkan mulutnya ke arah hadapan.
"itu kan.." Ash bersuara.
mereka memandang ke arah seorang lelaki yang sedang mengikat apron hitam pada pinggangnya. di hadapannya terdapat meja kecil yang dipenuhi bahan masakan. di sisinya pula terdapat dapur dan kuali berwarna hitam.
"Aku dah cakap.. dia akan jadi chef dekat kapal kita.." ujar Theo lagi. rakan-rakannya yang lain tersengih.
...............................................................
kesemua peserta sudahpun bersiap sedia di meja masing-masing. setiap seorang hanya disediakan satu meja kecil, satu dapur dan satu kuali sahaja. barang-barang lain dan bahan-bahan masakan harus dibawa sendiri oleh para peserta. hanya peserta yang layak ke peringkat seterusnya akan dibekalkan dengan peralatan dan bahan masakan yang lengkap.
"Saya akan memperkenalkan barisan pengadil yang akan mengadili pusingan ini." semua mata mula tertumpu ke arah pintu gerbang merah yang mula terbuka perlahan-lahan. 2 orang lelaki dan seorang wanita berjalan keluar dari pintu tersebut sebelum ianya tertutup kembali. semua yang ada disitu serta merta bersorak kuat membuatkan 8 sekawan itu terpinga-pinga.
"Juri kita yang pertama adalah, penjaga kepada bunga abadi itu sendiri.. Lady Lavendar Darling!" pengacara menghalakan tangannya ke arah satu-satunya pengadil wanita di situ. wajahnya tajam dan cantik, matanya sedikit sepet. dia memakai dress sendat labuh berwarna merah gelap dan scaf berbulu merah jambu disangkut di atas bahu. dia mengambil tempat di atas kerusi pengadil.
"Juri kita yang kedua, siapa tak kenal pemilik restoran nombor satu di Lotus City! juga pemenang 1st, 2nd and 3rd Ancient Lotus Cooking competition! Chef Mournbane Emmet!" sekali lagi perkarangan itu riuh dengan sorakan penonton. lelaki bertubuh tegap dengan baju chef berwarna hitam tersarung kemas di badannya. memakai topi chef yang sangat tinggi. diwajahnya terdapat jambang hitam dan misai yang melengkung ke atas. wajahnya garang langsung tiada senyuman. dia mengambil tempat di sisi Lady Lavender.
"dan juri kita yang terakhir, pemimpin kita sendiri! Sir Lucius Sadler!!" dan suara para penonton bersorak semakin membingitkan telinga. lelaki terakhir berbadan sedikit gempal. memakai blazer berwarna biru gelap, rambutnya berwarna jingga tetapi sedikit gelap. dia duduk di atas kerusi kosong yang terakhir di sisi Chef Emmet.
"baiklah.. masa yang diberikan hanyalah 30 minit sahaja untuk para peserta memasak 1 jenis hidangan yang menggambarkan diri masing-masing. tema masakan adalah bebas. para peserta boleh memasak apa sahaja jenis hidangan samaada, dessert, appetizer mahupun main course. para juri kita aka merasa dan mengadili setiap masakan peserta." si pengacara meneruskan lagi. dan para peserta juga mula bersedia.
"Baiklah.. 15th Ancient Lotus Cooking Competition, pusingan pertama................"
jeda..
"BERMULA!!!"
ANDA SEDANG MEMBACA
BEAST AND A VOYAGE - chapter three-
Fantezie*Pastikan baca Beast and a Voyage chapter 1 and 2 dulu sebelum baca cerita ni. ** chapter 1 & 2 ada di account lama AdaHaris (boleh juga didapati di reading list) Nama aku Theo Atlas Draegan Aku berkongsi nyawa dengan seekor naga bersisik merah Aku...
