Bab 1

41.9K 933 78
                                    

BUNYI ketukan pintu membuatkan Marsha terjaga. Pasti papanya yang mengetuk pintu biliknya.

"Ya pa... Marsha bangun niii... Bising laa." Marsha mencapai bantal di sisinya lalu menerkup telinga.

"Bangun lah... Dah pukul 10 pagi. Kamu tak pergi kolej ke?" Marsha masih membisu. Malas dia menjawab soalan papanya itu.

"Marshaaaa!! Kamu ni kenapa degil sangat ni? Bangunlah!!" jerit Dato Mukriz sambil mengetuk pintu bilik anaknya bagai mahu roboh. Pintu bilik itu berkunci. Jadi dia tidak berpeluang untuk memiat telinga satu-satunya anaknya itu.

"Iyaaa... Orang dah bangun ni. Ish, papa ni bising betul lah. Marsha mengantuk lagi ni pa." Marsha menguak pintu biliknya sambil menguap luas. Wajah papanya yang garang terpampang di muka pintu.

"Kamu mengantuk sebab malam tadi kamu pergi clubbing kan? Papa dah cakap kan jangan pergi tempat macam tu. Kalau musuh bisnes papa ambil kesempatan untuk jatuhkan bisnes papa macam mana? Nanti keluar berita yang anak Dato' Mukriz seorang yang sosial dan liar. Pergi berfoya-foya dengan lelaki di club. Mana papa nak letak muka ni?" Panjang lebar Dato' Mukriz membebel pagi itu.

Marsha pandang dengan muka bosan sambil menggaru kepala. Rambutnya kelihatan kusut. Wajahnya masih dihiasi dengan make up. Disebabkan terlalu mabuk malam tadi, dia terus rebah ke katil tanpa mencuci muka terlebih dahulu.

"Papa rasa papa kena kahwinkan kamu cepat."

"A-pa pa?" Terbeliak mata Marsha. Mindanya yang tadi separa sedar, kini sudah sedar sepenuhnya.

"Papa nak kamu kahwin dengan Darwis Aryan anak kawan papa."

"Darwis Aryan anak Tan Sri Adam tu?" Dato' Mukriz mengangguk sambil berpeluk tubuh.

"Tak nak lah pa... Dia tu jahat. Kaki perempuan."

"Habis, kamu tu baik sangat? Sesuai lah kamu dengan dia."

"Sampai hati papa cakap anak papa yang cantik dan comel ni jahat. Anak papa ni baik tau... Papa takkan jumpa anak yang sayang papa dia sangat-sangat." Marsha memeluk lengan Dato' Mukriz erat. Kepalanya disandarkan di lengan papanya.

"Busuklah bau kamu ni. Tak mandi. Air liur basi pun masih ada. Habis kotor baju papa." Dato' Mukriz menunjal dahi Marsha. Marsha mencebik mulut.

"Dah lah... Papa nak pergi office ni. Kamu tak pergi kolej ke hari ni?" Marsha menggeleng lalu tersengih.

"Hmm... Tahu dah. Kalau muka begini mesti nak ponteng kelas kan. Lantak kamu lah. Yang penting papa tahu kamu takkan dibuang kolej lagi. Jaga pointer akhir kamu. Pastikan kali ni kamu dapat tunjuk sijil diploma kamu tu pada papa. Nanti kamu kena ambil alih company papa. Takkan nanti kamu nak jadi bos yang tiada pengiktirafan dalam bisnes."

"Aipp aipp captain!! Saya menurut perintah!" Marsha berdiri tegak sambil tangannya menabik hormat. Dato' Mukriz berlalu pergi. Malas nak membebel lagi. Nanti dia juga yang terlambat sampai office.

MARSHA melihat banyak kenderaan yang terparkir di depan halaman rumahnya. Ada lebih kurang tiga buah kereta.

"Siapa pula yang datang rumah aku ni? Ada party ke? Papa buat party apa pula tengahari rembang ni? Party patut buat malam baru syiokk." Marsha membebel sendiri sambil melepaskan kasut Vans di kaki.

"Ha... Dah balik pun kamu. Mari duduk sini, Marsha. Papa ada hal nak bincang dengan kamu," panggil Dato' Mukriz dari ruang tamu. Di situ ada beberapa orang tetamu yang hadir. Marsha mengambil tempat di sebelah papanya. Dia hanya tersenyum nipis kepada tetamu tersebut.

"Ni Marsha anak saya. Cantik kan?" soal Dato' Mukriz.

'Apa papa ni... Puji aku depan orang. Malulah aku. Aku tahu aku cantik. Tak payah cakap, dia orang pun tahu.' Marsha tersipu malu.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now