Bab 44

10.2K 536 36
                                    

"YA. Saya dah ingat semula. Tapi tak salah kan, kalau saya masih berperangai budak-budak asalkan saya dapat berada di sisi suami saya? Lagi pun awak dan dia akan berkahwin tak lama lagi. Saya cuma ada masa beberapa hari lagi untuk bersama dia. Selepas awak bernikah dengan dia, saya akan pergi dari sini. Jangan risau."

"Awak nak pergi mana?" Tiba-tiba satu suara garau menerpa pendengaran.

Hampir tecabut jantung Marsha melihat renungan tajam Arshad yang berdiri tidak jauh dari situ.

"Erm... Sha nak pergi kedai... Nak... Nak beli ais krim. Aa... Abang teman Sha boleh?" Marsha cuba berdalih. Dia harap lakonannya menjadi.

"Sha ingat abang pekak ke? Abang dengar lah Sha cakap apa tadi. Sha nak pergi dari hidup abang lagi kan?" Arshad meninggikan suaranya seoktaf.

"Mana ada. Bukan lah... Sha..."

"Sha ingat abang bodoh? Sha ingat Sha boleh tipu abang lagi? Cukuplah selama ni Sha buat hidup abang derita. Sha langsung tak fikir apa yang abang rasa." Arshad melangkah pergi.

"Abang... Tunggu..."

"Hmm...Marsha, betul ke awak akan pergi lepas kami bernikah?" Marsha tak menghiraukan soalan Humairah. Marsha membawa Khaulah untuk masuk ke dalam rumah meninggalkan Humairah di situ.

.

"ABANG... Sha minta maaf sebab rahsiakan tentang hal ni. Sha tak bermaksud..." Marsha mengambil tempat di birai katil bersebelahan Arshad. Arshad pantas bangun berdiri.

"Tak maksudkan apa? Sha ingat abang bahagia ke selama Sha tinggalkan abang? Selepas ni apa lagi? Sha nak tinggalkan abang lagi? Pergilah! Pergi! Abang izinkan Sha nak ke mana sekalipun. Abang dah tak nak ambil kesah."

"Abang...Sha tahu salah Sha. Tapi Sha terpaksa."

"Sha terpaksa? Siapa pulak yang paksa Sha? Padahal memang Sha yang dah tak cintakan abang kan?"

"Ibu yang paksa Marsha." Tiba-tiba Puan Rozita menguak pintu bilik mereka. Sejak Arshad masuk ke dalam rumah tadi dia perasan wajah Arshad ketat. Kemudian, kelihatan Marsha pula terburu-buru mengejar Arshad dari belakang.

"Ibu..." Marsha terbangun dari birai katil.

"Ibu yang salah Acad. Ibu yang paksa Marsha untuk tinggalkan kamu."

Berkerut dahi Arshad. "Maksud ibu?"

"Dulu ibu benci sangat dengan Marsha sebab ibu anggap Marsha jahat. Tapi tak sangka Marsha dah selamatkan nyawa ibu. Ibu terhutang budi pada Marsha."

Puan Rozita menghampiri Marsha.

"Marsha, maafkan ibu. Ibu memang tak guna. Ibu terlalu nakkan menantu yang sempurna sehingga ibu tak nampak kebaikan yang ada pada kamu." Puan Rozita memeluk Marsha.

Arshad memicit pelipis. "Apa semua ni? Apa yang ibu dah buat?"

"Ibu... Paksa Marsha untuk tinggalkan kamu. Ibu nak kamu berdua berpisah. Ibu ugut Marsha kalau dia tak nak berpisah dengan kamu, dia kena sanggup untuk hidup bermadu."

"Lepas tu Sha pilih untuk pergi dari hidup abang berbanding hidup bermadu?" soal Arshad berang.

"Sha... Tak sanggup untuk hidup bermadu. Sha tak nak berkongsi kasih. Sha takut abang akan abaikan Sha. Cukuplah selama ni papa dan mama abaikan Sha sejak kecil. Papa sibuk dengan bisnes dia saja dan mama pula langsung tak ambil tahu pasal Sha sejak mereka bercerai. Sha dah penat abang. Sha dah penat nak mengharapkan kasih sayang dari sesiapa. Sha sekarang cuma ada Khaulah saja. Dia saja harta yang Sha ada. Tolong jangan pisahkan Sha dengan Khaulah." Empangan mata Marsha sudah pecah.

"Habis tu, Sha sanggup berpisah dengan abang? Sha sanggup pisahkan abang dengan Khaulah. Sha tahu kan macam mana abang asyik menantikan kelahiran anak kita tu?"

"Apa hal ni?" tegur Encik Mokhtar. Datin Mariam dan Dato' Mukriz juga sudah berada di tingkat atas di depan pintu bilik Arshad dan Marsha.

Marsha berlari keluar dari bilik. Dia tak mahu bersemuka dengan semua orang. Dia nak bersendiri. Dia sempat berselisih dengan mama dan papanya di depan pintu kamar. Kini, baru Dato' Mukriz dan Datin Mariam sedar akan kesilapan mereka selama ini.

"Sekarang, puas hati ibu? Sanggup ibu buat Acad macam ni."

"Ibu minta maaf. Ibu dah sedar kesilapan ibu."

"Dah lah... Acad nak keluar." Arshad mencapai kunci keretanya dan satu lagi kunci yang sudah lama dia simpan.

Arshad mencari kelibat Marsha di tingkat bawah.

"Nampak Marsha tak Kak Hana?" soal Arshad kepada Kak Hana yang sedang melayan kerenah Ayash dan Khaulah bermain di ruang tamu.

"Tadi akak nampak dia terus keluar. Mungkin dia masih ada di luar," beritahu Kak Hana.

Arshad mencari Marsha di luar rumah. Dia nampak Marsha teresak-esak menangis di tepi kolam ikan di halaman rumah.

"Ikut abang." Arshad meraih tangan Marsha.

"Pergi mana?"

"Jangan banyak tanya. Ikut aje."

Tanpa banyak soal Marsha terpaksa membontoti Arshad menuju ke arah kereta.

"Masuk." Arshad bukakan pintu dan memaksa Marsha masuk ke dalam kereta.

"Cakaplah nak pergi mana dulu."

"Abang cakap masuk. Nak jadi isteri derhaka ke? Tak dengar cakap suami?" ugut Arshad. Marsha menjeling sekilas. Kemudian, dia turuti saja arahan suaminya.

Kenderaan pacuan empat roda itu dipacu laju menyusuri jalan raya. Hanya kesepian yang melanda mereka berdua. Masing-masing membisu. Sehinggalah mereka tiba di destinasi yang dituju.

Arshad meminta Marsha keluar dari kereta. Namun, sifat keras kepala Marsha masih menebal dalam diri. Dia hanya berpeluk tubuh tanpa mempedulikan arahan Arshad. Sebal hatinya ketika ditanya ingin ke mana Arshad tidak menjawab. Tiba-tiba suruh dia turun di sebuah kawasan perumahan. Mungkin perumahan tempat tinggal keluarga Humairah. Buat apa bawa dia ke sini? Dia tak ada mood untuk berjumpa bakal madunya lagi.

"Keluarlah tuan puteri. Atau tuan puteri nak putera raja tolong dukung?"

"Sha nak balik lah. Sha tak ada mood nak jumpa sesiapa."

"Nampaknya memang nak kena dukung ni." Arshad pantas memaut bahu Marsha dan menyelitkan tangan kirinya ke bawah lutut Marsha.

"Abang nak buat apa ni? Turunkan Sha." Terbeliak mata Marsha apabila tubuhnya berjaya dibawa keluar dari kereta. Matanya meliar ke arah sekeliling. Ada beberapa pasang mata yang melihat ke arah mereka. Maklumlah hari ini raya pertama, ramai orang yang datang berkunjung ke rumah yang berada di sekitar situ.

Arshad menahan tawa melihat wajah merah padam isterinya. Dia menurunkan Marsha. Kemudian dia membuka pintu pagar rumah yang dikunci dengan mangga.

"Ni rumah siapa?" soal Marsha.

Arshad tidak menjawab soalan Marsha. Dia meneruskan kerjanya. Setelah berjaya membuka pintu pagar, dia membuka pula pintu utama rumah.

"Abang cuba ceroboh rumah siapa pula ni? Kalau kena tangkap macam mana?"

"Salah ke nak ceroboh rumah sendiri?" Soalan berbalas soalan. Terkebil-kebil Marsha dibuatnya. Tangan Marsha diraih Arshad lalu dibawa masuk ke dalam rumah.

"Rumah abang ke ni?" soal Marsha lagi inginkan kepastian.

"Tak. Ini rumah kita." Arshad melirikkan senyuman. Marsha terharu.

"Abang beli rumah ni sebelum Khaulah dalam kandungan lagi. Abang ingat boleh lah kita tinggal kat sini bila kita ada anak-anak nanti."

Marsha diburu rasa bersalah. Disebabkan dia, impian Arshad untuk hidup bersama di rumah ini musnah.

"Malam ni kita tidur sini."

"Huh?"

"Jompergi tengok bilik kita." Arshad memaut lengan Marsha lalu dibawa menapakke tingkat atas.



Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now