Bab 8

11.8K 573 38
                                    

ARSHAD dan Marsha pergi bercuti ke Terengganu. Lebih tepat lagi di Pulau Redang.

Setibanya mereka di bilik resort mereka, Marsha membuka bagasinya. Ingin memeriksa samada cukup ataupun tidak barang keperluan yang suaminya bawa. Katanya nak bercuti selama tiga hari dua malam. Pergi hari jumaat, balik hari ahad. Confirm esoknya dia tak datang kelas. Mesti penat selepas balik bercuti.

"Abang...kenapa bawa benda alah ni? Sayang bukannya datang bulan." Marsha menunjukkan bungkusan pad di tangannya.

"Sengaja abang bawa...mana tahu sayang perlukan tiba-tiba."

"Okay..." Marsha terlupa akan sesuatu. Selesai dia masukkan pakaian ke dalam almari, dia menuju ke arah balkoni bilik untuk menikmati angin malam.

Arshad menghampiri Marsha. Arshad merangkul pinggang Marsha dari belakang. Angin sepoi-sepoi bahasa membuatkan rambut Marsha berterbangan mengikut arah angin. Haruman rambutnya itu menusuk masuk ke rongga hidung Arshad sehingga menyebabkan suaminya terbuai.

"Abang...bestnya angin kat luar ni. Tenang je kan."

"Hm." ucap Arshad pendek.

Mereka berdua kemudian saling melayani perasaan masing-masing sambil melihat pemandangan pantai didepan. Meskipun ketika itu sudah lewat malam, masih ramai lagi orang melepak di tepi pantai.

"Sha..." panggil Arshad lembut.

"Ya abang."

"Sha...sayang abang?"

"Mestilah sayang..."

"Kalau sayang kenapa Sha masih rahsiakan sesuatu dari abang?

"Rahsia?"

"Abang tahu apa yang Sha buat belakang abang. Abang tunggu Sha jujur dengan abang. Tapi Sha langsung tak rasa bersalah kan?"

'Alamak! Rahsia yang mana satu ni? Rahsia aku tak pakai tudung dekat kolej ke atau...' Terbeliak mata Marsha apabila dia mula teringat tentang bungkusan pad yang Arshad letakkan dalam bagasi tadi.

"Abang dah tahu yang..." Marsha menerkup mulut seraya membalikkan tubuh memandang Arshad di belakangnya.

"Sampai bila sayang nak sorokkan benda ni dari abang?" Arshad mengeluarkan kotak rokok dari poket seluarnya. Dia tak sengaja jumpa ketika kebetulan bungkusan pad Marsha terjatuh dari rak. Sewaktu dia ingin meletakkan semula ke tempat asal, dia ternampak kotak rokok yang terselit disitu.

"Maafkan Sha...Sha tahu Sha salah. Tapi Sha takut abang marahkan Sha."

"Sha...abang takkan marahkan Sha kalau Sha berterus terang dengan abang. Sha sendiri kan yang nak abang ubah Sha? Jadi Sha kena terima cara abang. Abang sayangkan Sha...abang tak nak Sha terus bahayakan kesihatan Sha. Nanti kita akan ada anak. Takkan Sha nak terus hisap benda ni?"

"Maafkan Sha abang..." Marsha terus memeluk tubuh suaminya. Dia takut Arshad tinggalkan dia dan benci pada dia.

Arshad membalas pelukan Marsha. Rambut Marsha dibelai perlahan.

"Sha sayang abang kan?"

Marsha mengangguk. "Sayang..." suaranya kedengaran sebak.

"Kalau Sha sayangkan abang...tolong berhenti merokok boleh?"

Marsha senyap. Dia tak mampu berjanji. Permintaan itu terlalu sukar buatnya.

"Sayang?" Arshad melepaskan pelukan Marsha.

Marsha menunduk memandang lantai. Tak berani dia menatap wajah Arshad. Bawah bibirnya digigit. Masih tak mampu memberi jawapan.

"Tak apa lah kalau macam tu." Arshad meninggalkan mMarsha sendirian di balkoni. Dia mengambil tuala lalu dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Dia kecewa.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now