ARSHAD dan Marsha sudah bersiap sedia untuk bertolak ke Mekah bagi menunaikan umrah bersama Puan Rozita dan Encik Mokhtar. Khaulah turut dibawa bersama. Di lapangan terbang, mereka dikehendaki menimbang berat bagasi terlebih dahulu. Kemudian, mereka akan diberi passport sebelum menuju ke balai pelepasan. Sebelum bertolak, beberapa potongan doa dibacakan oleh seorang ustaz yang mengendalikan jemaah agar perjalanan mereka selamat dan segala urusan dipermudahkan.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeddah mengambil masa hampir sembilan jam dengan menaiki kapal terbang. Setibanya mereka di Jeddah, mereka bergerak menuju ke hotel yang telah ditempah oleh pihak agensi umrah mereka. Setelah itu mereka akan mula melakukan umrah.
Masuk hari kedua di Mekah, mereka bebas melakukan aktiviti seperti membeli-belah atau beriktikaf di Masjidil Haram. Marsha dan Arshad banyak meluangkan masa di Masjidil haram sepanjang hari tersebut. Itulah masanya untuk memperbanyakkan ibadah. Bersolat di Masjidil Haram akan mendapat ganjaran 100 ribu kali ganda berbanding bersolat di masjid biasa.
Setelah Marsha selesai berdoa di hadapan Kaabah, dia bingkas bangun dari duduk untuk segera pulang ke hotel.
"Marsha!" Marsha mencari gerangan yang memanggil namanya. Dia cuba mengecam wajah insan yang sedang menghampirinya. Beberapa saat kemudian, dia mula mengenali sosok tersebut.
"Humairah?"
Humairah tersenyum lalu mengangguk. Dia tidak sangka dia akan bertemu Marsha di Tanah Suci ini. Sejak kejadian nikah tak jadinya bersama Arshad, dia pergi membawa diri untuk tenangkan hati.
"Awak apa khabar? Awak sihat?" sapa Humairah mesra. Tangan dihulur untuk bersalaman.
"Alhamdulillah. Awak pula sihat?"
"Alhamdulillah, saya sihat. Awak datang sini dengan siapa?" soal Humairah.
"Saya datang dengan Arshad dan mentua saya aje."
"Anak awak Khaulah tak ikut sekali?" soal Humairah lagi.
"Ikut. Dia sekarang ada di hotel dengan nenek dia. Awak pula datang dengan siapa?"
"Saya datang dengan keluarga saya. Esok kami akan pulang ke Malaysia,"beritahu Humairah. Marsha mengangguk faham.
"Marsha, mungkin Allah pertemukan kita di sini supaya kita dapat berbaik semula. Saya nak minta maaf atas apa yang berlaku sebelum ni. Saya tak patut cuba merampas Arshad daripada awak." Suara Humairah kedengaran sayu.
"Saya dah maafkan awak, Maira. Saya pun nak minta maaf kalau saya ada buat salah dengan awak."
"Awak tak ada salah dengan saya, Marsha. Semua yang berlaku berpunca dari saya sendiri. Saya terlalu ikutkan perasaan sendiri sehingga saya abaikan perasaan awak. Saya terlalu pentingkan diri."
"Tak apa lah. Semua tu kan dah lepas. Sekarang kita fokus pada masa depan. Setiap orang pasti ada melakukan kesilapan. Tapi dari kesilapan itu mungkin ada hikmah yang tersimpan di dalamnya."
"Terima kasih Marsha sebab dah maafkan saya. Nanti tolong sampaikan maaf saya pada Arshad dan Mak Cik Rozita juga ya."
"Insya Allah, saya akan sampaikan." Marsha tersenyum manis. Dia langsung tiada menyimpan dendam terhadap Humairah.
"Kalau macam tu saya pergi dulu ya. Awak hati-hati ya," pesan Humairah sebelum berlalu pergi. Marsha mengangguk sambil tersenyum.
KEESOKAN harinya, mereka menziarahi tempat bersejarah yang penting bagi umat islam iaitu Gua Hira', Gua Thur, dan Jabal Rahmah. Ketika di Jabal Rahmah, mereka dianjurkan untuk berdoa apa sahaja dan tidak semestinya doa itu hanya untuk mendapatkan jodoh.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA