"KAU NAK KAHWIN??" Marsha menjerit. Tangan Liyana pantas menerkup mulut Marsha. Semua mata para pelanggan di cafe tersebut tertumpu ke arah mereka berdua.
"Maaf semua. Kawan saya ni bimbo sikit." Liyana tersengih. Marsha menayang wajah geram kerana dituduh bimbo. Dia menepis tangan Liyana di mulutnya.
"Kau ni... Tak payah la jerit-jerit. Tak pasal-pasal semua orang kat sini tahu yang aku nak kahwin." Liyana menjegilkan mata.
"Kau nak kahwin dengan siapa beb? Apa hal aku tak pernah kenal pun boyfriend kau tu?"
"Kalau aku cakap ni... Kau jangan terkejut pula?"
"Ish kau ni... Beritahu je lah."
"Darwis Aryan."
"Oh Aryan..." Marsha mengangguk sambil menyedut minuman di depannya. Kemudian dia baru tersedar akan siapa Darwis Aryan.
"ARYAN??" Marsha menjerit sekali lagi.
"Aku tampar juga kau perempuan. Kau apa hal asyik terjerit je ni? Nak jadi tarzan?" Liyana dah berura-ura ingin menampar rakannya itu.
"Okay... Okay... Sorry aku tak sengaja. Serius lah weh... Si Ryan Bakery tu?" Marsha masih tak dapat terima kenyataan yang Liyana bakal mendirikan rumahtangga bersama Aryan.
"Betul lah. Takkan aku nak tipu pula."
"Dia kan buaya. Kau tak risau ke dia main kayu tiga belakang kau?"
"Kalau dia buaya, aku crocodile hunter. Aku kejar dia sampai dapat dan aku lumat-lumat dia kalau dia berani main kayu tiga belakang aku."
"Uishh... Hebatlah kawan aku ni. Tak sangka kau ni kadangkala menakutkan juga kan."
"See my level lah..." Liyana melibaskan rambut hijau neonnya ke belakang.
MARSHA pula sekarang sedang bekerja di syarikat Dato' Mukriz sebagai pengurus pemasaran. Dato' Mukriz ingin anaknya belajar dari bawah. Dia ingin melatih kebolehan anaknya dalam berbisnes. Lambat laun syarikatnya akan diserahkan juga kepada Marsha.
"Marsha, kita ada meeting dalam pukul tiga nanti. Make sure you dah prepare untuk sesi pembentangan." Dato' Mukriz mengingatkan Marsha.
"Dah papa. Marsha dah prepare semua tu."
"Don't call me papa in my company. You're not my daughter here. You're just my staff. Is it clear?" Tegur Dato' Mukriz.
"I'm sorry Dato' Mukriz." Marsha membetulkan semula nama panggilan tersebut.
"Good!" Dato' Mukriz berjalan melintasi Marsha. Dia ingin menuju masuk ke dalam perut lif.
"Don't call me papa in my company." Marsha mengajuk semula bicara papanya sambil membuat muka menyampah.
"I can hear you Marsha..." Dato' Mukriz bersuara. Marsha tergamam. Terkantoi pula mengejek bos. Dia menampar mulut lalu melarikan diri. Dato' Mukriz tertawa kecil sambil menggelengkan kepala. Butang lif ditekan dan pintu lif tertutup.
ARSHAD dan Marsha tiba di rumah keluarga Arshad. Malam ini ada makan malam keluarga katanya. Saat mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah, mereka melihat ada seorang tetamu yang tak berapa nak diundang.
Tetamu itu adalah Cikgu Humairah. Ibu Arshad yang mengundang Cikgu Humairah untuk makan malam bersama.
"Eh...Cikgu Maira. Macam mana cikgu boleh ada kat sini?" tanya Arshad pelik.
"Petang tadi kereta ibu rosak. Kebetulan Cikgu Maira nampak ibu. Jadi Cikgu Maira ni tolong tumpangkan ibu balik ke rumah. Dah alang-alang dia kat sini, ibu ajak lah dia makan malam kat rumah kita," beritahu Puan Rozita. Cikgu Humairah hanya tersenyum.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
Roman d'amourPertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA