Bab 30

9.2K 474 22
                                    

ARSHAD menjinjit dua bungkus beg plastik yang berisi kuih pau lalu dibawanya ke dapur.

"Mak Leha, nanti tinggalkan sikit kuih pau ni di rumah dan selebihnya Mak Leha tolong bagikan pada jiran-jiran ya."

"Banyaknya Encik Arshad beli." Terlopong Mak Leha melihatnya.

"Sengaja saya nak sedekah dekat jiran-jiran kat sini."

"Semoga Allah murahkan rezeki Encik Arshad dan panjangkan umur Encik Arshad." Mak Leha mendoakan Arshad sambil menadah tangan.

"Terima kasih Mak Leha doakan saya. Kalau macam tu saya naik atas dulu lah ya." Arshad meminta diri. Mak Leha mengangguk.

Tak berapa lama kemudian, Marsha menuju ke dapur sambil mengusap perut. Perutnya minta diisi sesuatu.

"Mak Leha, Marsha lapar lah... Boleh buatkan Marsha makanan untuk minum petang?"

"Eh... Cik Marsha, ada kuih pau Encik Arshad belikan tadi. Cik Marsha nak makan, Mak Leha boleh hidangkan."

"Oh... Arshad dah balik ke Mak Leha. Tak perasan pula bunyi kereta dia." Dari tadi Marsha kusyuk bermain dengan Jongsuk di halaman belakang.

Marsha pelik melihat kuih pau yang terlalu banyak suaminya beli. Arshad ni nak buat jamuan ke beli banyak-banyak macam ni.

"Banyaknya kuih pau ni."

"Encik Arshad suruh sedekahkan dekat jiran-jiran."

"Oh macam tu..." Marsha kemudian menyuap sebiji pau ke dalam mulut.

"Sedap juga pau ni. Mak Leha makan lah," pelawa Marsha.

"Tak apa. Nanti Mak Leha makan. Mak Leha dengan bibik nak pergi hantarkan kuih ni pada jiran-jiran dulu," ujar Mak Leha. Marsha hanya mengangguk.

SETIAP kali pulang dari sekolah, Arshad akan singgah untuk membeli kuih pau Afrina. Dia membeli dengan tujuan untuk bantu Afrina sahaja. Bukan sebab dia masih ada perasaan lagi pada Afrina.

Tapi hari ini, dia perasan muka Afrina lebam dan ada luka di bawah bibirnya. Arshad jadi risau pula melihat keadaan Afrina.

"Afrina, kenapa muka awak tu lebam? Suami awak pukul awak lagi ke?" soal Arshad.

Afrina terus menyembunyikan wajah. Dia sangka tiada orang akan perasan dengan wajahnya yang sudah ditutupi dengan bedak tebal.

"Afrina... Saya tanya awak ni."

"Boleh tak awak lepas ni jangan singgah beli kuih dengan saya lagi?"

"Kkenapa? Salah ke saya nak beli kuih awak?"

"Tak salah. Cuma...."

Arshad berkerut dahi. Dia tak faham apa kena mengena soalannya dengan dia tak boleh membeli kuih Afrina lagi.

"Cuma apa?"

"Saya cuma tak nak suami saya salah faham yang kita ada hubungan."

Arshad berdecit. "Oh... sebab itu ke dia tampar muka awak tu sampai lebam?"

Afrina mengangguk perlahan. Air matanya sudah berlinang di pelupuk mata. Dia penat asyik dituduh curang dengan suami sendiri.

Farid terlalu panas baran. Jika ada lelaki asing bersembang dengan Afrina, Farid akan cemburu tak tentu pasal. Farid tak izinkan Afrina bergaul dengan orang, tetapi Afrina juga yang terpaksa pergi kerja tanggung makan pakai suaminya. Siapa suami dan siapa isteri sekarang ni?

"Bagi saya jumpa dia. Saya nak cakap sikit dengan dia. Saya tak fahamlah. Kenapa dia tu kuat cemburu? Kalau cemburu sekalipun, dia tak patut pukul awak." Arshad mengetap rahang. Geram pula dengan lelaki dayus seperti Farid itu.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now