Bab 15

9.8K 486 52
                                    

MARSHA melihat Arshad sedang sibuk menyiapkan sarapan di dapur. Pakaiannya ringkas dengan tshirt putih dan berseluar tracksuit. Rambutnya pula terlihat sedikit basah dan serabai. Selesai saja dia mandi terus turun dapur. Suaminya dapat cuti selama dua minggu. Untung jadi guru, asyik dapat cuti saja.

Sepanjang cuti sekolah, Arshad minta bibik Syanti dan Mak Leha bercuti. Dia kasihankan Mak Leha dan bibik yang sudah lama tak pulang ke kampung. Dia pula yang akan ambil alih tugas Mak Leha sementara dia bercuti. Dato' Mukriz pula sedang outstation. Jadi, inilah masanya untuk Arshad dan Marsha luangkan masa berdua di rumah.

"Abang masak apa tu? Nak sayang tolong?" soal Marsha sambil tersenyum.

"Dah nak siap dah...sayang tunggu kat meja. Nanti abang hiding." Arshad mengangkat roti telur lalu diletakkan ke dalam pinggan.

Marsha sudah menunggu di meja. Matanya dari tadi memerhatikan tingkah suaminya. Dia hanya mengukir senyum. Rasa seronok setiap hari ada yang melayaninya seperti princess.

"Tadaa...'roti telur manis semanis cinta kita'...cuba sayang rasa." Arshad menghidangkan sepinggan roti telur bersama dua cawan milo panas.

"Roti telur je pun...apa hal nama panjang sangat?" Marsha tertawa kecil.

"Cuba sayang rasa dulu...sedap tau roti ni. Dari luaran nampak biasa, tapi bila dah cuba, pasti nak lagi."

Marsha cuba menggigit sekeping roti. Dengan sekali cubaan terus matanya terbeliak.

"Betul lah...sedappp!! Abang buat macam mana ni?" Marsha teruja. Pertama kali dia cuba makan roti telur sesedap ini.

"Haa...abang letak kemanisan cinta kita dalam tu."

"Ishh...betul-betul lah abang ni." Marsha menampar halus lengan Arshad. Arshad tergelak.

"Abang letak susu pekat dalam telur tu. Sebab tu manis."

"Oh...patutlah. Marsha tak pernah makan roti macam ni." Marsha menyuapkan lagi roti ke dalam mulut.

"Makan slow-slow lah sayang...jangan gelojoh."

"Sedap sangat...hehe." Marsha tersengih.

Sehinggalah tinggal sekeping saja roti. Masing-masing berebut nak roti yang terakhir itu.

"Bagi abanglah...sayang makan banyak dah tadi. Abang baru dua keping. Sayang dah makan tiga keping. Abang buat seorang tiga keping je tau."

"Tak kira...nak jugak. Siapa suruh buat sikit." Marsha tak mahu mengalah

Ding dong!

Tiba-tiba kedengaran bunyi loceng diluar rumah. Terus tergendala sesi rebut-merebut. Arshad mengeluh lalu menghayunkan kaki untuk membuka pintu.

Tak berapa lama kemudian, kelihatan ibu Marsha di depan pintu datang bersama bagasi ditangan.

"Ibu...nak tinggal sini dalam dua atau tiga hari ni. Ibu dengar papa kamu pergi outstation kan Marsha?" soal Puan Rozita ke Marsha.

Marsha masih bingung. Perlahan-lahan dia mengangguk.

"Ibu nak tinggal sini? Lepas tu ayah tinggal seorang kat rumah?" soal Arshad.

"Ayah kena pergi sabah. Ada misi kat sana. Ainul pula ada kem dekat sekolah dia. Tak salah kan kalau ibu nak tumpang rumah ni? Lagipun ibu tak pernah lagi bermalam di sini."

"Eh...apa salahnya ibu. Rumah ni besar. Banyak bilik kan sayang?" Arshad bertanya pendapat Marsha.

"Erm...haah...banyak bilik tetamu. Ibu pilih je nak duduk yang mana. Nanti Marsha bersihkan." Takkan pula tak nak bagi ibu mertuanya menginap di sini.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now