"KITA tidur sini malam ni? Habis Khaulah macam mana? Kalau dia nangis cari Sha macam mana?" soal Marsha dengan nada risau.
"Ibu dan Kak Hana kan ada. Dia orang boleh jagakan Khaulah."
"Tapi Sha rindu Khaulah."
"Sha tak sampai sehari berpisah dengan Khaulah dah rindu. Bayangkan perasaan abang macam mana berpisah dengan Khaulah selama dua tahun."
Kata-kata Arshad membuatkan Marsha tersentak. Arshad bingkas bangun menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.
'Dia ni pun satu. Kenapa tak bawa Khaulah sekali ke sini? Dah lah culik aku tiba-tiba. Phone dan handbag aku pun tak sempat nak ambil.' Marsha membebel sendiri.
Seusai Arshad keluar dari kamar mandi, dia dapati Marsha sudah tiada di bilik. Takkan lari pula si Marsha ni.
"Sha..."
"Marshaa..."
"Marshatilla...." Arshad melaung nama Marsha dari tingkat atas sehinggalah dia tiba di tingkat bawah.
Kemudian dia melihat Marsha sedang mencari sesuatu di dapur.
"Sha buat apa kat sini?"
"Barang kat dapur langsung tak ada. Kita nak makan apa malam ni?" soal Marsha sambil menggaru kepala.
"Food panda kan ada. Oder aje lah."
"Sha tak ada baju tukar. Kita balik aje lah rumah eh." Marsha cuba lagi memujuk.
"Tak boleh. Kita kena tidur sini malam ni. Baju abang ada. Pakai aje apa yang ada dalam almari tu." Arshad menarik tangan Marsha untuk dibawa naik semula ke bilik.
"Jangan berani keluar dari rumah ni. Sha kena selalu ada dengan abang. Kita stay kat sini sampai abang yakin Sha takkan tinggalkan abang lagi."
Terbuntang mata Marsha. Takkan lah dia kena kurung dengan Arshad dalam rumah ni.
"Sha tak setuju. Khaulah perlukan Sha. Dia tak pernah berjauhan dengan Sha."
Arshad menuju ke wardrobe. Kemudian dia menyarungkan pakaian ke tubuhnya. Sejak tadi dia hanya memakai seluar pendek sahaja.
"Abanggg... Jom lah kita balik."
"Sha tak suka ke rumah ni?"
"Bukan tak suka. Tapi Khaulah..." Belum sempat Marsha habiskan ayatnya, Arshad sudah mencium pipinya.
.
"SAYA tak sangka ada ibu mertua yang sanggup musnahkan rumahtangga anaknya sendiri." Datin Mariam menidurkan cucunya Khaulah. Malam ini, dia dan Dato' Mukriz yang akan menjaga Khaulah. Dia tak nak tinggalkan cucu mereka di rumah Puan Rozita. Puan Rozita bukannya suka dengan cucu keduanya ini.
"Kita maafkan aje lah dia. Dia dah menyesal pun. Tadi dia dah minta maaf kan," balas Dato' Mukriz.
"Saya tak nak maafkan dia selagi dia tak batalkan majlis nikah Acad dengan cikgu tu," tegas Datin Mariam.
"Lagi seminggu majlis nikah tu. Tak mudah untuk batalkan secara tiba-tiba. Awak kena fikir juga perasaan di sebelah pihak cikgu tu. Tentu keluarga dia malu nanti kalau Acad nak batalkan majlis tu."
"Peduli apa. Kalau betul Acad tu sayangkan Marsha, dia takkan setuju lah untuk kahwin dengan perempuan tu. Saya kecewa tau bila dapat tahu Acad sanggup madukan anak kita. Lelaki jenis apa dia tu? Langsung tak fikir perasaan isteri." Datin Mariam menghamburkan rasa tak puas hatinya. Rasa nak ganyang aje si Arshad tu kalau ada di depan matanya sekarang.
"Dah lah... Jom tidur. Esok kita nak pergi ziarah rumah saudara-mara lagi."
.
"SAYANG... Abang dah lama nak tanya ni."
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA