"MOHAMMAD Arshad bin Mokhtar, aku nikahkan dikau dengan putriku Siti Nur Humairah bt Mohd Razlan dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai," ucap Encik Razlan.
Terketar-ketar bibir Arshad untuk melafazkan kalimah akad. Dari ekor matanya dia boleh melihat tubuh insan yang akan dia nikahi. Humairah tersenyum lebar saat Arshad akan menyambut lafaz akad.
"Aku terima nikahnya Mohd Razlan binti..."
Terbuntang luas mata Humairah. Para tetamu yang lain ada yang sudah ketawa. Arshad menjeling sekilas Humairah yang sedang duduk di tepi. Seram sejuk dia dengan renungan tajam Humairah.
"Kita cuba sekali lagi. Pengantin lelaki ni nervous sangat ni," kata Encik Razlan bagi menyedapkan hati. Sekali lagi Encik Razlan dan Arshad berjabat tangan.
"Mohammad Arshad bin Mokhtar, aku nikahkan dikau dengan putriku Siti Nur Humairah bt Mohd Razlan dengan mas kahwinnya sebanyak 300 ringgit tunai," ucap Encik Razlan sekali lagi.
"Aku terima nikahnya Siti Nur Marsha binti..." Arshad meraup wajah. Sekali lagi dia silap menyebut nama Humairah.
"Sudah! Cukup!" Semua tetamu terperanjat mendengar pekikan suara Humairah.
"Maira tak nak teruskan lagi majlis ni!!" Humairah terbangun dari duduknya tadi. Dia malu dan ditambah rasa meluat apabila Arshad menyebut nama Marsha.
"Maira... Sabar dulu." Encik Razlan meminta anaknya bertenang.
"Kau sengaja kan buat macam ni? Kau sengaja nak malukan aku!" bentak Humairah. Terlopong mulut Arshad melihat kebengisan Humairah. Dia sangka Humairah seorang perempuan yang lemah lembut. Tak sangka pula bengis macam gorila. Lebih mengerikan daripada si monster Marsha.
"Maira... Sudahlah," pujuk Puan Suzana pula.
"Maira malu mak. Arshad sengaja nak malukan Maira. Maira tak nak teruskan pernikahan ni. Suruh mereka semua balik." Humairah berlari masuk ke dalam bilik.
Para tetamu saling berbisik antara satu sama lain. Ramai yang pandang Arshad seakan Arshad yang bersalah dalam hal ini.
Arshad tak pasti dengan perasaannya ketika ini. Bahagia kerana majlis dibatalkan dan dalam masa yang sama rasa bersalah terhadap keluarga Humairah.
"Maafkan saya. Saya betul-betul tak sengaja. Bukan niat saya nak buat semua tu. Saya betul-betul tak boleh lakukannya." Arshad memohon maaf kepada ibu bapa Humairah.
"Saya pun minta maaf. Saya tak patut cadangkan Arshad untuk bernikah dengan Humairah. Saya minta maaf ya." Puan Rozita juga memohon maaf.
"Tak apa lah. Benda nak jadi. Kami tak salahkan Arshad sepenuhnya. Kami pun dah pesan pada Humairah supaya jangan ganggu rumahtangga orang. Awalnya kami tak setuju juga sebab Arshad sudah beristeri. Tapi disebabkan kami lihat dua-dua dah sama suka, sebab itu lah kami setuju. Tapi tak tahu pula akhirnya jadi macam ni." kata Encik Razlan pula.
"Terima kasih sebab sudi maafkan kami. Sampaikan maaf kami kepada Humairah. Kalau macam tu kami pulang dulu ya," balas Encik Mokhtar.
.
Akibat terlalu lama berendam air mata, Marsha tertidur di sisi Khaulah. Sejak tadi dia melihat anaknya menyusu sambil itu dia menangis. Khaulah tak henti mengesat air mata Marsha. Pelik dia kenapa uminya tidak berhenti menangis.
Sedang dia terlena di katil, tiba-tiba terasa ada tangan yang membelai rambutnya. Marsha mencelikkan mata. Dia melihat didepannya ada wajah suaminya yang sedang tersenyum ke arahnya.
Dia pasti di sisinya itu hanyalah bayangannya sahaja. Arshad tak mungkin balik ke rumah ini pada malam itu.
"Kenapa senyuman awak ni buatkan hati saya sakit. Ini kali pertama saya sakit hati bila tengok awak senyum. Awak bahagia ke jadi suami dia?"
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA