Bab 11

10.3K 493 12
                                    

SEORANG lelaki berambut blonde sedang melangkah masuk ke dalam sebuah dewan kuliah. Semua mata para pelajar di dalam dewan kuliah tertuju ke arahnya.

"Darwis Aryan ke tu?" Liyana mencuit Marsha disebelah yang sedang sibuk berbalas mesej dengan suami tercinta.

"Lantaklah dia...nak sibuk hal dia buat apa?" Mata Marsha masih menatap skrin telefon.

"Aku nak minta kepastian kau samada betul ke itu dia. Penampilan dia dah lain lah. Rambut warna blonde. Handsome pula aku tengok." Liyana menongkat dagu sambil memerhatikan Aryan dari jauh.

Marsha mengangkat wajah untuk mencari kelibat Darwis Aryan. Wajah lelaki itu kelihatan bersahaja. Tiada senyuman nakal seperti selalu. Dan yang peliknya lelaki itu mengambil tempat jauh dari Marsha dan Liyana. Selalunya jika kelas bahasa mandarin, lelaki itu akan duduk bersama mereka. Kelas bahasa mandarin mereka perlu bergabung dengan kelas Aryan. Hanya di dalam kelas ini saja, Aryan dapat bertemu Marsha.

"Kenapa dengan Aryan tu? Selalunya terhegeh-hegeh dia ambil tempat sebelah kau. Kenapa hari ni dia duduk jauh dari kau pula?." soal Liyana pelik.

"Manalah aku tahu...pergilah tanya dia." Marsha malas melayan pertanyaan Liyana. Lagi bagus lelaki itu duduk berjauhan dari dia. Seramlah bila teringat pengakuan Aryan pada tempoh hari.

"Okay kelas...saya nak bagi kamu assignment. Memandangkan kelas kamu ni ada 27 orang. Jadi saya nak satu kumpulan tiga orang. Saya nak kamu lakonkan satu babak menggunakan bahasa mandarin. Situasinya bebas. Jadi nanti kamu pilih ahli kumpulan kamu dan berikan saya list nama untuk setiap ahli kumpulan. Baik...saya minta diri dulu." Madam Yanie pamit keluar dari dewan kuliah setelah selesai dia menyampaikan tugasan buat pelajarnya.

Marsha dan Liyana kekurangan seorang ahli. Hanya tinggal seorang saja yang masih tak punya ahli kumpulan iaitu Aryan. Nampak gayanya terpaksalah Aryan masuk ke dalam kumpulan mereka.

.

"RYAN...Darwis Aryan! Ryan bakery!!"

Darwis Aryan menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan Liyana tercungap-cungap mengejar dia.

'Panggil Ryan bakery baru dengar.' gumam Liyana.

"Kita satu group. Nanti kau bagitahu bila kau free untuk bincang assignment Madam Yanie." kata Liyana.

"Hm." ucap Aryan pendek. Aryan ingin berlalu pergi tetapi Liyana sempat menahan langkah Aryan.

"Ryan...kau kenapa? Kau ada masalah ke? Kau nampak lain sangat hari ni. Kau demam eh?" Liyana melekapkan tangannya ke dahi Aryan. Pantas Aryan menepis tangan gadis itu.

"Aku sihat je lah...kau tak payah sibuk hal aku. Tepi sikit aku nak lalu." Aryan menepis tubuh Liyana ke tepi.

"Cantik tho rambut kau. Sepadan dengan kau. Nampak handsome." sengaja Liyana pancing mood Aryan.

Terhenti langkah Aryan. Aryan menoleh semula ke arah Liyana yang berada di belakang dia.

"Tak guna lah muka handsome, tapi orang yang kita suka tak suka kita balik." Wajah Aryan terlihat muram. Seperti orang yang baru patah hati.

"Kau kenapa weh ..putus cinta ke?"

"Aku warnakan rambut ni sebab aku frust dengan kawan baik kau tu la." Aryan berpeluk tubuh. Mukanya dipaling ke tepi.

"Siapa? Marsha?"

"Dia tolak cinta aku."

"Hahahaha..." Liyana ketawa

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now