JANTUNG Marsha berdebar menanti keputusan pregnancy test. Setelah kira-kira 10 saat, dia melihat bacaan pada alat tersebut.
Double line.
Marsha menerkup mulut. Matanya berkaca. Lidahnya kelu. Tak tahu macam mana nak ungkapkan rasa bahagianya ketika itu. Dia hamil. Marsha tak sabar untuk memberitahu Arshad tentang berita gembira ini. Dia akan memberitahu setelah suaminya pulang kerja.
"Ke mana pula dia pergi ni? Kenapa tak balik lagi? Call tak angkat. Mesej tak reply. Eh dia ni. Buat perangai macam hari tu lagi. Aku bencilah kena ghosting macam ni." Marsha mengetap bibir.
"Mungkin dia singgah rumah ibu kut. Aku nak pergi sana lah. Dah alang-alang ke sana, boleh beritahu ibu dan ayah sekali pasal ni." Marsha mencapai kunci kereta untuk ke rumah ibu dan ayah mertuanya. Dato' Mukriz pula tiada di rumah kerana ada dinner dengan client pada malam itu.
Sesampai sahaja Marsha di rumah ibu mertuanya, dia melihat ada kereta suaminya terparkir di situ. Jadi betul lah Arshad singgah ke sini. Tiba saja Marsha di muka pintu dan belum sempat dia nak memberi salam, dia terdengar pertengkaran antara Puan Rozita dan Arshad.
"Acad tak nak... Acad sayangkan Marsha."
"Kalau Acad tak nak ceraikan dia, Acad kena kahwin dengan Cikgu Maira." Puan Rozita bertegas.
"Ibu, Acad tak cintakan Cikgu Maira. Acad cuma cintakan Marsha seorang je ibu. Tolonglah faham." Arshad meraup wajah.
"Ibu tak suka Marsha. Ibu tak nak dia ada dalam keluarga kita. Acad tolong faham perasaan ibu. Acad sayangkan ibu kan? Ibu nak yang terbaik buat Acad. Marsha tak layak jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti. Kenapa kamu sayang sangat dekat dia? Macam mana kamu boleh terima perempuan macam tu? Entah-entah dia ada guna ubat pengasih tak?" Puan Rozita mula berburuk sangka terhadap Marsha.
Marsha sudah mengalirkan air mata. Hatinya begitu terguris dengan kata-kata ibu mertuanya. Apa dia tak layak untuk bahagia dengan orang sebaik Arshad? Teruk sangatkah dirinya sehingga Puan Rozita sanggup tuduh dia bermain benda syirik.
"Ibu jangan tuduh Marsha bukan-bukan. Tak baik ibu cakap macam tu. Acad tak rasa dia guna ubat pengasih untuk pikat Acad. Acad mula cintakan dia setelah kami diijabkabul. Acad dah janji takkan tinggalkan Marsha. Acad takkan ceraikan dia." Suara Arshad sedikit meninggi daripada sebelum ini.
"Acad anak ibu. Acad kena dengar cakap ibu. Berdosa tau seorang anak melawan cakap ibu. Takkan Acad tak tahu. Acad kan ustaz. Tahu kan balasan kalau jadi anak derhaka?" bidas Puan Rozita.
"Tapi ibu tak rasa berdosa ke runtuhkan rumahtangga anak sendiri? Patut ke Acad dengar cakap ibu kalau ibu suruh buat perkara yang Allah benci? Bergegar arasy Allah kalau Acad lafazkan talak." Puan Rozita terdiam. Dia sangka dia punya kuasa veto. Padahal kuasa Allah lebih hebat.
Marsha masih menahan tangis di luar rumah. Air mata dah berjuraian jatuh membasahi pipi. Mulut diterkup agar tidak mengeluarkan bunyi esakan. Sejak tadi dia hanya mendengar pertengkaran Arshad dan Puan Rozita.
"Marsha, kamu buat apa kat luar ni?" tegur Encik Mokhtar yang baru pulang dari balai.
Marsha menyeka air mata yang masih tersisa. Dia hanya membisu. Tak mampu bercakap walau sepatah.
Arshad di dalam rumah terdengar suara Encik Mokhtar yang menyebut nama Marsha. Dia berlari ke pintu. Terkejut dia melihat Marsha sedang berdiri di luar rumah.
"Sayang," panggil Arshad. Pasti isterinya sudah dengar pertengkaran dia bersama ibunya.
Marsha meluru masuk ke dalam rumah. Bahu Arshad dia langgar. Dia mendekati Puan Rozita. Puan Rozita sedang duduk disofa sambil berpeluk tubuh. Kepalanya ditoleh ke arah lain. Langsung dia tak nak pandang Marsha. Marsha duduk melutut didepan Puan Rozita. Puan Rozita tergamam.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomantizmPertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA