Bab 10

11.3K 529 33
                                    

"ARRGGHH...aduhh...sakitlah sayangg...jangan tarik rambut abangg." Arshad cuba meleraikan genggaman tangan Marsha di rambutnya.

"Sayang dah lah tengah senggugut ni...abang pulak sempat nak bergurau. Kan dah mendapat. Padan muka!" Marsha melepaskan genggaman rambut Arshad. Tangannya beralih ke perut. Otot perutnya kejang. Rasa macam nak pukul orang je. Period pain dia memang tak boleh bawa bincang. Kalau dia sedang period jangan siapa berani sentuh kalau tak nak makan penampar.

"Abang usik sikit je..."

"Sikit pun tak boleh!!" Marsha semakin geram. Tak faham bahasa betul suami dia. Banyak kali dia ingatkan, masih lagi nak cuit-cuit bahu, tiup-tiup telinga.

"Okay lah...sorry. So, abang kena buat apa ni untuk redakan sakit sayang? Nak abang urutkan?"

"Tak payah urut...sayang nak abang letakkan sesuatu yang panas je atas perut sayang ni."

"Panas? Iron? Nanti melecur perut sayang macam mana?"

"Jangan sampai saya belasah abang kejap lagi...maksud saya sesuatu yang hangat. Abang tuamkanlah perut saya ni dengan air hangat ke...atau apa-apa je lah." Marsha jadi semakin hilang sabar. Selalunya dia pakai menstrual pain patch. Tapi hari ini baru dia sedar yang dia sudah kehabisan stok.

Akhirnya Arshad mengambil sebesen air suam lalu dituamkan kain yang telah diperah ke atas perut isterinya.

"Macam mana? Okay tak?" soal Arshad.

Marsha menunjukkan thumbs up sambil memejamkan mata.

Arshad berasa sedikit kecewa. Ini bermakna dia masih tak mampu memberikan zuriat. Abangnya Aisar juga masih belum dikurniakan anak. Ibunya sudah lama kempunan mahukan cucu.

.

"ABANNGG..." Marsha melaung memanggil suaminya yang baru saja keluar dari bilik air.

"Ya sayang...kenapa?" Pelik dia dengan Marsha terjerit-jerit memanggil dia sejak dalam bilik air tadi.

"Sayang rindu...kenapa lama sangat dalam bilik air tu?" Marsha mendepakan kedua tangan minta dipeluk.

"Ish, sayang ni. Ingatkan apa lah tadi. Tak tenang abang ambil wuduk tadi. Ingatkan kenapa." Arshad yang sedang bertuala separas pinggang mula melangkah menuju ke closet untuk menyarung pakaian. Sebentar lagi azan maghrib jadi dia perlu ke masjid.

"Alaa...Abang dah ada wuduk? Baru ingat nak peluk. Tapi tak salahkan sayang peluk sikit. Nanti abang ambil la wuduk lain..." Marsha sudah menghampiri Arshad. Arshad mula mengundur setapak demi setapak agar menjauhi isterinya.

"Abang...sini lah...nak pergi mana?" Marsha menjungkit kening. Senyuman nakal mula terbit dibibirnya. Mentang-mentanglah dia tak boleh solat dan period painnya telah hilang. Mood mengusiknya mula on.

"Sayang...please jangan sayang...abang dah lambat ni nak pergi masjid..sayang please..." Arshad cuba melarikan diri dari Marsha.

"Abang... janganlah lari. Nanti terlondeh kain tuala tu. Jadi rezeki Sha pula nanti." Marsha ketawa berdekah. Seronok pula main kejar-kejar dengan suaminya di dalam bilik.

"Sayang...nanti malam sikitlah nak main kejar-kejar. Sekarang abang dah lewat ni."

"Bagilah sayang peluk cium abang kejap. Rindu sangat dah ni. Tadi selepas sayang balik kelas, sayang terus tidur. Sedar-sedar je abang dah kat dalam bilik air." Marsha memuncungkan bibir.

"Tadi...abang dah cium sayang waktu sayang tidur. Cukuplah tu..."

"Mana sama. Tadi abang yang cium...sekarang Sha la pulak cium abang..." Marsha masih berusaha mengejar Arshad. Masing-masing dihujung sofa. Marsha ke kanan, Arshad ke kiri. Takut betul Arshad tersentuh isterinya. Takut batal wuduk punya pasal.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now