RAMAI tetamu yang hadir dari kalangan rakan-rakan Arshad dan Marsha. Majlis itu berlangsung di hadapan kolam renang banglo Dato' Mukriz. Majlis dimulakan dengan bacaan ayat suci al-quran. Setelah itu, baru lah acara memotong kek.
"Buka mulut sayang...aaa..." Arshad ingin menyuapkan kek ke mulut Marsha. Wajah Marsha dari tadi masam mencuka. Rancangan birthday party nya musnah gara-gara Arshad. Majlis malam itu di atur semua oleh Arshad dan dia malas ambil tahu lagi.
Tanpa rela dia membuka mulut. Arshad tersenyum manis ke arahnya. Dia pula hanya membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Babe, baru pertama kali aku pergi birthday party setenang ni. Selalunya lagu disko yang terpasang tapi kali ni lagu nasyid bhai.." kata salah seorang rakan Marsha yang bernama Raisya.
"Betul...yang best lagi boleh usha calon imam. Semua muka soleh- soleh...sejuk je mata memandang." kata Wanie pula sambil tersengih. Matanya terarah ke satu kumpulan lelaki berkopiah dan berjubah.
"Tadi kan weh...aku lalu sebelah mamat yang pakai serban tu, dia terus larikan pandangan dia bila nampak aku lalu. Aku tak cukup cantik ke sampai dia tak nak pandang aku?" Laila pula datang menyampuk perbicaraan mereka.
"Dia tak nak pandang kau sebab baju yang kau pakai tu menyeksakan pandangan dia. Tengoklah skirt yang kau pakai tu terbelah sampai nampak peha." Kini Liyana pula bersuara.
"Eh...kau lagi lah. Rambut hijau neon. Dari jauh orang pandang dah sakit mata." Laila membidas Liyana pula.
"Sorry sikit...setiap kali aku keluar jalan-jalan, ramai yang datang dekat tau. Diorang ingat aku Billie Eilish. Siap minta sign lagi. Kau hado?" Liyana melibaskan rambut hijaunya kebelakang.
Laila menggulingkan bola mata. Malas dah nak bertekak dengan Liyana yang perasan dirinya Billie Eilish Malaysia.
Tiba-tiba datang Marsha menyapa mereka berempat. "Hi girls...korang dah makan belum? Kalau belum...jemputlah makan. Jangan malu-malu. Walaupun aku tahu muka korang ni tak tahu malu.." Marsha sempat berseloroh.
"Oh...kitorang baru nak pergi ambil makanan. By the way...thanks sebab jemput kami datang birthday party versi islamic ni." Raisya ketawa geli hati.
"Kau perli aku ke Raisya? Aku rasa macam ada orang yang akan berenang dalam kolam tu kejap lagi." Marsha sengaja mengugut Raisya.
"Okay...sorry...sorry babe. Aku gurau je. Chill lah..." Raisya cuba tenangkan hati rakannya itu. Bukan boleh main-main dengan Marsha. Dia cakap dan dia boleh buat.
Sedang para tetamu menjamu selera, mereka dihidangkan pula dengan persembahan qasidah. Kemudian, ada persembahan nasyid dari beberapa orang rakan Arshad.
'Arrggghhh... Mohammad Arshad!!' Marsha hanya mampu menjerit dalam hati. Ada saja lah suami dia ni. Selepas ini apa pula yang Arshad set up untuk malam ini.
"Bagi memberkatikan lagi majlis kita ini, saya ingin menjemput ustaz Aydin iaitu seorang ustaz selebriti untuk menyampaikan tazkirah pada malam ini. Tafaddal (Dipersilakan)." Arshad menjemput rakan usrahnya yang merupakan ustaz instafamous. Ustaz Aydin banyak menyampaikan ilmu melalui platform media sosial. Ini kerana lebih mudah untuk menarik perhatian anak-anak muda pada masa kini agar dapat mendengar ilmu agama.
"Weh...itu bukan ke ustaz yang selalu buat video sentap-sentap dekat IG ke?" soal Wanie ke Raisya.
"Ha'ah lah weh...ustaz tu lah. Aku tak suka ustaz ni. Setiap ayat yang keluar dari mulut dia asyik kena batang hidung aku. Aku rasa macam dia sengaja nak kutuk aku." bisik Raisya ke Wanie.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA