Bab 41

9.2K 474 77
                                    

"AWAK suka Thaqif? Budak yang umur sembilan tahun tu?" Berkerut dahi Arshad. Buang tabiat ke isterinya ini? Takkan Thaqif jadi saingannya pula.

"Iya lah... Abang Thaqif baik. Selalu teman Sha main. Tak macam abang, Sha ajak main pun tak nak."

"Sha, itu bukan cinta. Itu cuma suka. Cinta tu satu perasaan yang lebih bermakna. Sha rasa berdebar tu maksudnya Sha sukakan abang dan Sha cintakan abang. Nak tahu bukti Sha cintakan abang?"

Marsha mengangguk. "Apa buktinya?"

"Ni... Budak montel ni." Arshad mengerling ke arah Khaulah yang sudah tidur dibuai mimpi. Arshad menggamit tangan Marsha.

"Khaulah buah hati kita berdua. Abang bersyukur Allah pertemukan kita semula. Walaupun keadaan Sha macam ni, abang dah bersyukur dapat jumpa Sha.Tapi abang nak tahu sangat, kenapa Sha tinggalkan abang? Abang fikir Sha dah tak cintakan abang."

Marsha menguap lalu menerkup mulut.

"Dah lah abang, Sha mengantuk lah. Sha tidur dulu." Marsha menarik selimut dan berbaring di sisi Khaulah. Arshad hanya perhatikan Marsha yang seperti ingin mengelak darinya.

"I love you Sha...," ucap Arshad perlahan lalu melabuhkan kucupan di dahi Marsha.

.

MAJLIS berbuka puasa bersama ahli keluarga diadakan di sebuah restoran mewah. Majlis tersebut Dato' Mukriz yang sponsor. Dia menjemput semua ahli keluarga Arshad untuk turut berbuka puasa bersama.

"Sayang, cepatlah sikit. Kita dah lewat ni." Arshad dan Khaulah menunggu Marsha di ruang tamu.

"Ya...Dah siap. Sekejap." Marsha turun menuju ke ruang tamu. Tiba saja Marsha di ruang tamu, Arshad melihat penampilan Marsha dengan mata tak berkedip.

Marsha membelek pakaiannya. Kenapa Arshad pandang dia sampai macam itu sekali. Tak lawa ke dia pakai baju ini? Sepasang dress labuh berwarna pink yang dipadankan dengan tudung bawal bercorak yang berwarna coklat cair.

"Kenapa abang? Tak sesuai ke Marsha pakai baju ni?"

"Bukan baju yang tak sesuai, tapi make up Sha yang tak sesuai. Sha pakai lipstik tu nak goda orang-orang kat sana ke? Kenapa merah sangat lipstik tu?"tegur Arshad.

"Merah sangat? Merah lah bagus. Baru nampak cantik." Marsha buat gaya flip hair walaupun ketika itu dia sedang memakai tudung.

"Tak boleh. Abang tak suka. Batal puasa orang-orang kat sana nanti tengok isteri abang ni cantik sangat." Arshad mengambil tisu lalu dia lap sedikit bibir isterinya. Melihatkan bibir seksi Marsha, dia sendiri pun boleh tergoda. Nasib baik dia puasa.

"Dah jom. Okey dah abang rasa. Tak merah sangat macam tadi." Arshad menggamit tangan Marsha lalu mereka pun berjalan keluar dari rumah.

Setibanya mereka di sana, ahli keluarga yang lain sudah pun berkumpul kecuali Dato' Mukriz. Aisar, Kak Hana dan Ainul turut hadir bersama.

"Marsha, betul ke papa kamu nak belanja ni? Macam mana kalau dia prank kita? Tak nampak pun batang hidung dia lagi." soal Encik Mokhtar.

"Papa tak sampai lagi? Sekejap Acad call dia." Arshad mengeluarkan telefon bimbitnya.

"Haa... Itu papa dan mama dah sampai." Marsha melambaikan tangan ke arah papa dan mamanya.

Dato' Mukriz dan Datin Mariam mengambil tempat duduk. Semua orang masih lagi berteka-teki kerana melihat mereka berdua tiba di situ bersama. Dah berbaik ke Dato' Mukriz dengan Datin Mariam?

Setelah azan dikumandangkan, mereka mula bersantapan. Semua orang makan dengan penuh selera. Menu hidangan mereka pada malam itu adalah nasi arab.

"Alang-alang ramai dah ada ni, saya nak announce sesuatu," kata Dato' Mukriz sambil mengerling ke arah Datin Mariam di sebelah. Mereka saling berbalas senyuman.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now