Bab 38

8.6K 497 57
                                    

MARSHA sedang kusyuk menonton rancangan kartun Ninja Boy yang disiarkan di astro ceria. Dia menonton dengan penuh minat sambil ketawa mengekek.

Arshad hanya memerhatikan perangai isterinya dari tingkat atas. Khaulah baru sahaja melelapkan mata di bilik. Nak harapkan isterinya yang tidurkan Khaulah, rasanya lambat lagi.

Arshad melabuhkan punggung di sebelah Marsha. Dia asyik merenung wajah isterinya yang khusyuk menonton. Senyuman dan gelak tawa isterinya itu sangat dia rindukan. Tanpa sedar, dia tersenyum menatap wajah Marsha.

"Hello..." Marsha melambaikan tangan di depan muka Arshad.

Arshad tersedar dari lamunannya tadi. Dia berdehem.

"Pak cik kenapa? Pandang Marsha dari tadi?"

"Mana ada pak cik pandang Marsha. Pak cik pandang pasu bunga dekat belakang tu." Arshad menunding jari ke arah pasu bunga yang berada di tepi dinding.

"Pak cik... Marsha nak tanya. Kenapa pak cik kahwin dengan Marsha?"

Soalan Marsha membuatkan Arshad tersentak.

"Err... Sebab... Marsha yang ajak pak cik kahwin. Pak cik on je lah."

"Iya ke?" Marsha seakan tak mahu percaya kata-kata Arshad.

"Boleh tak lepas ni jangan panggil pak cik lagi. Panggil abang. Cuba panggil," pinta Arshad.

"Abang..."

"Mumtaz! "(Cemerlang) Arshad menayang ibu jari sebagai tanda bagus.

"Apa taz?"

"Tak ada apa lah. Marsha nak abang bawa Marsha jalan-jalan tak petang ni? Kalau nak...pergi siap."

"Nakkk." Marsha bertepuk tangan. Senyumannya melebar.

Marsha mencari pakaian dalam closet. Tapi semua baju tak menarik pada pandangannya.

"Baju apa ni? Tak cantiknya." Marsha membaling baju-baju tersebut ke lantai. Dia nak pakai gaun atau skirt. Barulah ada gaya seperti princess.

Arshad terkejut melihat baju yang bertaburan di atas lantai. Kalau Khaulah yang buat sepah tak apa lah juga. Tapi ini budak yang dah separuh abad yang buat sepah.

"Awak buat apa ni?"

"Cari baju lah...semua baju tak cantik. Tak tahu nak pakai yang mana."

"Awak nak pakai baju yang macam mana lagi?" soal Arshad sambil bercekak pinggang.

"Baju yang ada bunga-bunga. Ada ribbon. Skirt kembang. Tak ada ke baju macam tu?"

"Tak ada. Awak pakai je apa yang ada dalam tu. Awak tu dah besar. Mana sesuai lagi pakai baju macam tu."

"Ini baju apa ni? Kenapa kecil sangat?" Marsha menunjukkan bra berwarna hitam ke arah Arshad.

Arshad hampir tersedak air liur.

"Itu... Awak kena pakai kat dalam sebelum pakai baju kat luar. Takkan awak tak tahu? Habis tu sekarang ni awak pakai apa kat dalam?"

"Mana ada pakai apa-apa."

Terbeliak mata Arshad. Patutlah tadi lain macam aje nampak dada isterinya. Rupanya tak pakai bra.

.

ARSHAD dan Marsha melangkah masuk ke dalam sebuah kafe. Mereka hanya keluar berdua saja. Khaulah dia tinggalkan di rumah kerana budak itu masih lagi tidur ketika mereka keluar.

"Awak ingat tak tempat ni?"

Marsha menggeleng.

"Ini adalah tempat pertama kali kita berjumpa. Masa ni awak pakai tudung labuh. Sebab tu saya terpikat dengan awak. Tapi rupanya... Awak cuma menyamar je." Arshad tersenyum sinis.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now