ARSHAD yang mendengar jeritan Humairah, pantas menyarungkan tshirt lengan pendek ke tubuhnya lalu dia keluar dari bilik.
"Ya Allah... Sha!!" Arshad berlari menuruni tangga apabila melihat sekujur tubuh Marsha terbaring di hujung anak tangga.
Kepala Marsha dia pangku di ribanya. Mujur tiada luka di kepala isterinya. Tetapi Marsha masih pengsan dan tidak sedarkan diri.
"Awak buat apa pada dia??" Bentak Arshad.
"Saya tak buat apa. Dia yang tersilap langkah. Lepas tu dia jatuh." Humairah cuba membela diri. Dia takut Arshad akan persalahkan dia.
.
Arshad masih setia menunggu Marsha sedar. Marsha dibawa ke hospital untuk diperiksa agar tiada masalah kecederaan dalaman yang serius.
Tak berapa lama kemudian, Marsha mula sedar. Dia mencelikkan mata. Dia melihat wajah Khaulah di sisi kirinya.
"Umiii..." Khaulah menerkup pipi Marsha. Marsha tersenyum melihat wajah comel anaknya itu.
"Sayang dah sedar?"
Tiba-tiba Marsha mendengar suara Arshad dari arah sisi kanannya. Dia pantas menoleh. Berkerut dahinya. Kemudian dia mula perasan keberadaannya. Dia kini berada di sebuah hospital. Wajah Arshad disebelah dia renung tak berkedip.
"Tadi sayang pengsan. Alhamdulillah sayang sedar juga." Arshad mengucup dahi Marsha. Marsha masih terpinga-pinga.
"Abang nak tanya. Macam mana Sha boleh jatuh tangga tadi? Ada yang tolak Sha atau Sha jatuh sendiri?"
Marsha menggeleng. Dia tak tahu harus menjawab apa.
"Abang..." Mata Marsha mula berkaca. Marsha pantas memeluk tubuh Arshad. Dia menangis teresak-esak di bahu lelaki itu.
"Abang... Jangan tinggalkan Sha. Sha sayang abang."
Arshad mengusap lembut belakang Marsha.
"Tak. Abang takkan tinggalkan Sha. Tapi abang yang risau Sha tinggalkan abang tadi." Tangan kanan Arshad naik membelai kepala isterinya.
Khaulah yang melihat adegan peluk memeluk itu, dia pun pantas bangun memeluk abi dan uminya. Mereka bertiga saling berpelukan. Pipi Khaulah menjadi mangsa ciuman Marsha dan Arshad.
Marsha masih lagi keliru dengan situasinya. Macam mana dia boleh berada di hospital? Kemudian, Marsha menerkup mulut. Dia baru teringat yang dia baru sahaja dilanggar sebuah kereta. Patutlah sekarang dia berada di hospital.
"Abang! Ibu mana?"
"Ibu? Ibu ada lah kat rumah dia."
"Ibu okey tak? Ibu tak apa-apa?"
"Ibu okey aje? Kenapa Sha tiba-tiba tanya pasal ibu?" soal Arshad pelik.
Marsha menghela nafas lega. Ini bermakna ibu mertuanya selamat dari dilanggar kereta. Tapi dia pelik dengan soalan Arshad tadi. Sejak bila pula dia jatuh tangga?
"Sekejap, tarikh hari ni berapa?" soal Marsha.
"21 Mac. Kenapa?"
"Tahun?" Soal Marsha lagi.
"2023."
"Maksudnya abang belum..." Ayat Marsha terhenti.
"Belum apa sayang?"
"Tak ada apa. Sha nak pergi toilet sekejap." Marsha bingkas bangun dari katil lalu dia meluru ke bilik air.
Di bilik air, dia memegang kepalanya. Dia mula sedar yang dia sudah dua bulan lebih tak sedarkan diri. Tapi macam mana Arshad boleh layan dia seperti sebelum ini. Arshad langsung tak marahkan dia sebab tinggalkan lelaki itu selama dua tahun.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA