KINI Marsha menetap di Kuala Lumpur bersama mamanya dan dia membantu mamanya menguruskan bisnes kosmetik.
Ketika Marsha berjalan untuk menuju ke keretanya, dia ternampak Arshad bersama Puan Rozita dan seorang lagi gadis sedang masuk ke dalam sebuah butik pengantin. Marsha lantas menyembunyikan diri sambil memerhatikan mereka bertiga.
"Perempuan tu bukan Cikgu Humairah ke? Jadi, Arshad setuju lah nak kahwin dengan cikgu tu? Mesti ibu yang suruh kan?"
Kemudian, dia melihat senyuman Arshad melebar apabila berbual dengan cikgu Humairah. Dinding kaca butik pengantin itu membolehkan Marsha melihat kemesraan pasangan itu dari luar.
"Biarlah dia bahagia dengan orang lain. Aku tak layak untuk ada di samping dia. Aku jahat. Aku tak sebaik Humairah." Marsha memegang dada.
Rasa sebak mula bertandang di hati. Sedang Marsha menyeka air matanya, dia mula perasan Puan Rozita sedang memandang ke arahnya. Marsha pantas berjalan menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan.Namun, langkahnya terhenti apabila mendengar Puan Rozita memanggil namanya.
"Marsha!"
"Kau buat apa kat sini? Kan aku dah suruh kau pergi jauh? Kenapa kau muncul lagi kat sini?"
Marsha hanya mendiamkan diri tidak menjawab soalan dari ibu mertuanya.
"Oh... Kau masih nak ambil tahu pasal Acad ke? Untuk pengetahuan kau, Acad akan berkahwin tak lama lagi. Jadi, bersiap sedialah untuk dapat madu." Puan Rozita berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis.
"Kenapa tak suruh Acad ceraikan saja saya. Saya tak nak hidup bermadu."
"Aku dah suruh dia ceraikan kau. Tapi dia cakap dia nak ceraikan kau bila kau dah ada depan mata dia. Lagi tiga bulan dia orang akan menikah. Nanti aku bagi kad jemputan."
"Ibu dah habis cakap? Kalau dah habis, Marsha pergi dulu." Marsha dah berura-ura untuk pergi. Namun, pergelangannya ditarik oleh Puan Rozita.
"Belum. Aku nak bagi amaran pada kau. Jangan cuba-cuba nak hancurkan majlis tu nanti."
"Inya Allah." Balas Marsha pendek.
Ketika Marsha memusingkan badan untuk beredar, dia melihat ada sebuah kereta dipandu laju sedang datang kearah mereka berdua. Marsha pantas menolak tubuh Puan Rozita ke tepi untuk menyelamatkan wanita itu dari dilangggar. Malangnya, dia pula yang dilanggar oleh kereta tersebut.
Tubuh Marsha terpelanting jatuh ke atas jalan raya. Darah pekat mengalir keluar dari kepalanya. Puan Rozita tergamam.
"Tolongggg!!" Puan Rozita menjerit meminta tolong dari orang ramai. Dia terkejut dengan apa yang terjadi. Dengan mata kepalanya sendiri, dia melihat menantunya dilanggar oleh sebuah kereta. Dan pemilik kenderaan tadi melarikan diri sebaik saja melanggar Marsha.
Arshad yang berada di dalam butik pengantin pelik melihat ramai orang berkumpul di tepi jalan raya. Tergerak hatinya untuk pergi melihat apa yang terjadi di luar sana.
Puan Rozita menangis teresak-esak di tepi tubuh Marsha. Dia meminta sesiapa di situ untuk menghubungi ambulans. Arshad pula tiba di lokasi kejadian tadi. Terkaku dia melihat seorang wanita yang terbaring di atas jalan dan wajah wanita itu mirip isterinya.
"Acad... Marsha Acad. Tolong dia Acad," jerit Puan Rozita sambil menarik tangan Arshad.
"Marsha?" Jantung Arshad berdegup kencang. Baru kali ini dia dapat bertemu dengan isterinya selepas dua tahun. Tapi kenapa dia dipertemukan dalam keadaan begini. Marsha tak boleh mati lagi.
"Dia masih hidup. Sekejap lagi ambulans akan sampai. Saya dah call tadi," beritahu salah seorang lelaki di situ.
Setelah ambulans tiba, Arshad turut mengikut Marsha ke hospital. Puan Rozita dan Humaira pula ke hospital dengan menaiki kereta.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA