ARSHAD telah menghantar rombongan meminang ke rumah Marsha bersama ibu ayahnya serta berberapa orang ibu dan bapa saudaranya. Kedatangan mereka telah dimaklumkan kepada Dato' Mukriz. Dato' Mukriz sangat mengalukan rombongan meminang tersebut. Dia cukup tak sabar untuk melihat Marsha berumahtangga. Kali ini pasti anaknya takkan lari dari majlis kahwin kerana bakal menantunya adalah pilihan Marsha sendiri. Tak berapa lama kemudian, berlaku lah sesi perkenalan dan beramah mesra antara dua pihak.
Jauh berkelana kami bertandang,
Membawalah hajat di dalam hati.
Bunga di taman mekar berkembang,
Untuk disunting si kumbang jati.
Pihak lelaki memberikan pantun sebagai syarat mengikut adat. Kini tiba giliran pihak perempuan untuk membalas pantun.
"Anak kera anak ikan, Boleh saja... Haa... Silakan..." Dato' Mukriz membalas pantun pihak lelaki dengan hanya pantun dua kerat saja. Tetamu di pihak lelaki saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, pecah tawa mereka semua dengan pantun yang direka Dato' Mukriz tadi.
"Kalau macam tu boleh kami lihat bakal menantu kami?" soal Encik Mokhtar yang merupakan ayah kepada Mohammad Arshad.
"Boleh. Sekejap ya." Dato' Mukriz meminta adiknya Puan Misha untuk memanggil Marsha di bilik. Beberapa minit kemudian, Marsha muncul di ruang tamu dengan pakaian yang tersangatlah sopan sehingga membuatkan rahang Dato' Mukriz jatuh mencecah lantai. Terkedu Dato' Mukriz melihat penampilan baru anaknya.
'Jadah apa anak aku ni tiba-tiba pakai macam ni,' gumam Dato' Mukriz.
Marsha mengenakan jubah dan tudung labuh. Dia cuba mengawal tindak-tanduknya sedaya upaya agar tampil ayu di depan para tetamu. Marsha bersalaman dengan tetamu yang hadir sehingga dia tak sengaja menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan bakal bapa mertuanya.
"Eh... Salahh... Salah...," tegur Arshad. Marsha lantas menarik semula tangannya.
"Opss... Sorry...," ucap Marsha sambil tersengih seperti kerang busuk. Tetamu yang lain ketawa geli hati melihat Marsha.
Selepas sesi berkenal-kenalan antara menantu dan bakal mentua, mereka sepakat memberi kata setuju untuk menyatukan Arshad dan Marsha. Ketika tetamu pihak lelaki ingin beransur pulang, Arshad meminta izin untuk berbual sebentar dengan Marsha. Mereka hanya berbual di depan halaman rumah sahaja tapi sedikit jauh dari orang lain.
"Pandai enti berlakon tadi. Memang nampak macam perempuan melayu terakhir. Cuma hampir kantoi waktu enti nak salam ayah ana." Arshad ketawa kecil. Dia berasa geli hati apabila teringat kesilapan yang dilakukan oleh Marsha tadi.
"Itu lah. Aku nervous sangat tadi. Nasib baik tak sempat salam. Kalau tidak aku dah kena pelangkung dengan ibu kau." Marsha menggaru kepala disebalik tudung labuhnya. Dia turut sama tergelak. Kemudian suasana menjadi sepi buat seketika. Masing-masing hilang kata.
"Erm, enti cantik pakai macam ni. Ana suka." Puji Arshad sambil matanya menunduk memandang rumput hijau. Dia harus tetap menjaga pandangan selagi mereka belum disatukan.
"Thanks,"ucap Marsha sambil tersipu malu. Dipuji cantik oleh bakal suami, siapa aje yang tak suka.
"By the way... Baju ni kau bagi aku terus ke macam mana?" soal Marsha.
"Tak. Baju ni ana bagi pinjam. Sebenarnya, ini baju adik ana. Ana rembat dalam almari dia. Dia sekarang di asrama. Jadi, enti jangan lupa pulangkan semula ya. Nanti mengamuk adik ana tu bila tahu jubah kesayangan dia hilang," pesan Arshad. Marsha hanya mengangguk faham.
"Okay lah, ana balik dulu. Untuk perbincangan soal majlis, nanti ana buatkan group whatsapp. Assalamualaikum," ujar Arshad sebelum dia melangkah pergi.
"Group whatsapp? Bincang personal aje tak boleh ke?" Marsha mengerut kening.
DISEBABKAN Arshad tak mahu menimbulkan zina hati antara dia dan Marsha, maka tertubuhlah group whatsapp yang diberi nama "Baitul Jannah Warahmah." Grup tersebut ditubuhkan untuk berbincang mengenai persiapan untuk majlis perkahwinan mereka. Ahli group tersebut adalah Arshad, Marsha, Dato' Mukriz, Encik Mokhtar dan Puan Rozita.
MARSHA: Arshad, jangan lupa hari sabtu ni ada appointment untuk fitting baju.
ARSHAD: Okay... Nanti ana dan ibu datang ambil enti di rumah ya.
MARSHA: Tak apa. Ana boleh pergi sendiri. Enta datang saja dengan ibu.
ARSHAD: Baik.
DATO' MUKRIZ: Sweetlah ber ana enta enti kamu berdua ni.😍
MOKHTAR: Sekarang ana enta enti dulu... Nanti umi abi pula. 😂
Sempat lagi dua orang lelaki berusia itu mengusik anak menantunya. Dato' Mukriz sengaja memerli Marsha. Dia tahu anaknya bukan sebaik itu untuk bertutur dalam Bahasa Arab. Pasti Arshad yang minta untuk bertutur seperti itu.
"Papa ni sibuk aje menyampuk dalam group tu." Marsha memuncungkan bibir. Tak puas hati diperli papanya.
"Jangan ingat papa tak tahu kamu sengaja berlakon biar nampak baik depan mak ayah Arshad," balas Dato' Mukriz.
"Mestilah kena tunjuk baik. Kalau mak ayah dia reject nanti, anak papa ni juga yang tak dapat kahwin. Mak ayah dia dah lah islamik. Papa patut bangga tau dapat menantu ustaz."
"Iya lah... Mestilah papa bangga. Lagipun papa suka dengan Arshad tu. Papa yakin dia boleh bimbing kamu nanti," Dato' Mukriz tersenyum senang dengan lelaki pilihan anaknya.
Selepas ini tak perlu lagi dia risaukan tentang perangai anaknya yang terlalu sosial itu. Anaknya itu memang kaki mabuk dan kaki clubbing. Entah apa yang Marsha lakukan di luar sana lagi, dia pun tak tahu. Berbuih juga mulutnya melarang Marsha pergi ke tempat maksiat itu. Sejak Dato' Mukriz bercerai, dia tak mampu memberi sepenuh perhatian kepada Marsha. Dia disibukkan dengan hal bisnes dan syarikat. Jadi dia tak ambil kisah tentang didikan agama dalam diri anaknya. Solat pun dia tak pernah ajarkan. Dia sendiri pun kadangkala culas solat.
YOU ARE READING
Tersalah Jodoh (COMPLETE)
RomancePertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17 dec 2022 End: 8 Mac 2023 HAKCIPTA TERPELIHARA