Bab 5

14.2K 627 53
                                    

KELIHATAN pasangan pengantin baru sedang menuruni anak tangga sambil saling berpegangan tangan. Turun tangga pun dipimpin kerana mungkin takut pasangannya jatuh tergolek di tangga.

"Marsha, mari duduk makan," pelawa Encik Mokhtar. Juadah makan malam sudah pun terhidang di atas meja. Arshad menarik kerusi untuk Marsha duduk. Kemudian, Arshad mengambil tempat bersebelahan Marsha dan mereka saling berbalas senyum.

"Sweetnya lah pengantin baru ni kan bie? Macam kita kahwin mula-mula dulu," ujar Raihana, kakak ipar Arshad.

"Hm..." Aisar membalas pendek. Mula lah isterinya nak memerlinya. Awal-awal kahwin memang lah sweet aje memanjang. Tapi selepas beberapa tahun, sweet dah hilang yang tinggal sawit aje. Raihana mencubit peha Aisar. Geram kerana tak mendapat respon yang dia harapkan.

"Aauu... Apa ni sayang?" Aisar meringis sakit. Berbisa betul cubitan isterinya.

"Dah, tak payah gaduh. Depan rezeki ni. Kita makan dulu," tegur Encik Mokhtar.

"Hana ni memang asyik nak cari gaduh saja kan. Patutnya Hana kena hormat Aisar sebagai suami." Puan Rozita menyampuk.

"Hana minta maaf, ibu ayah." Raihana menunduk.

"Ibu, Hana gurau aje ibu. Aisar tak ambil hati pun." Aisar mula rasa bersalah terhadap isterinya. Dia cuba membela Raihana. Marsha dan Arshad sejak tadi hanya diam menjadi pemerhati.

"Hana, tolong lah sendukkan nasi tu. Takkan itu pun tak reti lagi. Nak kena bagitahu satu-satu ke?" Puan Rozita membebel lagi. Dia kurang gemar akan menantunya kerana menantunya itu tak mampu berikan anaknya zuriat. Hampir tiga tahun usia perkahwinan Hana dan Aisar. Jiran dan rakan-rakannya asyik bertanya dia bila akan menimang cucu.

"Rozi, dah lah tu. Tak payah nak marah-marah depan rezeki. Tak baik." Encik Mokhtar mencelah.

Puan Rozita mengambil tempat duduk di sisi suaminya. Dia duduk berdepan dengan Arshad dan Marsha. Mukanya ketat saja. Gerun pula Marsha rasa. Kini baru dia tahu sisi bengis ibu mertuanya. Kemudian, Marsha mula mengambil alih tugas Hana setelah Hana sendukkan nasi untuk suaminya. Nanti dia pula yang kena bebel dengan ibu mertuanya.

"Marsha kena ambil ni sebagai pelajaran. Kalau nak jadi isteri solehah, kena layan suami elok-elok." pesan Puan Rozita lembut.

"Baik, ibu. Marsha ingat pesan ibu." balas Marsha. Anak matanya melirik ke arah Hana buat seketika. Raut wajah Hana kelihatan sedih dan pipinya merah padam akibat terpaksa menahan malu ditegur ibu mertua.

Sedang mereka menjamu selera, datang pula Ainul iaitu anak bongsu Puan Rozita dan Encik Mokhtar. Ainul mengambil tempat di sebelah kakak ipar barunya.

"Haa...Ainul. Baru muncul kamu. Orang lain dah nak habis makan dah. Ingatkan tak nak makan tadi." Puan Rozita bersuara lagi.

"Ainul main game tadi ibu. Tak sedar pula sekarang waktu makan."

"Elok lah tu... Lain kali makan aje game tu. Dah itu aje yang kamu asyik hadapkan. Apa nak jadi lah dengan kamu ni Ainul. Cuti sekolah aje, benda tu aje lah yang kamu layan setiap hari." bebel Puan Rozita lagi.

"Ish, ibu ni asyik membebel aje kan. Penat lah dengar. Ayah, mana ayah jumpa ibu ni? Ayah jumpa ibu dekat pasar malam eh? Bising macam pasar malam." omel Ainul.

"Kurang asam jawa punya anak..." Puan Rozita mengetap bibir. Matanya sengaja dijegilkan. Nasib baik Ainul duduk jauh. Kalau Ainul di sebelahnya dah lama kena piat telinga.

SEUSAI makan malam, Marsha dan Raihana mengemas meja makan. Sedang Raihana membasuh pinggan di singki, Marsha datang berdiri di sisi Raihana.

"Akak okay?" soal Marsha. Raihana tersenyum kecil lalu mengangguk.

Tersalah Jodoh (COMPLETE)Where stories live. Discover now