“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
"Tarik nafas, lepas. Fuh!"
Elina menekan loceng pagar di rumah banglo itu.
Ding Dong!
Setelah beberapa saat, seorang lelaki keluar dari rumah. Carl berjalan ke arah gadis itu sambil menekan remote membuka pagar.
Elina senyum kekok. Terasa janggal. Entah mengapa gerak hati ingin berjumpa Ariz. Dia mahu tahu mengapa Ariz berhenti belajar. Adakah aku buat salah terhadap dia? Minggu lepas dia berjumpa lelaki itu, okay sahaja. Itu yang dia mahu tahu dari mulut jejaka itu.
"Erm..maaf saya datang tak bagitau. Ariz ada?"
"Ariz? Ada apa ye?" Soal Carl.
Elina mengemam bibir.
"Erm.." Entah apa perlu dikatakan. Urusan kerja tiada, urusan kolej juga tiada. Buntu.
"Okay, tapi saya tak pasti dia nak jumpa awak ke tak."
Carl mempersilakan Elina masuk ke dalam rumah. Carl tunjuk arah bilik Ariz kemudian dia turun semula.
Gadis itu dengan berdebar melangkah perlahan ke arah bilik lelaki itu. Entah mengapa dia kerap berasa gementar setiap kali ingin berjumpa si dia.
Dengan bismillah dia menguak perlahan pintu bilik Ariz.
"Mommy, dah maafkan kytor ke?" Laju soalan itu muncul di bibir lelaki itu.
"Kytor?"
Riak muka lelaki itu terus berubah. Kedua-dua mereka terkejut. Kata akhir lelaki itu dilupakan setelah melihat keadaannya.
Gadis itu terkejut penampilan lelaki itu. Pipi lelaki itu dapat dilihat kesan kemerahan, kepala pula dibalut band-aid. Kelihatan tompokan darah kering di balutan putih tersebut.
Ariz pula terkejut disangka ibu tirinya rupanya gadis itu. Dahi berkerut melihat raut wajah gadis itu yang ingin menangis.
"Kau--
______
---- buat apa kat sini?"
"Oh Ariz.."
Ariz berundur tatkala gadis itu ingin menyentuh luka nya.
Elina tersedar perbuatannya. Dia mengelap laju air mata yang sudah membasahi pipi. Pandangan diangkat kembali.
Lelaki itu melangkah pergi ke katilnya semula.
Gadis itu tidak mengerti mengapa keadaan Ariz sebegitu. Tetapi, mengapa Ariz berlagak biasa sedangkan luka itu perlu dirawat dengan betul.
"Awak.."
Ariz tidak merespon, malah sedang baring berehat di katil. Elina rasa suara nya mungkin begitu perlahan. Dia melangkah lebih mendekati katil lelaki itu.
"Ariz, awak o-"
"KELUAR!!"
Bahu Elina terhenjut besar dengan jerkahan tiba-tiba Ariz. Tidak sempat dia ingin bertanya, lelaki itu memarahinya.
Elina masih kaku di situ melihat sikap tiba-tiba lelaki itu. Dia tidak mengerti.
Ariz menoleh. Gadis itu masih lagi berdiri di situ.
"Kau nak apa?! Aku kata keluar lah bodoh!!" Marah Ariz.
Sakit hati Elina mendengar perkataan sebegitu. Tidak boleh kah lelaki itu melayan dia elok-elok?
Elina memberanikan diri bersuara, tidak kesah jika lelaki itu memarahinya lagi.
"Awak tak jawab soalan saya! Kenapa awak macam ni? Siapa buat awak?!" Jerit Elina. Sungguh dia sakit hati dilayan seperti bukan sesiapa, sedangkan lelaki itu okay sahaja berbual dengannya sebelum ni semasa di kolej.
Raut wajah Ariz serius memandang Elina. Sungguh dia sedang marah. Dia terus bangun dan melangkah ke arah gadis itu. Rapat. Sangat rapat Ariz berdiri di hadapan gadis itu.
Wajah Elina beberapa inci daripada leher lelaki itu. Dia terpaksa mendongak kerana lelaki itu tinggi darinya. Perlahan Ariz mendekati wajah pada telinga Elina.
"Aku."
"Tak."
"Minta."
"Belas."
"Kasihan."
"Kau."
"Perempuan."
Sakit. Perit. Pedih, mendengar ayat lelaki itu. Entah mengapa lelaki itu tiba-tiba dingin pada nya.
Elina dengan air mata yang bertakung terus keluar dari bilik lelaki itu. Air mata yang sudah jatuh di kesat kasar. Ya, dia sakit hati.
Kenapa Elina? Kenapa kau mahu tahu tentang dia? Sedangkan dia bukan suka kau!
Elina menangis menuruni tangga. Tiba-tiba bertembung wanita separuh abad itu. Hampir sahaja terlanggar nasib dia sempat berhenti.
"Elina?"
Dia dapat menangkap wajah wanita itu yang kusut dan pucat. Raut wajah wanita itu seakan baru lepas menangis.
Elina cepat mengelap wajah yang basah air mata. Kemudian, dia terus menyalami wanita itu. Dia teringin tahu mengapa dengan diri wanita itu seperti itu.
"Err..auntie okay?"
"Elina okay ke ni? Kenapa menangis ni?" Madam Luisa hairan melihat wajah Elina yang seakan lepas menangis.
"T-Tak de apa. Auntie okay ke? Auntie macam tak sihat."
"Ouh. Maaf auntie tak berapa sihat hari ni."
"Elina bila sampai?"
"B-baru je. Auntie Elina balik dulu ye." Elina cepat menyalami wanita itu sebelum beredar.
"Elina tahu tu bukan excident right?"
Gadis itu berhenti melangkah. Dia tahu maksud wanita itu.
Ariz.
Gadis itu mula tidak sedap hati. Dia meneruskan langkah tanpa menoleh.
Wanita itu.. adakah Ariz luka kerana wanita itu?
"Elina wait!"
Gadis itu semakin laju melangkah keluar dari rumah.
"He killed my son! That's why he like that!!" Jerit wanita itu dengan tangisan.
Kedua kaki Elina terhenti di hadapan pintu rumah. Dahi berkerut mendengar ayat wanita itu. Perlahan dia memusingkan diri menghadap wanita itu.
"Son?"
Bersambung..
-
-
-
Mungkin nampak macam skip scene, yes, I'm skip it because nanti akan ada throwback kenapa perkara itu terjadi.
Don't forget to vote and comment okay? 😉❤️
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...