[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑶𝒏𝒆 ] - 𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒕𝒉

776 33 31
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Dua hari sudah berlalu, tetapi masih tiada tanda-tanda papa keluar dari bilik Ryan. Hanya dapat melihat pembantu rumah itu sentiasa membawa makanan ke atas dan turun kembali.

Bila ditanya pembantu rumah itu, wanita itu tidak menjawab sebaliknya terus melakukan kerja-kerjanya di rumah ini. Hairan Naira melihat keadaan ini.

Marc kekal di sini, tidak dapat meninggalkan rumah ini kerana arahan papa. Naira mendapati bahawa penyakit Ryan berpunca daripada tindakan Marc. Menyebabkan Naira bingung dengan kehidupan Marc yang tidak tenang, memikirkan siapa yang dia bimbang, mungkin abah bondanya atau.. kak Ina?

Naira sekarang ini hanya tidur di bilik tetamu, tidak sangka bilik sangat luas daripada yang dijangkakan, mengenangkan kemewahan hidupnya dahulu. Dia sedar dia sudah terbiasa dengan kehidupan asrama, yang tidak peduli dengan kekayaan. Bilik tetamu yang di dudukinya memberi keselesaan kepadanya.

Tentang Ryan pula, Naira masih risau dan mengapa papa tidak izinkan dia masuk ke dalam bilik itu. Nak dilanggar, takut pula Naira melihat bodyguard berkulit hitam bengis itu.

Jadi, dia memilih untuk duduk di bilik bacaan, menikmati buku ilmiah, yang dia sukai. Untuk balik ke rumah sana, Naira mendapati dirinya dihalang daripada berbuat demikian. Telefon Naira pula diambil oleh abang Han. Kata abang Han, untuk memeriksa telefonnya kerana sesuatu. Naira tidak mengerti hal ini.

Naira bosan dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Seseorang menghampiri Naira yang sedang asyik membaca buku ilmiah.

"Mrs. Naira."

Naira tersentak dan menoleh sisi, melihat seorang lelaki berkulit putih memakai earpiece di telinga dan berkaca mata hitam itu.

"Y.. yes?"

"Please follow me."

Naira menurut dan mengikut belakang lelaki tinggi itu. Dia hanya mengikut tanpa tahu pergi ke mana.

"Where are we going?"

Lelaki itu tidak menjawab dan hanya berjalan ke sesuatu tempat.

Setelah itu, dia berhenti lalu menoleh ke arah Naira.

"Please get in this room, boss waiting for you," katanya sambil menunduk sedikit, menunggu Naira masuk ke dalam sebuah bilik.

Dalam kebingungan, Naira menolak pintu besar itu perlahan-lahan. Di dalam, dia melihat sosok yang duduk di sudut jauh, menunggunya. Ketika pintu ditutup di belakangnya, dia dengan berhati-hati menghampiri figura itu, suasana senyap seketika.

Sambil-sambil itu dia memandang sekeliling ruangan ini. Ia seperti pejabat. Bilik pejabat ini tidak terlalu luas. Kesemua perabot dan barang hiasan berwarna hitam. Dark.

Sementara itu, Daniels yang dari tadi sibuk bekerja, mengangkat muka.

"Come sit here Naira." Dia memberi isyarat mesra.

Naira terus duduk di hadapan Daniels.

Daniels menyadari pandangan singkat Naira pada tangan kirinya yang dibalut dengan kain putih. Tangan naik memeluk tubuh, memandang Naira.

"You must be worried about Ryan right?"

"Y.. yes," jawab Naira.

"He alright right now. But, I want to ask you something."

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now