[ 𝑺𝒊𝒙𝒕𝒚 𝑭𝒊𝒗𝒆 ] - 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝒃𝒂𝒊𝒌

1K 35 10
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Di tanah perkuburan, Naira berdiri dalam renungan kosong, mukanya pucat dan matanya bengkak akibat menangis berpanjangan. Hatinya hancur menjadi seribu serpihan. Dia telah menyaksikan tubuh suaminya yang tidak bernyawa depan matanya sendiri, namun rasa tidak percaya masih berlegar dalam dirinya. Dia tidak dapat menerimanya, tidak percaya bahawa dia benar-benar tiada. Naira tidak mahu percaya. Dia tidak percaya akan itu.

Rasanya seperti gurauan yang kejam, mimpi ngeri yang tidak dapat dia sedarkan. Dia berpegang teguh pada harapan bahawa Ryan akan tiba-tiba muncul dari bayang-bayangnya.

Bagaimana dia boleh pergi begitu saja? Terasa seolah-olah sebahagian daripada jiwanya telah tercabut, meninggalkan kekosongan yang tidak dapat diisi oleh air mata.

Raut wajah Naira mencerminkan kekosongan yang memakan jiwanya.

Tiba-tiba sentuhan lembut di bahunya menyedarkan dia dari lamunannya.

"Naira, siramkan air ini atas kubur Ryan," arah Puan Sri Aina lembut.

Naira hanya patuh dan menyiram air di atas kubur suaminya. Sehingga air itu habis.

Kemudian, dia tiba-tiba menangis sekali lagi. Lalu memeluk kubur suaminya.

"Abang.. hisk.. abang.." Tangisannya lemah, dipenuhi dengan kesedihan.

"Naira.." Puan Sri Aina cuba menenangkan anak perempuannya, hatinya sebak melihat keputusasaan Naira

Orang ramai hanya melihat saja diri Naira yang tidak terurus. Setelah itu, mereka beredar meninggalkan kawasan kubur dan hanya tinggal keluarga Naira dan Ryan.

"Naira, jom kita balik," ajak bondanya sambil mengusap lembut bahunya. Tetapi Naira menggeleng lemah.

"Nak temankan abang... Biar Naira temankan abang.."

"Naira.." Sebak hati Puan Sri Aina melihat keperitan anak perempuannya. Mereka berdiri di tepi kubur Ryan untuk beberapa lama, dalam diam meratapi kehilangan mereka.

Peluru yang bersarang di perut Ryan telah menyebabkan pendarahan dalaman yang teruk,dan walaupun doktor telah berusaha, mereka tidak dapat menyelamatkannya. Hospital itu menjadi huru-hara apabila Daniels menyerang pakar bedah itu. Mungkin mereka tidak tahu siapa Daniels?

"Naira.." Puan Sri Aina menghampiri anak perempuannya itu.

"Marc.. pergi hidupkan enjin kereta," arah Datok Kamal. Marc mengangguk suram. Lalu beredar pergi ke keretanya.

"Sayang, abang pergi ke kereta dulu ya," kata abah.

Datin Liyana mengangguk.

Tinggal lah Datin Liyana, Puan Sri Aina dan Tan Sri Zain.

Tak boleh buat apa, Tan Sri Zain dengan kuat memimpin tangan anak perempuannya bersama Puan Sri Aina. Walaupun Naira berkeras, enggan berganjak, dirinya tetap dibawa oleh Tan Sri Zain untuk pergi beredar.

Naira lemah. Kakinya lemah untuk berjalan.

Saat itu..

Dari kejauhan, Naira ternampak lelaki warga asing yang dikenalinya bersut hitam itu berdiri di tepi keretanya, pandangannya tertancap pada kubur arwah suaminya. Naira tunduk lemah, matanya menunduk ke bawah ketika daddynya membawanya ke kereta.

"Naira.. lagi sikit je nak sampai kereta ya," kata Tan Sri Zain kepada anak perempuannya.

"Bluerkk!" Naira tiba-tiba muntah, mengejutkan mereka semua

"Uhuk! Uhuk!" Naira terbungkuk-bungkuk di atas tanah menahan rasa tidak sedap badan.

"Naira, Naira okay ke ni?" Puan Sri Aina resah melihat anak perempuannya itu, manakala Datin Liyana bergegas membantu mereka.

Wajah Naira semakin pucat, dan tidak lama kemudian dia pengsan, tidak sedarkan diri.

"Naira!"

᪥᪥᪥

Naira perlahan-lahan membuka matanya, disambut senyuman lembut Datin Liyana.

"Naira."

Semua orang berkumpul di sekelilingnya, wajah mereka bersinar dengan senyuman. Doktor wanita itu masuk dan mendekati Naira sambil tersenyum mesra

"Na- Naira kat mana?" Suara Naira lemah, kepalanya berdenyut-denyut menahan sakit, mungkin tidak lalu makan sudah beberapa hari.

"Puan Naira, tahniah. Puan mengandung." Doktor wanita itu mengumumkan sambil tersenyum.

Naira terkaku mendengar berita itu, dipeluk erat oleh Puan Sri Aina dan Tan Sri Zain. Naira hanya terkedu dengan apa yang baru didengarinya

"Me-mengandung?" Soalnya lemah. Kening berkerut kerana kepalanya yang sakit.

Doktor itu mengangguk, mengesahkan berita itu dengan senyuman.

"Kebelakangan ini, awak tidak ada selera makan, dan awak berasa letih, bukan?" soal doktor itu dengan lembut. Naira mengangguk lemah sebagai jawapan.

"Kamu dah 6 minggu mengandung."

Terharu dengan limpahan emosi, Naira sebak. Di sebalik kesedihan kehilangan suami, kehadiran anak kecil dalam kandungan ini memberi sinar harapan buatnya. Air matanya bergenang tatkala Datin Liyana menenangkannya dengan usapan lembut.

"Saya harap puan dapat jaga pemakanan dan rehat dengan secukupnya. Saya keluar dulu ya," kata doktor itu sebelum keluar dari bilik meninggalkan mereka sekeluarga, mereka sempat mengucapkan terima kasih pada doktor itu.

"Naira, arwah Ryan berikan amanah buat Naira jaga anak kecil ini. Alhamdulillah, anak mummy dikurniakan anugerah yang luar biasa," Puan Sri Aina meluahkan rasa syukur.

Melihat mata anak perempuannya yang lesu, Puan Sri Aina mengusap lembut kepala anak perempuannya.

"Naira sayang rehat ya. Nanti mummy kejutkan anak mummy." Puan Sri Aina mengucup perlahan dahi anak perempuannya itu.

Mereka semua lega Naira tidak apa-apa. Tetapi hakikatnya, masih risau dengan keadaan Naira yang lemah membawa kandungan yang masih kecil.

"Abah." Marc memanggil abahnya.

Datuk Kamal menoleh

"Tak nak bagitau dia ke?" Marc bertanya.

"Daniels?" soal Datuk Kamal.

Marc mengangguk.

"Sebab Marc dengar dia terus balik ke US dan takkan pulang ke sini lagi. Itupun Mustaqim bagitau Marc," jelas Marc.

Datuk Kamal cuba menghubungi Daniels, tetapi tiada jawapan.

"Marc, bawa abah ke sana."

Marc mengangguk.

Datuk Kamal memandang isterinya.

"Sayang, abang keluar kejap." Terus Datok Kamal keluar tanpa menunggu balasan isterinya. Kerana dia ingin cepat. Dia risau tidak sempat mengatakan pada Daniels hal ini.
Cukuplah waktu Sara melahirkan Kytor, dia tidak pernah langsung mencari Daniels dan memberitahu perkara sebenar. Itu sudah buat dia cukup berasa bersalah.

Marc memandu dengan berhati-hati, tidak mahu terburu-buru. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.

-
-
-

Hanya tinggal satu lagi chapter sebelum cerita ini tamat. Please vote and comment. Thank you! ❤️

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now