[ 𝑭𝒊𝒇𝒕𝒚 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - 𝑾𝒐𝒓𝒌𝒊𝒏𝒈 𝒅𝒂𝒚𝒔 𝒏 𝑺𝒖𝒔𝒑𝒊𝒄𝒊𝒐𝒏𝒔

803 42 33
                                    

𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖

᪥᪥᪥

Sebagai rakan kongsi di firma undang-undang berprestij Haris & Razak Associates, yang mengkhusus dalam pertahanan jenayah, hari-hari Naira penuh dengan angin sibuk sejak dia melangkah ke pejabat. Dia mengimbangi pelbagai tanggungjawab, daripada mengawasi kes-kes besar kepada mengurus perhubungan pelanggan dan membimbing pembangunan profesional rakan sekutu muda dalam bidang undang-undang jenayah yang kompleks dan mencabar.

Setiap pagi, meja Naira sudah bertimbun tinggi dengan dokumen dan fail yang menanti perhatiannya. Banyak email masuk dalam laptop kerjanya, dia membalas e-mel mendesak daripada pelanggan itu yang menghadapi pertuduhan yang serius, dan menyemak taklimat undang-undang dan bukti dengan perincian yang teliti.

Panggilan telefon kerja berdering tanpa henti, menuntut perhatian segeranya kerana dia bekerja tanpa jemu untuk memastikan setiap client menerima pembelaan terbaik. Di sebalik tekanan dan tol emosi yang hebat untuk mewakili individu yang menghadapi akibat undang-undang yang serius, Naira tetap tidak dapat diganggu gugat, menggunakan pengalaman dan kepakarannya selama bertahun-tahun untuk mengharungi kerumitan sistem keadilan jenayah dengan yakin dan tenang.

Adakalanya, dia terpaksa mengurangi masa bersama keluarga kerana kesibukan tugasnya. Paling penting Naira ingin menyelesaikan kes suaminya dahulu. Dia ingin suaminya dapat keadilan dalam hidupnya.

Naira tidak pernah memberitahu hal ini pada suaminya kerana dia ingin kejayaan kes ini memberi kejutan besar buat suaminya. Walaupun dia terpaksa melebihkan masa bekerjanya dari meluangkan masa bersama suaminya, dia berharap kes ini cepat berakhir. Dia ingin habiskan dan memenuhi masanya bersama suami tercinta.

Ketika itu, dia bekerja tanpa henti dan hanya makan di pejabat sahaja. Dia menyibukkan diri untuk menyiapkan kes suaminya dulu termasuk kes-kes lain. Kadang-kadang dia berhenti sebentar kes rumit itu dan beralih pada kes lain. Ah, dia tahu cara ini tak membantunya mempercepat proses penyelesaian. Nampaknya dia perlukan seseorang membantunya menyelesaikan kes anak guamnya.

Naira menyandar tubuh sambil mendongak ke atas dengan mata terpejam. Ah, dia berasa lenguh seluruh badan. Dia merengangkan otot-ototnya sehingga terhasil bunyi dari otot tersebut.

"Haih.."

"Tap, tap" Ketukan kecil berbunyi di pintu.

"Masuk."

Farah masuk. Dia ingin menyampaikan sesuatu pada Puan Naira.

"Puan Naira."

Naira memandang Farah. Riak wajah Farah seakan tidak sabar memberitahu sesuatu yang menarik.

"Hehe.. saya dah selesaikan kes yang ditugaskan kepada saya tu. Happy sangat! Client pun puas hati."

"Kes apa tu Farah?"

Farah mengetuk jari di dagunya sambil mata hitam memandang atas seakan ligat berfikir.

"Erm.. kes budak suka mencuri."

Naira menahan ketawa. Nasib baik dia tahan saja dengan senyuman. Alahai.. Farah. Dia bukan tak tahu, Farah ini lebih berminat kes-kes yang senang saja. Memang lah boleh menang. Farah.. Farah..

"Tahniah Farah. Oh, saya nak tanya. Kes langgar lari tu siapa yang selesaikan?" Soal aku ingin tahu. Kerna kes itu amatlah rumit sedikit untuk tahu siapa dalangnya dan tidak sangka ada yang dapat menyelesaikannya dengan baik. Dia kagum. Dia ingin saja meminta bantuan orang itu menyelesaikan kes-kesnya ini.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now