“𝑶𝒏𝒍𝒚 𝒚𝒐𝒖 𝒊𝒏 𝒎𝒚 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 𝒚𝒐𝒖”
᪥᪥᪥
Naira termenung. Apa Kytor baik-baik sahaja? Kata bonda, dia perlu menjenguk sendiri.
Naira memandang bekas kemerahan di pergelangan tangannya yang semakin surut. Kytor baran. Dia baran sama waktu dulu. Naira sebenarnya takut, takut melihat Kytor seperti itu.
Dia tidak suka Kytor baran. Dia tidak suka Kytor mengamuk. Naira melepaskan keluhan berat. Dia tahu Kytor sememangnya begitu. Tidak pernah surut marah suaminya.
Apa aku perlu buat? Aku tetap sayangkan dia. Tetapi, barannya sahaja yang memisahkan aku dan dia.
'Kytor... tidak bolehkah awak faham apa yang saya mahu bersama awak?' Bisik hati Naira.
Ring! Ring!
Bunyi alarm dari telefon mengejutkan Naira dari lamunan. Naira menutup. Dia perlu siap. Siap untuk bekerja.
Selepas dia habis bekerja, dia mungkin akan balik ke rumah sana semula.
Apa-apa pun yang jadi dia reda.
Di pejabat, Naira fokus menyiapkan kes-kesnya yang tertunggak sebelum ini. Dia perlu siapkan sebelum cuti hujung minggu.
"Kes yang berat pun ada?" Soal Naira sendirian. Dia mengeluh. Esok pula, dia perlu bertemu client-clientnya. Perlu diselesaikan kes-kes mereka. Untuk pengetahuan, Naira mengambil bidang bahagian undang-undang jenayah. Ada sebab mengapa dia menjadi peguam jenayah.
Naira memandang sofa.
Kerana..
lelaki itu.
Lelaki itu memberi kesedaran buatnya.
Tidak sengaja bibirnya menarik senyuman.
Dia rindu. Rindu telatah suaminya sewaktu duduk di situ. Apatah lagi di hadapan meja kerjanya ini.
Jejaka yang ceria dan sentiasa senyum tanpa masalah.
Ah, tiba-tiba aku rindu dia.
Air mata Naira menitis. Dia menyeka perlahan. Sudah seminggu dia tidak balik ke rumah abah dan bonda. Bonda pernah memujuknya untuk balik dan berjumpa Kytor.
Tetapi, dia belum bersedia. Dia risau jika dia balik, Kytor masih memarahinya. Dia kenal Kytor bagaimana.
"Kytor..."
Tok! Tok! Tok!
Naira tersentak sedikit, cepat-cepat dia menyapu wajahnya yang basah. Dia berpaling ke arah pintu.
"Masuk!"
Faris masuk membawa file-filenya. Dia terus meletakkan timbunan file tersebut di atas meja berhadapan sofa tersebut.
"Puan Naira, saya dah siapkan kes ni. Kalau ada apa-apa yang puan Naira nak saya tolong, saya boleh tolong."
Naira tersenyum.
"Tiada lagi, terima kasih Faris."
Faris senyum. Sebelum dia keluar, dia menoleh pada Puan Naira.
"Puan Naira?"
"Ya?"
"Boleh saya tanya?"
"Tanya apa tu Faris?"
"Erm.. puan.. okay ke?"
"Okay. Kenapa Faris?"
"Puan, nampak tak bermaya. Puan tak sihat ke?" Soal Faris risau.
Naira ketawa kecil.
"Tiada apa lah Faris. Saya okay."
"Erm.. su--suami puan, tidak teman?"
Naira terhenti membuat kerjanya. Dia memandang Faris. Kemudian.. tersenyum.
"Dia sibuk."
Faris menggarukan kepala tidak gatal.
"Err.. okay puan. Maaf saya banyak tanya pula. Kalau puan ada apa-apa masalah, saya boleh tolong. Saya keluar dulu ya, puan Naira." Faris terus keluar dan menutup pintu pejabat.
Senyuman dibuat-buat Naira semakin lama semakin pudar. Dia menilik cermin melihat raut wajahnya. Apa terlalu kelihatan wajah muramnya?
Naira menggelengkan kepalanya sendiri.
Dia tidak mahu depression seperti sebelum ini. Dia perlu hadap semua ini.
'Aku kena balik juga.'
"Maaf awak, saya jauhkan diri daripada awak. Saya cuma perlukan masa."
Setelah selesai kerjanya, Naira mengemas meja kerja dan mengambil beg tas keluar dari pejabat. Dia perlu pulang ke rumah, selesaikan masalah ini.
YOU ARE READING
𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]
Mystery / Thriller1st series of Black Butterfly. 𝐍𝐚𝐢𝐫𝐚 𝐄𝐥𝐢𝐧𝐚 𝐱 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫/𝐀𝐫𝐢𝐳 𝐋𝐮𝐭𝐟𝐲 𝐊𝐲𝐭𝐨𝐫- kacak, pendiam, pendendam dan seorang anak yatim piatu. Hidup membesar bersama ibu tirinya. Kehidupan yang berbolak-balik. Kemarahan yang sering memb...