𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝑪𝒉𝒂𝒑𝒕𝒆𝒓

719 34 10
                                    

6 bulan kemudian..

Boston, Massachusetts, USA.

Waktu malam yang cantik diselubungi langit hitam pekat, dihiasi ribuan bintang berkelipan. Hembusan angin yang dingin membawa aroma tanah basah dan daun-daun gugur, menambah keheningan yang menguasai malam itu. Suasana malam di Massachusetts mengekalkan keindahannya yang sunyi, setiap saat penuh dengan pesona musim yang pelbagai.

Di dalam rumah agam yang besar itu, Naira baru sahaja selesai makan malam di ruang makan bersama bapa mertuanya, Daniels. Dia tersenyum kesyukuran, berasa berterima kasih kerana papa sudi menjaganya yang sedang mengandung. Dia menghargai setiap perhatian yang diberikan oleh Daniels, terutamanya setelah kehilangan Ryan. Semasa dia bangun dari tempat duduknya, Daniels memandangnya.

"You want to sleep?" soal Daniels, suaranya lembut tetapi tegas, seolah-olah dia sudah dapat membaca apa yang bermain di fikiran Naira.

Naira bertemu pandangan papa lalu mengangguk perlahan.

Daniels memanggil pembantu rumah berbangsa Amerika untuk membantu Naira ke biliknya. Sebelum Naira melangkah masuk ke dalam lif, satu persoalan yang sudah lama bermain di fikirannya muncul kembali, membuatkan dia menoleh ke arah Daniels dengan perasaan ragu-ragu.

"Why Naira? Are you having problems?" Daniels seolah-olah dapat membaca kegelisahan yang tersembunyi di dalam diri menantunya itu.

Naira teragak-agak, tidak pasti sama ada dia harus menyuarakan fikirannya. Setiap malam, sejak beberapa minggu yang lalu, dia merasakan kehadiran seseorang di sebelahnya, seseorang memeluknya dengan lembut, membuat dia berasa tenang. Cara seseorang itu peluk seakan itu adalah arwah suaminya, Ryan. Tetapi adakah ia hanya mimpi?

"Em, nothing, papa. Naira pergi ke bilik Naira dulu," kata Naira lembut, cuba menenangkan hatinya yang resah. Daniels mengangguk tanda faham, namun tetap ada keraguan di wajahnya.

Naira masuk ke dalam biliknya selepas pembantu rumah Amerika itu mengundurkan diri. Dia menutup perlahan pintu di belakangnya, kemudian berjalan perlahan ke arah katil. Suasana bilik itu tenang, dihiasi cahaya remang-remang dari lampu tidur. Naira duduk di birai katil tersebut dan melihat ke luar tingkap, memandang cahaya bulan purnama yang menerangi kegelapan malam.

Indah. Ia sangat indah bulan di atas sana. Cahaya bulan seakan-akan menjadi saksi kepada segala rasa yang terpendam di dalam hatinya.

Perlahan-lahan, Naira mengusap perutnya yang mulai membesar. Senyuman kecil terukir di wajahnya apabila dia merasakan tendangan halus dari dalam. Anaknya kelihatan menikmati ketenangan malam ini, sama seperti dia.

"Anak mama suka bulan juga ke?" Bisik Naira sambil tersenyum, hatinya menjadi sedikit tenang melihat gerak-geri anaknya dalam kandungannya. Anak yang aktif malam ini, seolah-olah turut menemani kesepiannya.

Sayang. Naira terlalu sayangkan anak di dalam kandungannya. Apa-apa pun dia berdoa semoga anaknya sihat fizikal dan mental.

Jantina di dalam kandungan sudah diberitahu bahawa anak dalam kandungan ini adalah jantina lelaki. Kalau Ryan ada, pasti dialah yang paling teruja untuk menamakan anak mereka.

Perlahan-lahan mata Naira berkaca dengan air mata yang tidak tertahan.

"Naira rindu.. Naira rindukan abang.." bisik Naira sambil air mata mengalir di pipi mulusnya. Dia mengesat air mata itu dengan lembut, cuba menenangkan dirinya yang mudah tersentuh kebelakangan ini. Sesekali, keluarganya di tanah air membuat panggilan video, ingin tahu perkembangan dirinya dan kandungannya. Ada juga saat-saat mereka melawat kubur arwah Ryan dan merakamnya untuk Naira, membuatkan rindunya semakin membuak-buak.

𝐃𝐈𝐀 𝐋𝐄𝐋𝐀𝐊𝐈 𝐏𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐀𝐊𝐔 𝐂𝐈𝐍𝐓𝐀 [ 𝐂 ]Where stories live. Discover now